Tuesday, January 11, 2011

Had Laju Maksimum



Phalenges aku ni meronta-ronta nak menari atas papan kekunci ni ha. Rindu lama tak jumpa,katanya. Permintaan aku ikutkan. Jadi,hasil taipan yang aku nak persembahkan ni pun,aku tak tahu destinasi hala tujunya. Jangan kau naik jelak pula, berteriak aku nanti. Eh,bukan berteriak marah ,sedih lah. Kau kan pendengar setia aku. Kalau kau tak semak hasil taipan aku ni,siapa lagilah yang sudi kan..


Semalam aku bertapak ke rumah saudara aku,demi melawat Opah yang mengalami kecederaan,serius ke tak eh? Entahlah. Tak pasti pula aku. Bukan tak mahu ambil pusing,tapi aku cuma aku tak ada hati nak tahu pun. Kejam oo.. Lantaklah. Walaupun aku tahu tingkat keikhlasan aku tu berapa skalanya,tapi permintaan ayah aku anggukan juga. Tak mahulah dipanggil menderhaka pula kan. Kenapa aku macam berat je nak jumpa Opah? Orang kata,jangan menghukum tanpa sebab. Tapi aku,aku ada sebab aku sendiri. Dan aku seratus peratus yakin,kalau kau berada kat tempat aku, rasa setiap peristiwa yang aku rasa, kau akan bagi reaksi serupa dengan aku. Haha.. Entahlah. Kau faham-faham sendirilah ye.


Sebaik sampai,aku tengok Opah terbaring. Serius kot. Bersalam-salaman walaupun tangan terasa berat. Bukan apa ; tak naklah pula aku dianggap pencabul adat Melayu. Oh,tercucuk paku karat rupanya. Kesian. Okaylah,sekurang-kurangnya aku masih lagi layak diberi jolokan manusia yang berbelas ihsan. Aku sampai sekarang masih tak faham dengan dia. Ingatkan setelah bertahun tak jumpa, adalah sikit titik perubahan yang aku boleh nampak pada dia kalau pun tak mampu nak buat anjakan paradigma langsung kan?

Rupanya,jangkaan aku jauh daripada landasan. Dia masih manusia sama. Cuma topengnya sikit berubah. Sedikit bertambah usia. Paling hebat, dialognya tak berubah waima sepatah pun. Tapi jangan risau. Aku dah perisaikan hati aku ni dengan segala macam rantai besi yang kau takkan dapat tembus dah. Mungkin dulu yelah kan. Kasarnya bunyi tu. Entah. Aku dah tak dapat nak cari perkataan lain. Ampun seribu kali ampun.


Aku tahu,mesti kau ingat aku ni pendendam kan? Dengan darah daging pun boleh main tarik-tarik toleransi. Aku tahu. Mesti ramai yang akan kata. "Ala,beralah jelah. Tak rugi pun kau beralah". "Forgive and forget is the best way to show your strength". Bukan menolak mentah-mentah cadangan positif tu. Aku pun bukan tak belajar pendidikan sivik dulu. Tapi macam aku kata. Kau akan buat apa yang aku buat ni,kalau kau jadi aku. Bunyi macam keras hati kan?


Bukan aku yang belajar,tapi dia yang ajar aku semua ni. Daripada interpretasi jahil aku, aku tahu tak semua yang keluar daripada mulut dia ikhlas. Orang kata,buat syarat je lah kan. Tapi,kalau aku ni ada hati semulia Siti Hajar, mungkin ada perubahan persepsi di situ. Kadang aku macam cemburu dengan orang, kenapa mereka ada pertalian kuat tu. Sedangkan aku,tak sekali pun sejak aku tahu bernafas,aku dapat rasa pertalian tu. Jangan kata sehari,sesaat pun aku tak pernah rasa. Nak cakap dengan dia pun aku kekok. Macam orang asing. Salah aku ke? Dia yang wujudkan keasingan tu. Dia yang ajar aku jadi hati sekeras batu. Dia yang letak jarak tu secara terang-terangan. Dia yang wujudkan cerita yang tak pernah wujud tu. Dia yang mulakan permulaan semua ni. Masih kau kata salah aku?




p/s : Walau macam mana buruk aku gambarkan kau,aku tak PERNAH letak BENCI jadi penanda aras. Itu aku pasti dan kau perlu tahu tentang tu.



"Just try to be in my shoe for one day,
then you are welcome to judge me"





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...