Sunday, March 1, 2009

Maaf!


maaf kerana menjadi terlalu emosi sebelum ni. itulah saya. maaf ye! satu hari suntuk saya menyepikan diri,menjalani hidup tanpa ada alat perhubungan yang dipanggil handphone. telefon yang berdering saya biar tak berjawab, mesej yang datang bertandang saya biar tanpa balasan. saya betul-betul tak ada mood. saya macam bukan diri saya. mintak maaf sekali lagi.

semalam dengan langkah kaki yang berat,saya gagahkan diri untuk mengukir senyuman palsu tanda setuju bila mak ayah ajak pergi jusco seterusnya ke tesco. ah,hipokritnya! kalau ikutkan rasa hati,saya malas tapi nanti takut isu lain pulak timbul. jadi sekali lagi saya beralah dengan keadaan. masa dekat situ,tak tahu kenapa saya rasa badan saya lemah. kepala mula terasa berpusing-pusing. tenaga yang saya ada mula terasa terbang meninggalkan saya. tapi saya masih mampu berdiri. lalu saya pun cepat je inform mak saya nak pergi toilet sebab saya tak nak mak terkejut tengok muka pucat saya. padahal saya masuk fitting room,tak pergi toilet pun. masuk je fitting room,tiba-tiba saya nampak semua benda dekat sekitar saya berpusing-pusing dan akhirnya terduduk dan bersandar pada pintu lalu memejamkan mata tanpa sedar. selang beberapa minit,baru akal waras saya berfungsi semula bila saya mula membuka mata saya dan saya sendiri hairan macam mana saya boleh pengsan dalam fitting room ni? nasib baik insiden tu sekejap je. biarlah saya sendiri simpan. mak pun tak tahu. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...