Thursday, November 26, 2009

Kolaborasi Abstrak


Tarian pena takkan berhenti selagi aku tak alunkan irama yang sesuai. Lelah ; tapi panggilan sayup itu yang aku terima. Nama aku tak pernah terpalit perkataan "pelukis". Anggukan ikhlas, aku bukan pelukis yang baik. Lukisan aku tak pernah masuk dengan garisannya. Kecewa tak payah ungkap. Tapi takkan nak terus angkat tangan, angkat kaki? Rotan ayah bukan untuk aku layu,kan? (Ya!!!)

Aku suka. Suka bila aku suka. Suka bila aku mampu pegang erti suka. Aku tak suka jari telunjuk aku ke arah peti sebagai simpanan. Macam tak ada warna. Jalan aku pegang kunci, biar semua tersenyum. Nasib selalu di pihak aku,agaknya. Mana-mana aku jejak kaki,mungkin tak terasa tanahnya, selalu dapat tengok orang tersenyum. Kerana akukah? Biarlah.. Tapi aku bahagia bila tengok orang suka.

Aku masih dekat lantai itu. Aku yang dungu atau memang lumrah? Hirup refleksi kosong, sekosong tin yang aku teguk isinya. Realiti bukan aku, kini. Graviti seolah habis,lagaknya. Aku lontar bola mata ke situ. Putar kembali pita-pita rakaman yang hampir rosak. Dirosakkan siapa? Medium berputar, sudah pasti. Putaran medium itu aku gerun. Kadang macam sayang, kadang macam kejam.

Exam habis seminggu sebelum balik rumah. Lima hari punya rencana macam tak cukup tanah. Setiap saat aku nak sahut lambaian katil,jangan harap. Tapi rugi bukan untuk aku. Ada yang aku dapat sebagai habuan. Banyak sudah semestinya. Transformasi dari pelukis ke tukang karut. Aku nak bersilat cerita. Huh,mesti rancak silat aku. Serancak cerita aku.

Isnin,permulaan minggu merdeka :-

Mana aku? Merdeka cuma pada nama. Aku belum merdeka lagi. Bebas buku,agaknya merdeka kat sana. Tapi kerja tertunggak aku jangan cakap. Kepenatan kawan baik aku masa ni. Apa aku buat? Sibuk? Oh,tak payahlah guna perkataan "sibuk" sebab aku tak layak pun nak pinjam perkataan yang terlalu sofistikated tu. Aku leka uruskan team rumah sukan aku. Semuanya untuk Karnival Sukan yang akan datang iaitu hari Rabu. Uruskan peserta yang masuk, nombor giliran bagi yang lari. Tak boleh nak angkat dagu sangat sebab aku bukan sorang. Aku dengan sorang kawan yang aku boleh katakan baik iaitu Ketua Rumah sukan aku,bergabung tenaga. Sorang-sorang? Memang nafas aku tak sampai hari ni. Ke hulu, ke hilir. Kaki macam tak ada button stop. Asyik nak play je. Penat, penat. Latihan team volleyball, aku mampu senyum. Semangat team aku boleh ganti oksigen. Haha.


Selasa,

Lagi la leka. Hari terakhir punya persiapan. Harap-harap tak ada yang aku hamburkan bersama kepenatan
. Prep petang hari tu memang buka laluan untuk semua buat last training sebelum karnival esoknya. Team aku tertinggal? Mimpilah. Matahari jamah kulit pun, abaikan. Permintaan aku,solat hajat untuk seluruh team. Tapi di pulangkan balik tanda soal dekat aku. "Perlu ke solat hajat?", " Kan dah buat tadi?", "Kenapa tak hajat sekali tadi?". Memanglah tiap-tiap hari buat solat hajat, tapi niat aku, biarlah yang ni spesifik sikit. Itu je. Emosi yang tengah terumbang-ambing dijentik pulak dengan soalan macam tu. Yang terlintas, aku rasa cancel jela. Semua macam nak pangkah cadangan aku je. Haha! Akhirnya buat jugak. Dalam ditenggelami persiapan Karnival Sukan, aku tak lupa mula packing barang. Buku-buku dari locker kelas aku kemas sikit demi sikit. Takde lah separuh nyawa nanti.

*bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...