Friday, July 29, 2011

Lega,memang lega.

Akhirnya,kerja keras selama dua minggu yang aku dengan ahli ahli kumpulan aku usahakan dah berakhir. Syukur, tugas SONG IN MOTION a.k.a musical drama semalam berjaya. Well, tak tahu lah pada persepsi orang lain macam mana, tapi bagi aku, apa yang group aku persembahkan semalam dah memadai dah. Walaupun kerja aku cuma sebagai director drama dan bukan sebagai pelakon utama, tapi aku tetap berpuas hati lah dengan hasilnya. Terasa berbaloi juga selama dua minggu berturut turut,tiap tiap malam aku tak pernah melekat dalam bilik, pergi praktis. Nak elokkan mana yang scene yang hodoh tu.


Dan the best part dia adalah hanya group aku yang gunakan tema cerita sedih. Group lain prefer lagu lagu riang. Well,itu pilihan masing masing kan. Yela, guna lagu "TALKING TO THE MOON" pula, memang hari hari bercakap dengan bulan je kerja aku. Sumpah aku cakap,lagu "talking to the moon" ni betul betul penuh perasaan punya lagu. Sampai aku yang dah lama tak addicted dengan lagu ni pun terasa macam nak dengar lagu ni hari hari. Paling best bagi aku bila semua penonton dapat nyanyi dan faham sekali lagu pilihan kami ni. Itu yang penting.



Sepanjang latihan, rasanya banyak juga dugaan kot. Dengan satu persatu hal datang menyesakkan kepala otak aku. Dengan pressure nya, memang tak payah cakap lah. Betul betul terasa macam nak pinjam bahu sesiapa untuk menangis. Aku rindu bahu bahu orang tersayang. Nak menangis puas puas,macam budak budak kecil. Serius. Ada juga beberapa manusia yang offer nak jadi crying shoulder bila tengok aku jalan seorang dengan muka ketat tahap gila, tapi aku cuma mampu senyum dan kata aku okay. Tapi end up,aku biar bantal aku jadi solusinya. Aku ni jenis orang yang mudah melatah, jadi aku mudah untuk tumpah kan airmata aku walaupun kau mungkin nampak aku macam orang yang tahu gelak je 24 jam.

Ahli ahli group aku suka untuk panggil aku sebagai puan pengarah or some sort of leader most of the time, tapi to be honest, aku sangat benci bila dipanggil begitu. Tak tipu. Terasa di cemuh pun ada. Ini kerja berkumpulan. Gaya macam aku ni tamak,nak buat semuanya. Setiap orang ada peranan. Aku bukan boss atau sesiapa. Aku sama macam kalian, sebahagian daripada group. Itu saja. Lagipun, dekat sini,semuanya masih baru. Kawan baru,tempat baru. Bila dipanggil begitu, aku takut orang akan anggap aku dengan perkara bukan bukan.



Jujur,aku bukan nak berlagak suci atau apa haram jadah.
Tapi itu memang aku.

Yang pelik itu aku.
Ya,aku pelik.








Wednesday, July 27, 2011

Semulajadi Begitu.

Bila secara natural manusia itu memang bersifat sedemikian sepanjang hidup, untuk berubah dalam masa sesaat memang payah. Kau tak percaya? Kau buat eksperimen kat diri sendiri. Senang ke kau daripada seorang yang bising nak berubah jadi pendiam, like seriously pendiam? Macam orang yang dulunya tak pernah bising pun. Bila jadi macam tu, mesti orang keliling akan pandang pelik dan beranggapan kau ada masalah.

Betul tak?


Tapi ada kawan aku kata negeri ni tak sama macam negeri lain. Aura dia lain sikit. Malam tadi dia cakap macam macam dekat aku dengan kawan kawan aku yang lain. Lalu membuat aku berfikir,dalam dan dalam.


Aku yang terlalu pesimis ke atau dia yang terlalu cepat nak judge orang?

Aku diam. Tanya pula pada yang lain. Obvious. Bukan aku sorang yang berfikiran macam tu.

Dan aku berfikir lagi. Mungkin ada betul kata dia.

Tapi tak bermakna aku terima setiap patah "nasihat" dia.

Bagi aku,mudah. Sangat mudah. Aku cuma mampu berkata pada dia,





"A month is not enough to judge how good or bad a person is even how close you are."

Thursday, July 21, 2011

Itu memalukan.

Oh,pagi pagi begini memang otak segar. Sesegar daun. HEHE. Nasib baik kelas aku cancel hari ni. Pukul 2 nanti baru ada kelas. Itupun sejam je. Lepas tu, beronggeng lah kemana sahaja yang aku suka. Hari ni jadual adalah paling heaven aku rasa. Walaupun nanti kena ganti jugak,tapi biarlah. Sekarang aku rasa santai. HAHA.

Tadi lepas solat subuh, aku teringat insiden masa mula mula aku datang Kelantan ni. Selepas bertanya kepada orang lain, roommate aku dengan yakinnya menunjukkan arah kiblat. Lalu aku pun dengan naifnya,terus mengikut. Sebab aku percaya,takkan dia nak tipu kot? Sebab dia pun solat guna arah kiblat yang sama.

Sampailah satu hari,selepas dua minggu kami bersolat dengan arah kiblat yang "tepat" itu, ada seorang kawan bilik sebelah aku datang melepak bilik kami, kebetulan masa tu,aku baru nak solat Zohor. Dia terus gelak terbahak bahak lepas tengok betapa salahnya kiblat yang kami guna selama dua minggu berturut turut.

Aku yang macho ni, apa lagi. Malu beb! Sumpah malu. Aku terus pandang roommate aku, konon macam nak marah, tapi roommate aku kata, orang yang dia tanya hari tu cakap macam tu. Aku diam je. Terus tergelak. Tak sangka, tak sangka. Mengucap panjang aku. Dua minggu aku buat kiblat sendiri,beb.



Dan sampai ke hari ni, masih aku kena bahan pasal salah kiblat.
Terima kasih kepada kawan kawan aku yang kepoh tu.

Memang nak kena siapa yang panggil aku Ayah Pin, Kerajaan Langit bagai tu.

Mana aku tahu.
Sampai hari ni malu lagi sebenarnya.

HEHE.



Tuesday, July 19, 2011

Cuma satu nama.

Tadi aku lepak lepak tepi padang. Sebab hari ni ada sambutan Hari Guru. Pelik kan? Entah. Ini adat maktab,aku bukan sesiapa nak bantah. Macam biasa, melepak bangang bangang dengan konco konco terbaik aku kat Kota Bharu ni. Dan macam biasa juga, aku memang tak betah untuk senyap. Sebab aku ni manusia ketawa. Kecuali bila angin kus kus datang, atau hormon perempuan aku kurang stabil. HEHE.. Ketawa mengilai dah jadi macam rutin. Dengan dikelilingi majoriti lelaki sekitar, aku pun tak pasti sama ada junior ataupun senior. Ah,semua bercampur. Lantak situ.

Dah jadi macam rutin, semua lelaki yang aku dengan konco konco comel aku nampak, mesti akan jadi bahan sembang. Konon si fulan suka si fulan, konon si minah suka si mamat, konon itu suka ini, konon dia stalker dia, konon si lelaki tu kacak bergaya habis. Dan paling best nya, aku boleh kata, tak ada satu pun yang serius. Semua nama keluar daripada mulut. Kejap A suka B, tiba tiba A suka C pulak, dan macam tu lah seterusnya, tanpa ada sikit pun keseriusan dalam ketawa kami.


Sebab apa?

Sebab itu semua suka suka. Sekadar jadi catalyst untuk ketawa bersama. Sekadar mengisi hubungan berkawan yang baru nak hidup ni. Dan aku yakin, hampir semua perempuan yang sebaya aku, paling tidak sekali pernah berperangai gila begini. Kau tahu, hidup kau macam suram dan kusam dan pucat segala kalau kau terlalu nak menjaga semuanya menjadi perfect. Itu yang aku panggil sebagai BOSAN.


Dan tiba tiba ada kawan lelaki aku yang juga classmate aku berkata, "Aku pelik dengan perempuan sekarang ni, main lelaki je kerja."

Aku terkedu kejap. Walaupun aku tahu itu cuma jenaka.

Lalu aku terus kata, "kau tak tahu, memang banyak, memang berbondong bondong nama lelaki yang kitorang sebut,stalk apa semua, tapi ada satu je nama yang melekat dalam hati."

Aku tak tahu kenapa aku keluarkan ayat sedemikian rupa. Haha. Luahan jujur,mungkin.

Tapi bila difikirkan balik, memang itu pendapat jujur aku. Perempuan macam aku, mungkin nampak heartless. Sebut nama itu ini. Tapi percaya cakap aku. Dalam semua nama, cuma ada satu yang sentiasa dalam otak. Itulah dia perempuan. Apa yang keluar daripada mulut, bukan apa yang ada dalam hati. Sebab perempuan macam aku, lebih suka zahirkan keseronokan daripada hakikat. Hehe..



Well,aku tak kata semua. Certain sahaja. Terutama yang sespesies aku.


Eh kejap.

Apahal aku cakap pasal perasaan ni?

Ergh, aku dah start jiwang.

Ok,kena stop.




Thursday, July 14, 2011

Curi Perhatian.


Petang semalam aku diajar macam mana nak diri kan khemah yang 8 orang punya. Besar woo~ Tak pernah sepanjang hampir 18 tahun aku hidup,dirikan khemah sebesar tu. Kata nak jadi cikgu kan? Kena mahir lah benda benda macam tu. Akhirnya, dengan kecelaruan yang maksimum khemah tu berjaya juga didirikan. Bangga kejap. Perempuan pulak yang pasang kan.. :)

Tadi ada perasmian kempen membaca. Well, aku tak pasti aku akan melibatkan diri dalam seruan kempen ni ke tak. HEHE.
Oh ye, aku makin lama makin selesa di sini. Keadaan sekeliling dah mula buat aku rasa hilang kejanggalan yang bertapa dalam hati. Walaupun lidah aku masih lagi tidak terpengaruh dengan sebarang loghat setakat ni, aku rasa ada satu adaptasi yang bagus di sini. InsyaAllah darah Selangor tu masih tersemat kukuh. Heheh.


Hujung bulan ni aku ada pementasan drama musical untuk subjek English Studies a.k.a Literature. Subjek English Studies ni antara subjek yang menarik juga bagi aku. Sebab semuanya berkenaan literature. Karya Shakespeare dan sekutu sekutunya. Tugasannya kami kena pilih apa apa sahaja lagu untuk dilakonkan mengikut lirik. Hadoi~ Aku? Berlakon?Okay. Itu kelakar. Latihan pun tak start lagi. Kumpulan lain aku nampak dah galak dah start latihan. Rasa tercabar pun ada. Tak apa, tak apa.


Tadi aku terserempak dengan mamat tu. Setelah beberapa hari aku mencari kelibat dia.Hari ni dia pakai baju merah. Smart juga. Eh silap. Memang smart pun. =D
Dia course Bahasa Melayu. Ish,payah sikit lah nak jumpa dia. Jadual tak sama kan. Menyesal pulak tak ambik Bahasa Melayu hari tu. HAHAHAHAHA!
Sempat juga aku sembang barang sepatah dua dengan dia. Tanya itu ini. Terasa macam di awangan sekejap.
Harap harap lebih keraplah lagi terserempak. HEHE..


Dah boleh senyum sorang sorang satu hari ni, walaupun badan penat.
Bahagia bahagia.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...