Friday, March 11, 2011

Dear Future Husband,

What are you doing now? Hopefully you are working your hardest. Kalau tengah sambung belajar sambil bekerja pun tak apa. Kalau tak siapa nak tanggung nafkah saya nanti kalau awak tak kerja? Masa awak baca ni mungkin saya tak ada depan awak. Atau mungkin saya dekat tempat kerja. Rasa pelik pula tulis surat kat awak macam ni. Mesti segan gila blushing blushing muka bila awak baca. Haha.. Entah-entah awak ni budak sekolah saya dulu. Tak pun, saya selalu dok jeling-jeling usha awak kan masa tengah belajar. Okay, tak payah nak bajet hotstuff sangat lah kan.

Ni ha,nak cerita sikitlah kan dekat awak. Saya merayu sangat dekat awak, tak kisahlah awak nak dress up macam mana pun, janji janganlah simpan rambut panjang. Tak kacak bergaya lah. Rambut pendek style budak sekolah jugak terbaik. Kecuali rambut panjang awak tu boleh jadi sekemas Faizal Tahir, okay lah.

Saya sekarang ni tengah memantapkan ilmu rumahtangga. Belajar masak,mengemas dan perkara yang seumpamanya sebab saya tak nak lah awak complain apa-apa ke nanti. Ha,kalau saya masak resipi baru tu, nak tak nak awak kena jugak jadi tukang rasa saya. Kalau tak sedap, diam je okay? Haha.. Jadi awak kena lah rajin lepak kat rumah. Temankan saya masak kat dapur pun jadilah. Tak nak tolong pun tak apa...

Lepas tu, awak jangan lah suka sangat nak lepak mapley. Siapa nak teman saya kat rumah? Kesian saya. Nanti saya masaklah sedap-sedap, kita tengok bola sama-sama. Saya pun bukan tak layan langsung bola. Setakat Arsenal ada midfielder nama Fabregas dengan Arshavin dengan si Nasri tu saya tahulah. Yang striker dia ada nama van Persie tu pun boleh lah saya ikut sikit. Hehe..

Lepas tu, saya nak mintak maaf lah dulu. Bukan apa. Saya ni banyak cakap. Kot lah awak terasa hati ke apa ke nanti. Tak pasal je saya derhaka dengan awak kan? Saya ni jugak kuat menyindir orang. So, awak tahanlah sikit telinga tu kalau saya tak sengaja sindir awak ke. Bukan apa, kadang-kadang dah jadi habit. Tak apa,nanti saya ubahlah sikit kalau awak tak suka.

Saya harap awak pun sama. Belajar jadi suami yang baik. Yang penting, RAMBUT PENDEK. Saya tak minat Kpop sangat so awak janganlah risau. Saya tak pasang punya lagu-lagu Kpop kat rumah. Tapi saya kuat surf internet. Lagi-lagi blogging. Entah-entah awak dah jadi follower saya selama ni? Tak pun silent reader blog saya. Haha.. Mesti awak stok gelak-gelak je lah kan baca blog tak matang saya ni. Tak pun saya yang selalu follow blog awak. Jadi stalker awak. Hehe..

Paling penting,awak kenalah bimbing saya kejalan yang benar. Tolong ajar saya tentang agama lagi. Itu je. Saya bukan mintak apa pun. Saya tak hairan pun takat-takat berlian,kereta Skyline tu. Paling kurang pun saya kumpul duit sendiri je nak beli. Paling best kalau dapat pergi Makkah sama-sama dengan awak nanti. Fuh, excited gila!

Okay, apa-apa hal saya roger awak lagilah nanti. Panjang sangat pulak aih nak bagi surat kat awak. Bukan tak jumpa pun nanti. Haha.. Lagi satu, awak tolonglah jadi En.Penguin ye? Setia pada satu pasangan. Please please please.. Till then. Sayang awak,Future Husband.


Lots of love together with hugs and kisses,
WIFE.

12 comments:

  1. *applause*
    Hahahah tgk ah nnti kau dah nak kawin,aku
    tunjuk ni kat suma orang.

    ReplyDelete
  2. weiii kau nie angau ke apa? kiki.
    aku angau pun takda lah tulis surat macam nie..haha
    oh yang part bimbing ke jalan yg benar tu aku sokong sangat. good job, well-organised points. :)

    ReplyDelete
  3. haha.tul tul.paling aku suka bila kau puji faizal tahir.sbb aku minat die.hak3.!
    btw, kau pun da pndai eh pkir masa depan nih.jauh woah kau merenung masa depan.bravo dear! surat kiriman tak rasmi yg pasti ckgu redzuan puji melambung punya! hee. :)

    ReplyDelete
  4. ozzy ; ahaha.. okay. nanti aku nak kahwin kau tunjuk lah ye kat semua..tapi make sure aku tak ada masa tu! hehe

    ReplyDelete
  5. salwa ; bukan angau la doh. tu macam luahan hati kpd future husband aku yang entah berada di mana..haha

    ReplyDelete
  6. ana ; haha. aku pun minatgila kot faizal tahir. tu pasal la aku mention. saja pikir masa depan yang tak tau bila.. eh jap,cikgu redzuan takkan puji punya surat tak rasmi aku. kena kutuk adalah sebab tatabahasa macam haram.. penat je dia mengajar. haha

    ReplyDelete
  7. haha..ish. berangan tak salah doh..seronokk..haha

    ReplyDelete
  8. dah de calon x mo bg tau yer?hahah

    ReplyDelete
  9. haha..ngek lah kau mun. takde maknanyaa.. ada calon tu ada tapi tu lah. tak tau dia tu dekat mana,sapa nama..haha

    ReplyDelete
  10. SAIFUL AZHAR aku right? hahahaha..mengong ana..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...