Wednesday, December 22, 2010

Kipas Tersorok



Aku ini bukan penulis tegar. Tidak tercalon juga dalam cendekiawan bahasa. Penulisan pun bukan sumber rezeki aku. Aku menulis sekadar untuk senyuman sepi. Dan aku tak pernah beranggapan sebarang entri aku sebagai sebuah karya. Meminjam perkataan seorang blogger,ya. Aku dengan rasa rendah dirinya menggelarkan semua hasil entri aku sebagai taipan.

Setelah beberapa hari barulah demam ni kebah secara beransur-ansur. Cuma masih tinggal kesan-kesan seperti selesema dan batuk lagi. Dan akhirnya aku gagah untuk meliuk-lentukkan jemari kat depan lappy ni ha.

Selepas lebih 3 jam berborak dengan Akif dekat telefon that night,satu je aku nak cakap. Serious,aku baru kenal kau dengan lebih telitinya! Oh man,where have you been all this while? Banyak yang kau sorok daripada aku. By the way,terima kasih kerana menyebabkan aku tidur pukul 5 pagi. Rekod tu! Tengah hari tu,Haziq called me. Ingatkan apa. Saja cari pasal. I know he misses me. Haha..


Sedang aku membelek-belek handphone lapukku semalam,check punya check inbox aku,mak aih! Ada 2546 messages. Gila apa aku simpan mesej banyak banyak ; nak buat pekasam kot? Haha. Oh. Okay. Biar situ. Belek punya belek,mata aku mendarat pada mesej-mesej yang majoritinya semasa aku masih bergelar penuntut SABDA. Haha.. Daripada mesej-mesej nak pergi makan kat dewan makan sama sama sampailah ke mesej nak masuk bilik study sama sama. Antara mesej berbunyi ;

"Weyh,kau kat mana? Bila nak gi bilik study?"
"Jom gi makan kat DM skarang"
"Tul,kau dah bangun belum? Kitorang kat kelas ni"
"Tul,ada Maggi tak?"
"Weh,ko dah tidur ke? Aku tak boleh tidur ni. Meh la dtg dorm aku"
"Ko ni bila nak tido? Dari tadi jalan je aku tengok!"


Haga~ Sumpah kelakar baca mesej mesej tu. Nampak benar tak bertauliahnya aku sebagai pengawas. Suka hati jantung pisang riang ria ribena aku je nak bawak handphone. Haha. Bukan apa. Untuk kemudahan sendiri jugak. Aku balik naik bas,senang nak contact ayah aku kan? Betul tak? Kesimpulan ; aku bukan penjenayah. Haha. Ala,macam Robin Hood mencuri untuk tolong orang. Macam tu lah. Haha. Faham ke apa aku cakap? Okay,lantak situ.

Teringat pulak masa nak dekat SPM hari tu,dorm aku iaitu dorm pengawas tersangatlah syurga dunia bagi aku. Handphone dah macam tak ada makna kau nak kecoh-kecoh kat dorm tu. Lokasi pulak memang strategik habis ; sebelah rumah warden iaitu Pn.Nadrah. Kami ni jiran warden la kiranya. Janji tak bawak keluar. Pandai-pandai la ngok! Lepas tu,kabut carik port nak charge handphone. Antara istilah yang digunakan "Kau dah bagi baby kau makan?", "Baby kau dah habis makanan ke?" . Haha.. "baby" kami adalah handphone dan "makanan" tu adalah battery. Haila~ kabut je cari nama nak cover. Haha.



*pusing-pusing pen. Okay,idea menjengah. meraba-raba papan kekunci.



Aku rasa sepanjang 2010 aku ada satu pengalaman ni yang aku sendiri lalui. Oh,bernilai teramat tak setanding dengan Habib Jewels pun. Pernah tak anda merasa sendiri perasaan "memangkah" seseorang? Orang putih cakap "banned someone". Haha. Well,aku pernah. Dan itulah pertama kali aku memangkah seseorang secara total. Pengaruh sekeliling kot. Ikutkan dia tak buat salah dengan aku pun. *aduhai,jahat benar aku ni!.


Tapi tu lah. Manusia senang terpengaruh kan? Aku pun salah seorang jugak lah. Haha.. So,aku ni pulak depan orang tu aku tunjuk la muka baik,comfortable semua tapi belakang dia aku kutuk macam haram. Senang cerita,aku macam tak gemar sangat dengan dia. Sebab aku rasa dia macam menjengkelkan kot. Entah,dia tak ada dosa pun sebenarnya. Busuknya hati aku kan? Haha.. Sehinggalah aku belajar untuk tinggal sebumbung dengan dia , maksud aku sepintu. Kami berkongsi pintu yang sama. Tempat aku tidur,situlah dia tidur. Ha,tepat sekali!


As time goes by,I learned her. Aku belajar menyesuaikan diri dengan siapa dia sebenarnya. Aku dengar luahan hati dia hari-hari. Pendengar setia daripada jauh.Oh,kau baik wahai manusia! Sungguh baik! Tak aku sangka ini kau yang sebenarnya sampai aku sendiri perlahan-lahan dah mencampakkan genggaman benci aku pada dia jauh-jauh. Jauh kat dalam hati,diam-diam aku sebenarnya kagum dengan dia. Sangat kagum macam mana dia boleh teruskan dunia survival dia dengan keadaan sekeliling yang melawan arus dia? Sikit pun dia tak ambil pusing. Bukan sikit yang memangkah dia,aku boleh kata satu sekolah. Terkenal dia. Sebab apa? Aku sendiri tak pasti.


Aku mula sayang dia. Aku mula rasa aku tak patut buat semuanya yang aku pernah buat dulu. Dia selalu tolong ajar aku subjek-subjek yang aku lemah. Dia macam cikgu aku. Belajar dengan dia,seronok. Padahal aku sikit punya kutuk dia dulu. Dia bukan tak tahu. Tapi dia masih ada kemanusiaan nak mengajar aku. Rasa berdosa menyerbu. Tapi aku tak pernah cakap kat dia. Diam-diam je. Aku tak nak dia tahu. Sampai majlis restu ilmu,aku menangis peluk dia,cium dia sebab aku rasa aku sangat berdosa dekat dia. Cukup berdosa,betul!


Dia pun menangis peluk aku. Dia sayang aku. Terharu! Dalam hati,Tuhan je tahu betapa aku nak bagi dia tahu yang aku menyesal benci dia dulu. SPM bermula. Aku terkejut dia dapat sepintu dengan aku lagi. Oh,serius terkejut. Masa tu,aku masih manusai tolol yang terikut-ikut dengan keadaan sekeliling. Bila orang lain tak selesa dengan penempatan baru dia,aku pun turut sama. Jahat betul aku! Padahal dia dah banyak tolong aku. Jahiliah kan? Aku tahu. Aku tahu.

Sampai satu insiden,di mana aku jatuh sakit. Sakit perut. Ye,sakit yang teramat sangat sampai aku tak mampu berdiri. Masa tu,kat surau. Esoknya paper Physics SPM. Tengah tengok latihan Physics yang ustaz bagi. Tengah dok membelek-belek helaian latihan yang ditampal dekat dinding surau sambil berdiri dengan kegagahan yang sementara tu,aku akhirnya menyerah. Bendera putih. Tak larat dan akhirnya bersandar kat ceruk surau.


"Korang studylah. Aku tak larat sangat ni. Nanti aku larat berdiri,aku datang balik."

Maka aku pun membusuk di ceruk surau tu,menahan kesakitan seorang diri ditemani handphone di tangan. Sadis kan? Apakan daya aku hanya mampu tengok kawan-kawan lain menambah ilmu mereka. Aku memang tak larat. Sakit! Tiba-tiba datang manusia itu. Yang aku pernah benci tu. Dia satu-satunya yang sedar ketiadaan aku masa orang sibuk menaiktaraf ilmu mereka. Dengan segala usaha yang ada,dia kumpulkan semua salinan kertas latihan Physics yang banyak tu,dan duduk di sebelah aku dengan harapan supaya aku tak ketinggalan. Katanya

"Tak apa kau tak larat berdiri. Kau rehat je kat sini. Biar aku ajar kau sambil duduk okay?"


Dan dialah manusia yang sanggup berlari-lari anak ke kantin membeli susu untuk aku semata-mata nak hilangkan kesakitan yang aku alami masa tu. Ye,manusia yang aku pernah kutuk gila-gila tu! Manusia yang aku anggap tak layak berada dalam society tu! Ye,dialah orangnya. Demi Allah,aku jatuh cinta dengan kau,wahai manusia! Sayang aku pada kau masa tu,Tuhan je yang tahu. Aku tekad masa tu,biar orang nak cakap apa lepas ni,aku dah tak kisah. Aku takkan terpengaruh. Aku kenal kau lebih daripada mereka. Kau lah manusia yang layak digelar kawan.



Teringat masa aku kena gigit nyamuk teruk sangat masa minggu kedua SPM tu,kau tengah-tengah tidur sanggup bangun tolong bubuhkan ubat dekat kesan-kesan gigitan nyamuk durjana tu. Walau macam mana buruk sekalipun aku layan kau,kau tetap anggap aku kawan. Walau macam mana aku kutuk kau,walau macam mana aku maki kau,kau tak pernah ambil kisah semua tu. Aku masih ingat masa aku separuh nyawa berjaga malam nak habiskan baca Sejarah untuk paper Sejarah esoknya. Kaulah yang bertanggungjawab membantu aku belajar. Aku penat sangat,aku tidur. Then,kau gerak aku.


Sebab kau,aku masih mampu study dan celik tengah pagi-pagi buta tu. Kau yang penat membaca. Aku rileks je mintak kau terangkan apa yang kau baca sebab mata aku dah tak larat nak membaca. Walau pun kau tahu aku betapa mengantuknya aku,kau terangkan jugak. Kau banyak tolong aku. Demi Tuhan,aku tak tipu bila aku cakap aku sayang kau. Aku tak tipu kau bila aku cakap kau kawan aku dunia akhirat. Ye,kau kawan susah senang. Manusia tak sempurnakan? So apa nak bising? Haha.. You have my highest salutation,friend! *angkat topi



Conclusion ; never hates a person so much for you never know the reality that lies beneath. She might be the person who is going to be with you during your hard time. Yeah,lesson paling valuable bagi aku sepanjang tahun 2010 since this lesson expand gradually. Aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah bukak mata aku untuk tengok apa itu dunia. Tak sama langsung dengan persepsi aku selama ni. Sekarang aku dengan megahnya melihat dunia dalam satu glob perspektif lain. Aku ada glob baru,tak dapat cari dekat mana-mana pun. =D




p/s : SPM really is something. Comes with a package and it is not only revolved around the alphabetical-syllabus lesson. Out-of-syllabus lesson is nowhere to be found. It is not neatly arranged in a book where you can get in a book store but instead you need to move on your feet to explore the truth behind everything. New lesson ; hunt for truth. You will have no regret ; I assure that. =D





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...