Saturday, January 1, 2011

Garisan Serenjang



2011 mengucapkan "warm welcome" dan 2010 melabuhkan punggung sudah. Itu tanda segala cerita dan kenangan romeo juliet kau sepanjang 2010 kena bungkus ikat cantik-cantik letak tepi. Kau akan ada hidup baru. Orang selalu cakap jangan hidup dalam masa lalu. Orang putih cakap "don't live in the memory". Kau tak akan ke mana. Tapi aku dengan yakinnya menolak hipotesis itu. Kau tau tak tanpa masa lepas, kau tak akan kenal siapa kau sebenarnya? Kau tak akan ada hidup yang kau ada sekarang? Jadi bagi aku,aku suka mengaplikasi teknik imbas kembali jadi sebahagian plot kisah hidup aku. Buka balik bungkusan-bungkusan yang aku dah ikat tu,dan akhirnya ketawa tak tentu hala. Seronok kan? Ya. Aku tahu aku cakap benda betul. Sangkallah sekuat mana,aku tetap berdiri kat tiang ni.


Berkontra dengan tahun sebelumnya,2011. Herm.. Tak banyak ucapan tahun baru yang aku dapat. Adalah beberapa ketul. Kalau tahun lepas, pesanan-pesanan ringkas yang masuk lagi deras daripada air terjun. Mungkin banyak yang dah mula sedar ni tahun baru Barat,bukan kita. Maksud aku,budaya pinjaman ni. Lumrah kan? Asyik nak ikut-ikut orang je. Apa yang berubah? Umur kot? Masa nilah masa traffic jam semua nak buat azam baru. Masa awal Muharram tak ada pulak orang sibuk nak buat azam. Haha.. Aku? Entah. Aku tak pernah buat azam tahun baru. Sebab bagi aku,kalau kau dah tekad sangat nak berazam, bila-bila pun boleh. Tak perlu tunggu kalendar bertukar angka tahun.


Sekarang sentimental dah ambil alih emosi penulisan. Aku terfikir,time-time macam ni tahun depan,aku entah dah dekat mana. Kawan-kawan SABDA entah ke mana. Kawan-kawan Andalas,entah apa cerita. Seorang ke sana, seorang ke sini. Masing-masing mengendong cerita sendiri. Sibuk nak kejar impian. Dunia tak pernah berhenti berputar. Sebab tu kau tak boleh berhenti melangkah. Dan pada masa-masa macam ni tahun depan,mungkin kita semua dah tak bertegur lagi. Lost contact. Kalau tegur pun,mungkin dah jelas terasa janggalnya. Orang kata,tegur buat syarat. Masing-masing akan buka cerita baru ; ada kehidupan baru. Entah-entah nanti tiba-tiba dapat kad jemputan kahwin. Tak mustahil kan? Yela,life must go on. Takkan orang lain maju bertapak-tapak, kau masih lagi nak tercengang gigit jari dengan kenangan silam kan?


Sekarang dah terasa dah jaraknya. Nak ajak keluar,tak semua lapang pada masa yang sama. Aku pun tak terkecuali. Maaf kawan-kawan. Tapi sekarang aku macam dah boleh baca. Ibarat masa aku melangkah keluar kali terakhir daripada sekolah,aku tahu aku takkan dapat jumpa mereka lagi macam mana keadaan kali pertama aku berkenalan dengan mereka. Sentimental kan? Apalah minah bunga aku ni? Haha.. Meminjam kata-kata masyhur pelajar SABDA, "dalam hati ada taman". Entah. Setakat ni,2010 jauh lagi manis semanis kurma buat aku berbanding tahun sebelumnya. Aku kutip macam-macam. Umpama percutian tepi pantai selama setahun dan macam-macam aku dapat kutip. Kalau boleh,aku tak nak simpan bungkusan 2010. Aku nak dia sentiasa terbuka. Supaya aku tak lupa semua yang berkaitan 2010.


Meminjam kata-kata Nadiatul Akmar, macam-macam yang aku belajar kat SABDA. Macam-macam tu bagi aku memang macam-macam. Skopnya luas ; aku nak gambarkan pun aku tak tahu. Yang paling penting aku kenal dunia. Sudut pandangan aku pun tak hanya terpencil satu sudut je. Kawan-kawan. Jujur, aku tak pernah meneliti maksud per"kawan"an. Aku fikir,aku cuma ada kawan baik dekat sini. Dekat Andalas ni. Tapi dekat asrama,aku faham satu perkara. Tak semestinya kau kena rapat dengan orang tu,baru kau boleh berkawan dengan dia. Asrama ajar aku ; kau kena pandai bergaul dengan semua orang sebab kau tak akan berada dengan kawan rapat kau 24 jam. Jadi aku didik diri jadi universal. Jumpa sana,hey! Jumpa sini,hoi! Jumpa budak tu,huhahuhahuhahuha! Jumpa budak ni,yo man! Universal kan? Haila~



Dan lagi satu, aku belajar juga kau tak semestinya perlukan kawan yang sejantina untuk berkongsi masalah kau. Tak kisahlah daripada hal belajar sampai lah ke hal hati perasaan jiwa kacau kau. Dengan individu yang berlainan jantina pun,kau boleh cerita semua masalah. Mereka sangat memahami. Teringat masa aku boleh dengan tenangnya cerita dekat Ba pasal orang yang aku suka. Cerita semua yang aku rasa. Minta pendapat dia. Sedangkan dia lelaki. Tapi entah. Tak ada rasa kekok langsung. Macam a "brother-sister" punya perbualan. Oh,mereka memang adik-beradik aku. Lepas tu,dekat kelas tu,kami terbahagi dua ,side A dan side B Al-Farghani. Aku ahli side A. Haha.
Meminjam sekali lagi kata-kata Nadiatul Akmar,ahlinya -

  1. Izat Jaris bin Dzulkifli
  2. Ali Zainal Abidin bin Muhd Nasib
  3. Najib Fathi bin Hassan
  4. Muhd Saiful bin Kassim
  5. Muhd Akif bin Abu Bakar
  6. Muhd Izuwan bin Jamaludin
  7. Rushdan Aliff bin Rosli
  8. Muhd Faeez bin Mazlan
  9. Muhamad Syazwan bin Rosli
  10. Muhammad Safwan bin Khalid
  11. Izzatul Nazihah bt Yahya
  12. Fatin Fareena bt Abdul Aziz
  13. Nazatul Syaza bt Abdul Raof
  14. Nadiatul Akmar bt Ros Saidi
  15. Muhd Nabil bin Imran
  16. Vekaash a/l Manalan

Ha..tapi tak maksud yang lain-lain tu aku tak kawan. Rapat jugak. Kata sekelas kan? Cuma ini antara mereka yang aku selalu luangkan masa lebih dengan mereka bila-bila terluang. Dekat side aku ni,masih ingat bila seorang sakit, yang lain mesti kabut. Haha..

"Kau okay tak?"
"Larat ke tak kau ni? Tak larat,balik dorm jela"
"Kau ada ubat tak?"
"Kau dah pergi klinik belum?"
"Aku ada ubat. Kau nak tak?"
"Nah,ubat ni. Nanti melarat sakit kau tu"
"Kenapa dia diam je hari ni? Dia sakit ke?"

Itulah antara ayat-ayat keramat kami. Haha. Serius,kadang-kadang ada yang jadi pembekal ubat. Macam Nad,pembekal strepsils. Aku,adalah pernah sekali. Menjadi pembekal Paracetamol. Setiap kali ada yang sakit kepala,aku bagi ubat tu. Dan macam tu lah sebaliknya. Lepas tu,tak lupa. Bila setiap kali bawa makanan pergi kelas,maksudnya kau kena bawa untuk semua orang. Haha.. Unity kan? Jangan harap kau nak makan sorang bila dah makan dekat kelas. Moto kami ; "harta kau,harta aku". Atau senang cerita,aku panggil "piranha SABDA". Kau letak makanan apa,banyak macam mana pun,sekelip mata habis. Fuh,piranha terlatih! Bak kata Tot,walaupun tak dapat makan banyak,tapi aku enjoy suasana ni. Tak tahu kenapa,seronok sangat.


Habis kisah kelas. *selak page baru


Ha,pasal batch aku diberi nama Nova-X. Idea siapa,aku tak pasti(*tak ingat). Tapi yang pasti,aku belajar sesuatu jugak daripada batch. Kalau kat sekolah lama,macam ada double standard. Golongan sosial pun dah macam ada sistem hierarki dah. Sesama batch pun boleh tak kenal. Tapi berbeza kat asrama,aku kenal semua budak satu batch. Sebut je nama. Aku tahu. Semua aku pernah tegur sekurang-kurangnya sekali kecuali adalah seorang hamba tu. Zulhafiz. 5 Al-Jazari. Tak pernah aku dengar suara dia pun. Biarlah dia. Oh,dan aku juga belajar semangat batch yang sangat kuat dekat asrama. Sorang jatuh,yang lain kena tolong. Sebab tu Ketua Batch main peranan gila-gila. Kau kena berjaya dengan kawan-kawan. Baru seronok. Kau tak layak duduk asrama kalau kau nak pentingkan diri sendiri je. Hebat kan lesson tu?


Entah. Secara literal,2010 perjalanan yang sangat panjang tapi sangat pendek. Maksud aku,perjalanan yang aku lalu panjang tapi dalam tempoh sangat singkat. Haha.. Sastera kan? Dasarnya,cerita aku majoriti berkaitan hidup hostel yang aku baru tahu untuk 2010. Tapi untuk penghujung 2011 aku tak tahu apa yang bakal aku muatkan dalam entri aku. Mungkin pengalaman di pusat pengajian tinggi pulakkan? Itupun kalau umur masih panjang. Mana lah tahu. Dalam setahun,macam-macam boleh berlaku. Ye tak?



p/s : Entah aku pun tak pasti 2011 ni macam mana rupanya. Serius cakap,kadang-kadang aku sendiri takut. Tapi aku tahu ada kehidupan lain kat luar sana yang aku kena explore. Apa yang aku tulis ni,yang aku dapat ni,baru sikit lah. Banyak lagi kat luar tu. Yela,skop penglihatan budak mentah kan? Macam ni lah rupanya. =D




6 comments:

  1. "1 person like this" to your comment,mr.ozzy!

    ReplyDelete
  2. nad bnyk menyumbang.
    ahaahaha
    sumpah rindu side A

    ReplyDelete
  3. nad,ahaha. penyumbang utama eyh?
    taw xpe. rindu gila side A

    ReplyDelete
  4. piranha terbaeekk.sekarang just harap x lost contact.love you.

    ReplyDelete
  5. piranha! sumpah aku tak lupa! haha.
    yeah,harap camtu gak. syg kau jugak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...