Friday, December 17, 2010

Psychiatry Pills



*the only exception by paramore mode


Looking for a perfect video to be watched,so I've decided to lay down my fingers on this keyboard,typing some nonsense or might be a silly crap just to be my psychiatry pills. Haha.. So,as I am hunting for words to be shown,suddenly my mind remind me of the incident. Yeah,that incident. The day when I was officially experienced the sweet seventeen.

Beginning of the day. Memang hari bertuah. Coincidently,Chemistry paper for trial was on 23rd August 2010(which was my birthday). Memang untuk pertama kali dalam hidup,aku terasa aku terpaksa melupakan nikmat menyambut hari jadi disebabkan adanya paper Chemistry. So,tepat jam 12 tengah malam aku pun melangkah dengan riang ke dorm Farah tanpa mengharap langsung ada yang akan ingat birthday aku(ceyh,statement nak poyo je!). Niat utama ; study bersama Farah. Betul,tak tipu! Haha.. Sebaik tiba,aku dengar ada nyanyian "birthday song" berkumandang. Sekali pandang,alahai.. Budak Form 1 tu. Kawan-kawan dia wish birthday dia. Haha.. Perasan je aku! Eh,dik. Kita sama-sama tua lah. Haha..


Mereka yang lain pun semua buat muka seposen tak paham. Aku pun malas nak cakap apa-apa. Faham-faham. Semua under stress untuk paper Chemistry. By the way,terima kasih Kementerian bagi aku hadiah paling best in my whole lifetime. Haha.. Tengah borak-borak mukadimah kejap dengan Farah,tiba-tiba aku dikelilingi ahli dorm BP12 yang dengan tidak semena-mena menyanyikan lagu "birthday song". Sumpah lah terharu kot! Ingatkan semua tak ingat. Terima kasih kalian telah membuatkan aku tersenyum sendiri di kala bulan terang bercahaya.


Satu malam aku dengan Farah tak tidur. Study punya pasal. Cara menyambut birthday paling seksa aku rasa. Haha.. Again coincidently,it was a fasting month. Tak rasa macam nak pergi DM untuk sahur pun,so aku dengan lemah longlainya pulang ke dorm untuk jamah air mineral sikit,buat syarat. Bukak je pintu locker,terpampang dekat cermin hasil contengan Aja menggunakan highlighter hijaunya "Happy Birthday,Tul. Kau dah tua! Sorry tak ada hadiah". Haha.. Adoi~ pagi-pagi dah buat aku gelak. Thanks Aja.


Solat Subuh. Badan macam haram lesu. Tapi digagahkan juga. Paper kejap lagi ni. Haila~ Terima ucapan hari jadi daripada Mimi,Ci'en,Hana,Mira,Ana dan yang lain-lain. Aku syukur sangat. Birthday aku masa exam. Jadi tak adalah mereka yang sangat geliga itu boleh kenakan aku. Exam,blah blah blah. Maka paper 3 pun tamat. Mood nak happy sebab birthday girl pun lenyap. Right after the paper,we all went upstairs to put our books in the class. Sebaik jejak kaki dalam kelas, whiteboard kelas dipenuhi dengan ucapan-ucapan harijadi oleh Farghanians yang sebenarnya tak lupa pun harijadi aku. Haha! Thanks ye Farahin,Dijah,Purung,Ba,Jaris,Adik,Wan,Jebat,Aja,Nad,Tot,Nanad,Atin,Azzy,Sai dan yang lain di atas ucapan itu.


Selepas bergelak ketawa dengan ucapan mereka yang cukup untuk aku ketawa satu hari tu,aku bergerak pulang dengan Aja. Lalu ikut belakang surau. Lagi dekat katanya. Tiba-tiba ternampak Ozzy baru nak berwudhu'. Kantoi tak Zohor tadi. Haha! "Sampai hati kau tak wish birthday aku!" (menagih simpati!). Ozzy"Oh,aku lupa. Seriously lupa. Eh,meh sini". I asked him why. Ozzy pun memulakan cerita,"Kau taw,aku bukan tak ingat birthday kau tapi tu lah. Sibuk dengan exam semua kan,so aku pun......" dan itu dia,lemparan air terbaik daripada Ozzy. Habis basah tudung aku. Memang aku kena tipu dengan kau hidup-hidup. Happy Birthday,Tul! =P


Balik dorm,ingat nak bayar hutang tidur. Sekali Shima menyampaikan pesanan, "Tul,Cikgu Shahrul ajak kau dengan Hazimah keluar pergi bazaar Ramadhan." Oh,gembiranya.......kalau aku tak exhausted tahap bateri dah kong ni. Dahlah puasa. Tak apa,dugaan. Letak beg,capai je beg duit terus ke dorm Hazimah. "Zimah,jom! Cikgu Shahrul ajak sekarang kan?". Berapa kali ulang-alik rumah cikgu dengan sekolah sebab cari cikgu tak jumpa. Bergerak ke bazar simpang empat. Sepanjang perjalanan,cikgu buat lawak antarabangsa dia. Sumpah aku,Fikar,dengan Zimah tak tahan nak gelak. Ucapan hari jadi terbaik daripada Cikgu Shahrul(mentor aku).

Cikgu : Cikgu nak ucapkan tahniahlah kepada Izzatul.
Aku : (tiga-tiga muka pelik) Huh? Kenapa ye cikgu?
Cikgu : Kerana kamu telah berjaya sampai ke umur 17 tahun ni. Bukan senang.
Aku : Err...Haila~ ingatkan apa.(sambil ketawa)
Cikgu : Paper tadi macam mana? Seronok?.....
.......
.......
.......
*ok stop


Sampai bazar,semua nak beli makanan sendiri. Aku pun sama. Tapi tak tahu apa nak dibeli. Yang dua orang lagi tu dah melilau ke mana entah. Sekali tengah nak beli-beli murtabak,baru ingat nak bayar. Cikgu offer nak belanja. Aiseh..rezeki jangan ditolak. Malu pulak aku. Jalan lagi. Ingat nak beli nasi lemak kukus,baru keluarkan duit,cikgu dah siap bayarkan. Alamak,ni yang rasa macam terharu ni. Jalan lagi. Nampak laici kang. Aku yang batak ni,tak tau lah rasa air tu. Gatal mulut cakap air tu cantik. Ambik kau. Cikgu belikan terus. Suruh aku rasa. Haha.. Terima kasih cikgu. Sumpah terharu!


Sampai dorm,badan dah bau. Waktu pun dah pukul 6. Kena siap-siap nak pergi berbuka lagi ni. Malam tu,serius cakap,aku terawih tak khusyuk pun. The tiredness overcome everything. Aku cuma tahu aku nak tidur. Badan dah macam mayat bernyawa dah. Balik terawih,tanpa fikir sebarang kegiatan lain,sampai dorm,campak telekung,rebahkan badan. Ah..lega kot! Ingat nak rehat-rehat je,sekali aku tertidur terus. Apa punya sengal lah birthday girl tidur awal? Haha..


Tak lama tu,ada orang kejut aku. Oh,Suhaila. Dia bagitahu budak-budak BP09 buat hal. Some kind of misunderstood. Apalah nasib jadi PKR. Hal anak buah kena ambik tahu jugak kan. Tengah aku hilang separuh nyawa ni lah korang nak gaduh? Gaduh nanti boleh tak? So,dengan keadaan separuh sedar tu,aku pun ikut lah dia pergi dorm 9 tu. Mata dahlah cukup pedih sebab baru bangun,otak pun baru tengah nak start menjana kewarasan,tiba-tiba diorang gaduh-gaduh pulak depan aku. Aku pun terus bertanya "Apa jadi ni?Cuba duduk elok-elok,bincang". Masa tu,memang dah tak mampu nak berdiri. Mata tak boleh buka,kaki pun lemah longlai. Jadi,aku pun duduk dekat depan dorm tu. Lantak koranglah nak gaduh.


Environment sekeliling sikit pun aku tak perhatikan. Tengah loading kejap,dengar mereka cakap-cakap apa entah,tiba tiba. Booshh...!!! Simbahan air yang macam haram baunya kena dekat atas kepala aku dari belakang. Baru nak bukak mata,tiba-tiba kena lagi simbahan kedua dari depan..dan ketiga..dan keempat. Haha.. Ya Allah! Bau longkang mana korang bagi aku ni? Ada intipati siap. Ceyh,rupanya semua tu lakonan semata-mata. Lepas tu,baru semua wish Happy Birthday! Silakan. Hadiah terbaik. Satu aspuri tengok. Baik punya diorang simbah aku dekat dataran tu. Aku lupa hari tu adalah last day exam. Memang patut lah pun aku kena cukup-cukup.


Haha.. Memang terus segar aku masa tu. Tak mampu nak buat apa. Gelak jelah. Dahlah licin lantai tu. Tak tahu nak buat apa. Rasa kelakar sangat. Kena tipu hidup-hidup. Ni nasib baik tak ada prep sebab bulan puasa. Kena kat Aspuri je cukup. Hadoi~ memang terus capai tuala aku nak mandi. Baju dah basah melekit-lekit,mandilah hoi! Tengah mandi,ramai pulak anak-anak buah menjengah ke toilet menjerit nak wish birthday. Terharu! Antara muka-muka yang berjasa adalah Hana,Mira,Aja,Nad,Cien,Farah,Nani,Syaza dan juga pelakon-pelakon kerana berjaya menipu. Haha... Memang takkan lupa sampai bila-bila! After all,that's why it is called SWEET SEVENTEEN,right?



p/s : Kenangan pertama dan terakhir dekat SABDA. Tak pernah aku sambut birthday hari sekolah! Thanks to the crew kerana menambahkan collection baju aku untuk dibasuh. Tau tak susah gila nak hilang bau tu? HAHAHA.. =P






6 comments:

  1. it's a wonderful experience you have there :)
    sweet seventeen that you may kept as memento in your heart forever :D

    ReplyDelete
  2. ahahahaha...
    sumpah lawak.
    tau x kitorg dah mcm fbi ja mlm 2...
    akhirnya mission accomplish :)

    ReplyDelete
  3. BHAHAHAHA !
    sumpah bau cam haram gilaaa !
    haha. malam tu tul pedih mate. nescafe+sabun basuh baju. :D

    ReplyDelete
  4. iera : yup. seriously wonderful, the most unforgetable perhaps

    nadd : haha..tak sedar apa pun. tak tau pun bila korang buat. memang pengsan habis. yang best,zimah tolong belikan tepung tu,boleh tak perasan? haha..sumpah lawak!


    syaza : bau macam haram. rasa macam tak cukup sabun + shampoo aku malam tu. dahlah mata aku pedih macam apa. tak boleh bukak dowh. nasib iqa simbah air paip. baru boleh bukak mata...haha..rindu laaa!!

    ReplyDelete
  5. HAHAHAH masa ni ;D ktorg dalam dorm

    "ish, habislah kak izzat kena naik atas dengan baju basah2. Tingkat 2 lagi HAHAHA dah laa dah malam, mesti kena mandi balik xD"

    yeah, tapi best kot tengok prank malam tuu ;D Bhahahaha

    ReplyDelete
  6. cijan : haha..korang BP08 pun subahat eyh? haha..memang akak kena naik basah-basah pun. mandi lama kot malam tu. nak hilangkan bau. haha..memang la best,dah akak yang jadi mangsa..ahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...