Friday, March 18, 2011

Pendengar Setia.

Kalau ditanya, memang tak akan ada gelengnya. Ah, mana mungkin ditolak hakiki kalau sudah pasti jelas tergambar depan mata. Apa yang mampu? Tangan itu ringan sentiasa. Menadah bagai tak ada esok. Gelisah tetap menjengah walau cuba di hapus jejak itu. Dan akhirnya hari hari terkubur begitu. Lelap mata disandar syarat ke pintu esok. Kata mereka ; itulah yang seeloknya.

Selirat itu kalau dibentang aku pasti, tiada siapa yang mampu leraikan. Sebab aku sendiri, si pemilik selirat masih mencari puncanya. Bingung. Jasad hilang komunikasi dengan hati. Liputan entah mana dicampak. Cuba di kerah mana serasi yang satu itu? Ah, jangan jadi dangkal iman, Nazihah. Sana sini. Laungan pelbagai rentak susup masuk ke telinga. Si pendengar setia, hanya mengangguk. Dan senyuman yang dipaksa atau terpaksa di tempel ikhlasnya.

Jangan canang sebarang tanda tanya. Maaf,aku tak sedia. Nafas ditarik berulang, dilepas juga berulang. Itu ini sana sini dia dia dia dan dia. Semua nak direnggut. Jalan aku tak terasa tapak. Imaginasi menjadi efisien di waktu begini. Apa rupanya nanti? Ah,tak terjangkau. Sesak dan berselirat. Kusut dan bercabang. Buntu dan tepu. Suara dalam bagai soprano hardcore minta dimuntah. Gelak ketawa, senyum nipis, senda gurau hinggakan tak pasti mana hala tujunya. Cukup sekadar di anggap waras.

Seperti biasa, untuk manusia macam aku ; yang di dalam mana mungkin sama dengan apa yang di luar.

Gila. Kalau berterusan, aku tak pasti di mana nak dikorek tunjang seribu.

Oh,aku perlu itu. Sangat sangat di waktu begini.

Pendengar setia, mintalah apa sahaja. Dengarkan aku sekali ini.

Kali ini sahaja. Aku merayu.

Ah,jumpa akhirnya!

Jalan mati.





p/s : Masih mencari kunci membuka mulut. Hendak ditumpah pun tidak tahu bagaimana. Apa punya manusia..



8 comments:

  1. sastera sungguh ayat ko tul......

    ReplyDelete
  2. tu laa pasal. sastera sgt. aku naik tak paham. kau igt kau tulis skrip merong mahawangsa ke? dye pakai bahasa sanskrit kot. HAHA :D

    ReplyDelete
  3. ap niiii tollll.sumpah x paham.asalkan kau bahagia sudah laaa.hahaha.

    ReplyDelete
  4. mun & sm ; ooh..ni bukan sastera. expression secara mendalam. kalau faham, fahamlah..hahahahaha..

    tot ; haha. terima kasih tot. bahagia gila aku. yg pasti kau tau aku tgh bermasalah waktu menulis post ni. hahahaa

    ReplyDelete
  5. tul! aku paham aku paham. biar aku je sorang yang paham ap kau tulis.ehehe..

    ReplyDelete
  6. kau betul betul paham ke ana? kau nih..memanjang nya paham..

    ReplyDelete
  7. ayat meletup tul.jadi tok guruu aku pleaseeee.haha.faham je kau tulis.gila dari lubuk hati laa kau punya luahan kan

    ReplyDelete
  8. ahaha. aku teringat kau lah ja bila menulis mende mende macam ni. hahaha. kau faham? waahh.. hoyye hoyye! senang cerita aku nak cakap aku kusut. tu je. hahahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...