Hari ni Kakak baru dapat gaji. Gaji pertama dia kan? Faham-faham jelah. Excited lebih sampai satu Klang ni ha nak dibelanjanya. So,Abang yang dekat UPM pun tiba-tiba pulak ada masa free hari ni nak balik rumah. Pelik jugak. Selalu kalau suruh balik rumah sibuk la. Apa lah. Orang nak belanja.. Tak free pun boleh jadi free. Haha. Kakak pun tanya nak makan apa. Abang suruh aku decide.
Kakak : Eh,korang nak makan apa ni?
Abang : Entah. Tanya Adik. Aku tak kisah.
Adik : Heh? Adik pulak? Adik ikut je. Suka hati korang lah.
Kakak : La.. Betul-betul lah. Akak tanya ni.
Abang : Tanya Adik.
Adik : Adik tak kisah. Adik ikut je.
Kakak : Betul-betul lah.
Abang : Tanya Adik.
Adik : Adik tak kisah. Adik ikut je.
Kakak : Betul-betul lah.
Abang : Tanya Adik.
Adik : Adik tak kisah. Adik ikut je.
*dan perbualan berlanjutan macam tu sampai ke sudah... =D
Abang drive,gamble je tak tahu nak pergi mana. On the way,nampak Pizza Hut. Ah,sebat jelah. Pizza pun pizza lah. Masuk je restoran tu,tak ada niat nak take away pun. Memang nak dine-in. Sekali tengok,ambik kau. Ada jualan murah pizza ke? Tapi nasib baik ada meja kosong. Rezeki ada. Heheh. Belek punya belek, discuss punya discuss,Kakak pun tekan lah button dekat atas meja tu ha. Tunggu kejap. Tak sampai lagi. Tak apa,tunggu lagi. Eh,mana pekerja ni? Nak kata pekerja sikit. Ha,abah kau sikit! Bersepah je aku tengok. Ni yang dah nak naik panas muka ni ha.
Tekan lagi button order tu. Alamak ai,buang jelah oi benda alah tu. Setakat buat menyemak meja. Tekan 10 juta kali pun tak dengar macam tu.
Finally,setelah dilambai-lambai pada sorang trainee yang macam tercangak-bangak ni,maka dia pun datanglah kat meja kami. Aku cakap kat Kakak "La..takde function lah benda alah order,bil ni ha. Baik tak payah tekan dari tadi." Lantak kau lah. Janji order. Settle kes. Tunggu lagi. Side dishes yang kami order sampai. 2 lasagne,1 baked rice. Tapi yang sampai cuma satu lasagne. Tu pun entah berapa abad menunggu satu lasagne je. Kebulur punya pasal,telan jelah lasagne yang satu tu kongsi 3 orang. Ingat kan tak lama nak tunggu order yang lain-lain tu sampai. Tunggu punya tunggu punya tunggu,sempat lah kami membaham satu lasagne tu sampai habis,soup dengan garlic bread pun habis. Order pukul 6pm,pukul 7.15pm baru pizza tu cantik terhidang atas meja. Tu pun lasagne yang lagi satu dengan baked rice tak sampai lagi. Apahal slow sangat Pizza Hut ni? Pelik jugak aku.
Lepas tu,tengah-tengah makan tu,panggillah ada trainee tu ha. Mintak benda-benda sos,cheese tu semua kan. Masa mintak angguk macam faham. Lepas tu,lesap entah ke mana. Panggil lagi trainee lain,mintak benda sama jugak. Lesap lagi pergi mana entah. Panggil lagi trainee lain. Cakap benda sama jugak. Angguk lepas tu apa entah dibuatnya. Panggil lagi trainee lain. Memanglah aku datang sana semata-mata nak melambai-lambai dekat trainees kat situ kan.. Okay,yang kali ni punya baru dengar cakap. Itu pun setelah aku bagi muka serius tahap dewa kau tak boleh bayang kat trainee tu. Sambil-sambil makan tu,menunggu jugak side dishes dari tadi. Last-last sampai ke sudah lasagne dengan baked rice entah ke mana. Ending bungkus jelah bawak balik rumah. Nak terburai dah isi perut menunggu order. Nak balik,aku nampak ada disediakan number handphone outlet manager. Ngahaha. Datanglah idea jahat aku. Apa lagi,roger kat Kakak. Kakak call,complain beria-ia. Muka bersungguh tak boleh tahan. Apahal lembab sangat? Dapur rosak ke?
Izzatul Nadia Yahya
Mohd Shafiq Yahya
Izzatul Nazihah Yahya
treat paling tak lupa!
p/s : Tak payahlah guna label "FAST FOOD" dah kalau macam tu servis. Pathetic kot. =D
No comments:
Post a Comment