Friday, January 14, 2011

Apa Nak Jadi



Hari ni Kakak baru dapat gaji. Gaji pertama dia kan? Faham-faham jelah. Excited lebih sampai satu Klang ni ha nak dibelanjanya. So,Abang yang dekat UPM pun tiba-tiba pulak ada masa free hari ni nak balik rumah. Pelik jugak. Selalu kalau suruh balik rumah sibuk la. Apa lah. Orang nak belanja.. Tak free pun boleh jadi free. Haha. Kakak pun tanya nak makan apa. Abang suruh aku decide.

Kakak : Eh,korang nak makan apa ni?
Abang : Entah. Tanya Adik. Aku tak kisah.
Adik : Heh? Adik pulak? Adik ikut je. Suka hati korang lah.
Kakak : La.. Betul-betul lah. Akak tanya ni.
Abang : Tanya Adik.
Adik : Adik tak kisah. Adik ikut je.
Kakak : Betul-betul lah.
Abang : Tanya Adik.
Adik : Adik tak kisah. Adik ikut je.
Kakak : Betul-betul lah.
Abang : Tanya Adik.
Adik : Adik tak kisah. Adik ikut je.
*dan perbualan berlanjutan macam tu sampai ke sudah... =D



Abang drive,gamble je tak tahu nak pergi mana. On the way,nampak Pizza Hut. Ah,sebat jelah. Pizza pun pizza lah. Masuk je restoran tu,tak ada niat nak take away pun. Memang nak dine-in. Sekali tengok,ambik kau. Ada jualan murah pizza ke? Tapi nasib baik ada meja kosong. Rezeki ada. Heheh. Belek punya belek, discuss punya discuss,Kakak pun tekan lah button dekat atas meja tu ha. Tunggu kejap. Tak sampai lagi. Tak apa,tunggu lagi. Eh,mana pekerja ni? Nak kata pekerja sikit. Ha,abah kau sikit! Bersepah je aku tengok. Ni yang dah nak naik panas muka ni ha.
Tekan lagi button order tu. Alamak ai,buang jelah oi benda alah tu. Setakat buat menyemak meja. Tekan 10 juta kali pun tak dengar macam tu.


Finally,setelah dilambai-lambai pada sorang trainee yang macam tercangak-bangak ni,maka dia pun datanglah kat meja kami. Aku cakap kat Kakak "La..takde function lah benda alah order,bil ni ha. Baik tak payah tekan dari tadi." Lantak kau lah. Janji order. Settle kes. Tunggu lagi. Side dishes yang kami order sampai. 2 lasagne,1 baked rice. Tapi yang sampai cuma satu lasagne. Tu pun entah berapa abad menunggu satu lasagne je. Kebulur punya pasal,telan jelah lasagne yang satu tu kongsi 3 orang. Ingat kan tak lama nak tunggu order yang lain-lain tu sampai. Tunggu punya tunggu punya tunggu,sempat lah kami membaham satu lasagne tu sampai habis,soup dengan garlic bread pun habis. Order pukul 6pm,pukul 7.15pm baru pizza tu cantik terhidang atas meja. Tu pun lasagne yang lagi satu dengan baked rice tak sampai lagi. Apahal slow sangat Pizza Hut ni? Pelik jugak aku.



Lepas tu,tengah-tengah makan tu,panggillah ada trainee tu ha. Mintak benda-benda sos,cheese tu semua kan. Masa mintak angguk macam faham. Lepas tu,lesap entah ke mana. Panggil lagi trainee lain,mintak benda sama jugak. Lesap lagi pergi mana entah. Panggil lagi trainee lain. Cakap benda sama jugak. Angguk lepas tu apa entah dibuatnya. Panggil lagi trainee lain. Memanglah aku datang sana semata-mata nak melambai-lambai dekat trainees kat situ kan.. Okay,yang kali ni punya baru dengar cakap. Itu pun setelah aku bagi muka serius tahap dewa kau tak boleh bayang kat trainee tu. Sambil-sambil makan tu,menunggu jugak side dishes dari tadi. Last-last sampai ke sudah lasagne dengan baked rice entah ke mana. Ending bungkus jelah bawak balik rumah. Nak terburai dah isi perut menunggu order. Nak balik,aku nampak ada disediakan number handphone outlet manager. Ngahaha. Datanglah idea jahat aku. Apa lagi,roger kat Kakak. Kakak call,complain beria-ia. Muka bersungguh tak boleh tahan. Apahal lembab sangat? Dapur rosak ke?


Izzatul Nadia Yahya
Mohd Shafiq Yahya
Izzatul Nazihah Yahya

treat paling tak lupa!



p/s : Tak payahlah guna label "FAST FOOD" dah kalau macam tu servis. Pathetic kot. =D




Tuesday, January 11, 2011

Serious Talk.




We really had some serious talk this evening. While everyone was enjoying the tea,Ayah came up with the unexpected or or or....should I say a reasonable topic to be talked about at the table. It's about marriage. Ngaa~ Began with a based-on-true-story case, both Kakak and I need to lend our ears to Dad's advise. You know,some kind of guidelines when you are about to get married. Well,I know it was supposed to be for Kakak,but since I was there too. You can't expect me to shut my hearing,can you? Its many of them. Yeah,a lot that I think I might have forgotten some.

So,this is what I've got. First,find your own money. Build your own career. Hold tightly to your own economy and must not depend solely to your husband's money. You know,its preparation for worst. I mean,who knows. Second, make a perfect planned for the family. Such things as house,cars. Thirdly,the occupation. A stable job is a must to ensure the plan are all on the track. Fourth, love cannot be trade in with rice. Which means, who says money doesn't bring happiness. Conclusion, do not be blinded by love. And and not to mention. Ayah said "Bila dah kahwin nanti,kalau suami kau suruh kau berhenti kerja, siaplah dia!".

I was like being stunned. And finally all of us burst out laughed over that. I can't imagine how mine should be. Yeah,most probably in 8 years from now. Eh,that Saiful Azhar I did mention before,remember? Ahaha. Forget it. =D


"My life has a superb cast but I can't figure out the plot"

Can you?







Had Laju Maksimum



Phalenges aku ni meronta-ronta nak menari atas papan kekunci ni ha. Rindu lama tak jumpa,katanya. Permintaan aku ikutkan. Jadi,hasil taipan yang aku nak persembahkan ni pun,aku tak tahu destinasi hala tujunya. Jangan kau naik jelak pula, berteriak aku nanti. Eh,bukan berteriak marah ,sedih lah. Kau kan pendengar setia aku. Kalau kau tak semak hasil taipan aku ni,siapa lagilah yang sudi kan..


Semalam aku bertapak ke rumah saudara aku,demi melawat Opah yang mengalami kecederaan,serius ke tak eh? Entahlah. Tak pasti pula aku. Bukan tak mahu ambil pusing,tapi aku cuma aku tak ada hati nak tahu pun. Kejam oo.. Lantaklah. Walaupun aku tahu tingkat keikhlasan aku tu berapa skalanya,tapi permintaan ayah aku anggukan juga. Tak mahulah dipanggil menderhaka pula kan. Kenapa aku macam berat je nak jumpa Opah? Orang kata,jangan menghukum tanpa sebab. Tapi aku,aku ada sebab aku sendiri. Dan aku seratus peratus yakin,kalau kau berada kat tempat aku, rasa setiap peristiwa yang aku rasa, kau akan bagi reaksi serupa dengan aku. Haha.. Entahlah. Kau faham-faham sendirilah ye.


Sebaik sampai,aku tengok Opah terbaring. Serius kot. Bersalam-salaman walaupun tangan terasa berat. Bukan apa ; tak naklah pula aku dianggap pencabul adat Melayu. Oh,tercucuk paku karat rupanya. Kesian. Okaylah,sekurang-kurangnya aku masih lagi layak diberi jolokan manusia yang berbelas ihsan. Aku sampai sekarang masih tak faham dengan dia. Ingatkan setelah bertahun tak jumpa, adalah sikit titik perubahan yang aku boleh nampak pada dia kalau pun tak mampu nak buat anjakan paradigma langsung kan?

Rupanya,jangkaan aku jauh daripada landasan. Dia masih manusia sama. Cuma topengnya sikit berubah. Sedikit bertambah usia. Paling hebat, dialognya tak berubah waima sepatah pun. Tapi jangan risau. Aku dah perisaikan hati aku ni dengan segala macam rantai besi yang kau takkan dapat tembus dah. Mungkin dulu yelah kan. Kasarnya bunyi tu. Entah. Aku dah tak dapat nak cari perkataan lain. Ampun seribu kali ampun.


Aku tahu,mesti kau ingat aku ni pendendam kan? Dengan darah daging pun boleh main tarik-tarik toleransi. Aku tahu. Mesti ramai yang akan kata. "Ala,beralah jelah. Tak rugi pun kau beralah". "Forgive and forget is the best way to show your strength". Bukan menolak mentah-mentah cadangan positif tu. Aku pun bukan tak belajar pendidikan sivik dulu. Tapi macam aku kata. Kau akan buat apa yang aku buat ni,kalau kau jadi aku. Bunyi macam keras hati kan?


Bukan aku yang belajar,tapi dia yang ajar aku semua ni. Daripada interpretasi jahil aku, aku tahu tak semua yang keluar daripada mulut dia ikhlas. Orang kata,buat syarat je lah kan. Tapi,kalau aku ni ada hati semulia Siti Hajar, mungkin ada perubahan persepsi di situ. Kadang aku macam cemburu dengan orang, kenapa mereka ada pertalian kuat tu. Sedangkan aku,tak sekali pun sejak aku tahu bernafas,aku dapat rasa pertalian tu. Jangan kata sehari,sesaat pun aku tak pernah rasa. Nak cakap dengan dia pun aku kekok. Macam orang asing. Salah aku ke? Dia yang wujudkan keasingan tu. Dia yang ajar aku jadi hati sekeras batu. Dia yang letak jarak tu secara terang-terangan. Dia yang wujudkan cerita yang tak pernah wujud tu. Dia yang mulakan permulaan semua ni. Masih kau kata salah aku?




p/s : Walau macam mana buruk aku gambarkan kau,aku tak PERNAH letak BENCI jadi penanda aras. Itu aku pasti dan kau perlu tahu tentang tu.



"Just try to be in my shoe for one day,
then you are welcome to judge me"





Saturday, January 8, 2011

Sense Of Accomplishment



*in the "Calling All Angels" by Train mode


Dizzy. My head is pounding in a flawless pain. Too bad, the nerves can't seem to tune in. Crashed into a door is not pleasurable,I suppose. Silly small accident. Uh,what a world. I gazed at the door,vowing silently to myself, this is going to be another lesson of the day. Though I know it won't work. Ngaa~ This is something like cracking your skull with the license. Seeing the world circling for every blink,uh. Leading an agony pain. Lowering the voice,just about murmuring, I'm moaning while rubbing this head gently. You know,who else would in charge for that?


Looking around the four white wall surrounded me, I guess I'm dying. Hang in there,Nazihah. There must be something that can hold you back. Get your eyes work,human! Scanning..scanning..scanning... Gotcha! That's it. Lappy might be the solution. Yeah,not the wise one. But,just take a sip of consideration. Or..or..or at least you owned the technology.


So,clicking here and there. Mouse works efficiently. I took a glimpse of my old-left-out folder. All the contents were all back years ago. Pictures,songs, and even the poems which I created years ago. I mean,during those school days. Occupied by those files, I can't hold myself from having some small laughs. Oh,and I even still keep the poem which was inspired by the guy who I attracted to when I was in Form 1. In fact,until now I'm still looking for him. Where are you,Shahid bin Othman? Hidup lagi ke tak? Hahahaha *big laugh together.


The still air coated the skin. I'm off duty. Unlock the cage of boredom. I'm free to get into anything. Up until today, the only consistent work I could ever do without hesitate is improving my English. Collecting all the interesting phrases, evaluate every new vocabulary, going through each pages of masterpiece. Upgrading the knowledge and all of them are for free. Well,at least it does sounds highly-vision,doesn't it? Rather than taking part in aimless life. Ahhaahaha..


Just came back from Jusco Bukit Tinggi,nothing more or less I did. Wander around, grab some food , do some shopping which is compulsory. Its a girl thing,you know. It was time to pray Maghrib. Heading to surau. Its full,man! Not trying to be so ignorant about religion or whatever. I know I know. Well,at least people still do their obligation. My sight caught the image, seem too familiar. Eh,Kak Asmira! She was my senior when I was in Form 1 and we were very closed until she moved to MRSM Kepala Batas. The distance put on the barrier. A smile is more than enough to symbolizes the excitement,perhaps. I mean the broad one.



Discovered a lot of blogs which are creatively sketch. Some of them ; Hanis Zalikha, Fynn Jamal , Sue Anna Joe. Gained something from their territory. No,its not "some". Its many of them. Yeah. Blogging is my passionate I should say since those school year. And not even until this moment breathe in, I am not even sure of the best or most inspiring way to write. I mean, the skills of blogging. The skill to inspired people for at least not to puke after a visit to your blog. Or,at least to avoid for a once-in-a-lifetime- visit to your blog. Blogwalking can be much of beneficial rather than a waste of time. A field to build the character of writing. You know, this is my exercise essay book other than those homeworks given. Aha.. Well, I am doing some effort to enhance the quality,okay? Oh,come on. I don't want to be so pathetic. Could you please not let me to?



p/s : A reading revealed that "GOOD LUCK IN YOUR EXAM" , "GOOD LUCK FOR YOUR EXAM" and "GOODLUCK TO YOUR EXAM" are all crap and totally definitely wrong. We are supposed to say "GOOD LUCK ON YOUR EXAM" or "GOOD LUCK WITH YOUR EXAM". I know I know. Its some of common mistakes we used to say or do. Even I was one of them. For my very last word, just a lovely reminder or advise. Practise makes perfect,everyone!


Friday, January 7, 2011

Pesanan Suara

Izzatul Nazihah + Fatin Fareena = Watak Utama


*in the "Pain" by Jimmy Eat World mode

Mengah. Dari tadi aku mencari-cari nafas. Dah lama aku tak ketawa besar macam ni. Maksud aku,betul-betul punya ketawa. Paling akhir,masa dekat sekolah,SABDA. Masa lepak-lepak dengan mereka yang sengal-sengal tu. Ketawa besar ni dah jadi macam syarat wajib melepak dengan mereka. Ada je benda nak bahan orang.


Aha. Perbualan hari tu. Maksud aku,tahun lepas. Add.Maths depan mata. Otak ligat fikir macam mana nak selesaikan soalan. Niat ; ulangkaji. Cikgu tak masuk kelas. Antara perbualan paling tak matang aku bersama Tot ; walaupun memang selalunya tak matang. Tot menyuarakan ,


Tot : Eh,aku rasa aku punya bakal suami nanti nama Kamal.

Aku : Huh? apahal pulak tiba-tiba je kau nak suami nama Kamal?

Tot : Entah. Aku rasa nama Kamal tu macam macho,kacak. Yela,aku yakin. Suami aku nanti nama Kamal.

Aku : Uik? Gila lah kau. Suka hati je nak set-set siapa nama suami kau.

Tot : Betul lah. Eh, kalau kau aku tahu,aku tahu. Ala,budak yang kau minat tu. Saiful Azhar kan?

Aku : Eh? Saiful Azhar mana ni Tot? Tak kenal pun. Yang aku minat tu lain lah.

(Tot nak sebut nama lain,tapi tersalah sebut. Main sebat jelah nama)

Tot : Eh,bukan ke? Oh. Yela. Aku salah sebut.

Aku: Entah siapa entah Saiful Azhar tu. Kau ni,suka hati je. Eh,tapi kan Tot,best juga kan? Kau cari orang nama Kamal yang kau kecoh-kecoh tu,aku tunggu Saiful Azhar aku. Yeah,set! Suami kau Kamal,suami aku Saiful Azhar. Ahaha.. *big laugh both



Ceh,sumpah aku dengan Tot buat diskusi paling sengal masa tu. Implikasi mencari solusi Add.Math agaknya. Entah siapa Saiful Azhar tu pun aku tak tahu. Tak pernah pula aku ada kawan nama macam tu. Entah wujud entah tidak. Jadi,bila aku teringat pasal perbualan ni,aku terus search dekat FB,the unknown "Saiful Azhar". Banyak pula dalam Malaysia ni. Aha.. Kerja gila aku paling suka buat. Tot,kau dah cari Kamal kau? Seronok juga main sebat je petik nama orang ni.




p/s : Belajar pun tak habis , ada hati nak sibuk-sibuk fikir nama suami. Hehe.. Buat kena gelak guling-guling je dengan mak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...