Saturday, July 9, 2011

Masih bernafas dengan udara K.Bharu.

Ah,rindunya blog ni memang tak terkata. Terlalu indescribable. Aku ni kan blogger tegar. HAHA!

Buat masa sekarang aku agak sibuk. Jadi rasanya kekerapan mengupdate tu memang jelas akan berkurang. Course aku memerlukan aku memaksa diri yang malas ni untuk segala haram jadah presentation,pronounciation dan segala yang macam sakai menuntut perhatian lebih daripada aku. Jadi,sebagai pelajar, aku terpaksa dahulukan presentation bagai itu semua.


Untuk minggu depan,aku ada lebih kurang 5 presentation(kalau tak silap?). Powerpoint dah sepatutnya jadi kawan baik aku sekarang. Wikipedia adalah medium plagiat terbaik aku. Belum campur drama musical yang aku pun tak pasti bila latihannya bermula. Yang pasti, aku kena latih diri mulai sekarang buang perasaan pemalu aku. Maklumlah,aku ni pemalu orangnya. HEHEHE.

Oh,di sini aku baik baik saja. Berkawan dengan orang daripada serata malaysia, mula buat aku berfikir, banyak lagi kawasan negara ni yang aku masih belum jejak. Kawan kawan aku ada yang daripada Kedah,Pahang, Terengganu,N.Sembilan,Kelantan,Johor dan banyak lagi. Apa yang buat aku lebih teruja, negeri berbeza tak semestinya tak sekepala. Loghat masing masing jadi bahan untuk kenakan masing masing. Mereka memang sengal. Sekurang kurangnya terubat juga hati aku ni dengan adanya manusia manusia macam mereka. Well,ingat tak aku pernah kata aku berdoa Kelantan boleh ubat hati aku? Yeah,aku rasa Allah sedang mengabulkan permintaan kudus aku. Alhamdulillah. =D


Tapi aku masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan di mana masakan yang manis jadi santapan sehari hari. Aku ini manusia pedas. Maklumlah,darah jawa. Tanpa makanan pedas, aku terasa macam makanan itu serupa tak ada makna. HAHA! Apa aku meraban? Ok,abaikan. Jadi setiap hari aku akan pastikan sambal belacan ada dalam pinggan lunch aku. Mujur juga,sambal belacan kafe aku memang terbaiklah setakat ni.


Kelas aku setakat ni,semua okay. Tak seberat masa SPM dulu. Dah mula dapat feel yang sepatutnya dah. Harap harap feel tu kekal. Amin~ Oh ye,di sini,setiap kelas aku ibarat aku ni anak Mat Salleh yang terbakar kulitnya. HAHA! Speaking untuk setiap subject. Dan aku yang dah lama tak berbahasa inggeris ini, mulalah terasa macam lidah tergeliat. Ah sudah! MAti aku,mati! Bantai terkeluar pulak cakap jawa,naya aku. HAHA! Tak apa tak apa, budak TESL takkan tak boleh cakap melayu kot? *cewah,nak sedapkan hati*


Setakat ni,aku dah mula kenal dengan beberapa orang kenalan baru. Maksud aku,selain daripada classmates aku. Yang menariknya,semua datang dengan cerita tersembunyi masing masing. Buat aku berfikir dalam,again and again. Aku patut bersyukur. Alhamdulillah. Kawan aku kata, nanti angkut laki Kelantan buat suami. Aku kata,nanti dulu. Sekarang awal sangat. Dah lama lama nanti baru boleh dapat yang betul betul punya. HAHA! Oh,dan surprisingly,sehingga sekarang aku masih belum rasa lagi apa rasa budu. Pelik kan? Ah,nanti lah. Budu tu.


Erm.. Setakat ni aku tak tumpah lagi airmata akibat homesick. Membuktikan tak sia sia aku duduk asrama dulu. Aku macam dapat rasa petunjuk baik ni. Tak apa,tak nak lah cakap awal sangat. Nanti KARMA pula.

Okay,aku nak sambung buat article ni. Nanti aku sambung lagi. Till then.
Kawan kawan,jaga diri. =)
Aku rindu kalian.


*maaf kepada yang aku selalu tak reply text tiba tiba, mata kerap terlelap tanpa niat kat sini. HEHE =)




1 comment:

  1. pergh. gila lama tak update kannn. jap tol jap. eh salah. izza. hehe. pemalu? sejak bilaaaa weyhhh??!! bhahaha. anyway, all the best lah kat sanaa :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...