Friday, November 27, 2009

Belakang Langkah

Kesilapan teknikal.

Isnin-16 nov 2009 :

Terlupa nak cerita, masa hari ni lah pelantikan pengawas secara rasmi berlangsung dekat sekolah ni. Aku pun antara pengawas yang menerima watikah pelantikan. Meriah yang terkatalah. Tiga tahun aku jadi pengawas, yang ni kemeriahannya rasa lain. Raptai jangan cakap. Banyak kali. Tak cukup petang,malam pun raptai jugak. Dan nak tengok hasilnya, hari ni lah. Semua pun sedia maklum, sekolah aku kan sekolah baru. So, uniform apa-apa badan kepimpinan memang tak ada.

Demi nak menyempurnakan majlis pelantikan pengawas tu, cikgu pun decide yang pengawas perempuan pakai tudung hitam,baju kurung putih dengan kain hitam. Pengawas lelaki pakai kemeja putih lengan panjang dengan seluar slack hitam. Biar nampak seragam,katanya. Suka hati lah, cikgu... Dalam pukul 6.50 pegi Dewan Makan a.k.a DM makan sarapan. Rutin harian la katakan. Masa ambik makanan, kakak DM tu tanya, "Dik, baju yang adik pakai ni,pengawas ke apa?". "Oh,yang ni? Erm..pengawas".


Aku yang pelik ke kakak tu yang pelik? Yela,tak pernah-pernah pulak dia nak beramah mesra dengan aku selama ni. Tiba-tiba je. Berkerut seribu jugak dahi aku masa tu. Biarlah dia. Lepas sarapan,pergi sekolah macam biasa,perhimpunan sekejap lepas tu masuk kelas. Semua macam bosan,mati kutu tak tahu nak buat apa. Perhimpunan rasmi ditangguh pukul 10 sebab nak adakan majlis pelantikan pengawas sekali. Pukul 9.30 semua pelajar diarahkan berkumpul kat dewan besar.


Dalam pukul 10 lebih majlis mula. Tunggu VIP datang. Pengawas duduk dekat barisan depan la jugak. Kebetulan masa tu, suasana hujan jadi tema pagi tu. Sejuk jangan cakap. Masing-masing dah mula masuk mood tidur. Ahaha.. Masa Pengetua bagi ucapan,ingatkan mata masih mampu bertahan. Akhirnya,mata kalah jugak. Aja yang duduk kat sebelah aku pun sama. Kami tertidur tanpa niat. Salahkah kami? Hehe.. Lepas tu,terasa ada orang tolak bahu. Oh,Farahin rupanya.

Sampai lah giliran nak terima watikah. Selesai semuanya,masa makan. Makanan hari ni special sikit. Lain dari hari-hari biasa. Tapi makan macam biasa,dalam tray. Tapi makanan hari tu best lah. Satay,ice-cream, kari daging dan adalah makanan lain lagi. Makan dengan Aja, Ci'en, Hana, Melissa(Cha) memang tak boleh tenang. Asyik nak gelak je. Kitorang yang makan paling lambat. Tiba-tiba Cikgu Zekri datang meja kitorang bagi ikan siakap besar. Tiba-tiba Hana buat lawak. Dia kata ikan siakap tu lah yang suka membohong. Ikan tu sumber inspirasi "siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama mencuri". Sengal la Hana..

Habis makan,balik dorm. Suasana hujan yang tak berhenti dari tadi memang menggalakkan mood tidur aku berterusan. Balik dorm,apa lagi. Katil dah melambai-lambai,aku pun terus dibuai mimpi. Syok sangat tidur petang tu. Pukul 2.50 p.m,Farah Irdina kejut. "Kak,pergi prep petang". Adoi~ Terus pakai tudung,capai beg pergi prep dengan otak yang separa sedar.

Sampai kelas,tengok ramai nya orang. Oh,perjumpaan rumah Amethyst(ungu) dekat kelas aku.Aku keluar balik sebab perjumpaan diaorang tak habis lagi. Lepak dekat kelas Al-Biruni, dengan Farah Aziz. Tak lama tu,Nikman sampai. Tangkap gambar dengan Nikman,lepas tu Nikman ajak jalan-jalan. Merayau la kiranya. Aku dengan Nikman berjalan-jalan tanpa ada tuju. Main jalan je. Borak macam-macam. Nikman bagi dengar lagu kat kamera dia. Maklumlah,hujan. Tak tahu apa nak buat.

Petang riadah macam biasa. Latihan bola tampar untuk Karnival Sukan. Berlatih macam gila. Penat sangat. Tapi seronok,sebab semua bagi kerjasama. Prep malam pun tak buat apa. Selesaikan segala urusan berkaitan Karnival Sukan. Semua borang yang kena bagi kat cikgu kena settle kan cepat. Masa dah nak balik prep, Akif bagi "hadiah". Dia minta tolong tuliskan nombor giliran untuk peserta yang masuk acara lari. Harapan nak tidur awal memang tinggal harapan je lah. Malam tu stay up siapkan benda tu.

~Hari Isnin berakhir



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...