Tuesday, August 30, 2011

Berpijak di Bumi Nyata

Berpijak di bumi nyata. Ya, itu fakta yang tak ada siapa boleh sangkal. Dan rasanya aku tak perlu nak persoalkan hakikat tu. Jangan hidup dalam angan angan,Nazihah. Airmata kau tu bukannya barang mainan. Hati kau bukannya hati kanak kanak. Boleh tukar tukar perasaan daripada satu ke satu. Tapi rasanya kalau dah banyak kali dikecewakan, tak salah untuk jadi keras hati. Dah memang patut pun. Erk? Dan aku patut dah jadi macam tu dalam masa sekarang ni. Pelik benar kalau dah banyak kali kecewa pun masih lembut hati,mudah tersentuh. There must be something wrong somewhere dengan hati kau lah perempuan. Dan aku kena didik hati aku dengan lebih kerap rasanya untuk jadi lebih keras hati, sebab itu mungkin akan jadi perisai aku untuk elak aku daripada jatuh,terhantuk lebih kuat ,kan?



Aku dah cukup penat ingatkan diri jangan terlalu mengharap sesuatu yang tak pasti. Lagi lagi bila kau tahu sesuatu tu macam benda yang hampir mustahil senang cerita. Ini dunia. Semuanya menuntut kesempurnaan untuk mendapat pujian, perhatian. Kalau kau tak ada semua tu, jadi berhenti berharap yang tidak tidak. Oh,aku bukan cuba menjadi kejam pada diri, tapi itu hakikat dunia. Sebab kalau kau terlalu mengharap benda yang terlalu mustahil, itu namanya angan angan. Parah nanti kalau tak dapat. Sebab hidup ni kau tak boleh nak jangka.Tak semua berlaku macam fairytale. Kalau ada pun mungkin satu dalam sejuta. Tapi ada ke? Apa yang datang selalunya bukan apa yang kau harap. Eventhough there’s a saying “Everything worth having is worth waiting”. Tapi aku rasa prinsip “Kalau ada,adalah. Kalau tak ada pun tak apa” itu lebih sesuai diaplikasikan dalam hidup remaja sekitar umur aku ni.


Dan satu perkara lagi aku belajar, jangan terlalu cepat terpedaya atau senang cerita larut dalam keadaan indah yang sedang kau alami. Sebab keadaan indah itu semua mungkin cuma pinjaman sementara yang Tuhan nak bagi kau rasa dan faham apa nikmatnya. Supaya kau tak tertanya tanya apa rasanya menjadi si fulan itu, si fulan ini. Atau mungkin keadaan indah yang kau sedang alami tu belum pasti lagi jadi kenyataan sama macam kau selalu harap dan doa dalam mimpi kau. Senang cerita, jangan nak perasan sorang sorang. Mengharap lebih lebih dengan anggapan ini kisah dongeng buku cerita hikayat rakyat kau. Serius. Ini dunia. Semuanya realiti, bukan fantasi rekaan kau.


Percaya cakap aku, bila kau dah mula keluar daripada garisan fantasi kau dan mula langgar garisan realiti, kau akan rasa betapa pedih hidup dalam angan angan. Jadi tolong, sebelum apa apa lebih kritikal terjadi, sediakan mental dengan baik, fahamkan dengan elok apa itu beza realiti dan fantasi.


Sebab aku sendiri sedang menyiapkan mental dengan baik.

Aku dah serik tumpahkan airmata kerana angan angan bodoh aku yang sebenarnya daripada awal aku sedar takkan pernah jadi betul.


Mungkin lebih keras hati. Aku? Keras hati? Bakal aku usahakan. :)



Eh,aku mengarut apa?




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...