Do not spoil what you have by desiring what you have not ; remember that what you now have was once among the things you only hoped for.
Saturday, April 4, 2009
Sajak oh sajak!
Untuk pertama kali dalam hidup saya setelah 16 tahun saya hidup(tu pun belum genap lagi),saya diminta oleh cikgu untuk menyertai pertandingan sajak. Aduh! Saya sebenarnya tak berapa minat sangat bersajak-sajak ni. Cukuplah sekadar pantun. Tapi disebabkan Pn.Sarimah dah mintak tolong, saya macam tak sampai hati nak tolak. Jadi,saya pun hanya mengikut haluan takdir saya. Saya pun masuk lah pertandingan ni. Saya tahu dan jugak sedar saya tak pernah ada pengalaman bersajak. Jadi,bermula lah latihan saya bersama cikgu-cikgu yang semuanya berpengalaman. Mula-mula ingatkan saya akan berlatih dengan Pn.Sarimah je. Jadi tak ada lah malu sangat sebab saya pun agak dah biasa dengan Pn.Sarimah. Sekali tengok-tengok, saya dilatih oleh Pn.Norafizah,Pn.Norsiah,Pn.Habibah dan jugak Pn.Sarimah. Fuh,malu dan segan yang tak terkata. Saya punya pertandingan Selasa(31.3.2009), jadi hari Isnin tu, berlatih separuh nyawa sampai dah nak tercabut anak tekak saya.
Mula-mula berlatih dekat dewan. Masa tu tengah perhimpunan rasmi. Jadi,cikgu suruh saya berlatih masa orang tengah berhimpun tu sebab cikgu kata cikgu kena balik awal pulak hari tu. Saya pun tanpa banyak tanya,ikut jela. Masa tengah berlatih tu,adalah sebahagian daripada ayat-ayat dalam sajak tu yang memerlukan saya menjerit. Tak lama lepas tu, saya nampak pakcik guard tu lalu-lalang dekat dewan tu sambil terintai-intai orang dalam dewan masa tu. Mungkin pakcik guard tu ingat ada benda buruk berlaku sampai terjerit-jerit. Dia tak tahu yang orang tengah berlatih sajak. Saya dengan cikgu dah ketawa-ketawa dah. Adui~
Kemudian,saya berlatih dekat bilik kaunseling. Masa ni pun malu jugak lah. Dah lah masa tu,ada banyak budak-budak Form 5 dekat bilik kaunseling tu. Tapi nak tak nak,saya terpaksalah tebalkan muka,belasah jelah praktis. Saya tahu mesti ada yang tergelak-gelak punya. Biarlah. Saya pun memang dah bersiap-sedia dah menebalkan muka. Lepas rehat, Pn.Nora masuk kelas. Habis je penerangan tentang kerja yang dia bagi, terus Pn.Nora minta saya berlatih mendeklamasi sajak depan rakan-rakan sekelas. Ya Allah! Segannya! Tak pernah saya buat kerja-kerja macam ni. Tapi saya teruskan jugak. Diorang memang supportive. Tapi sambil dengar,ada jugak yang sibuk siapkan kerja. Memandangkan diorang pun tak mengganggu saya, saya pun macam dah tak segan sangat dah bila saya terpaksa ulang beberapa kali.
Dan yang terakhir,saya berlatih dekat bilik ketua bidang. Seperti yang kita sedia maklum,sajak ni memang lah perlukan penghayatan yang teramatlah dalam so masa saya berlatih ni,suara yang saya gunakan kira yang dah tahap maksima punya dalam level suara saya. Ditambah pulak dengan saiz bilik ketua bidang tu yang bukanlah sebesar stadium putra bukit jalil. Orang yang berulang-alik ke pejabat sekolah pulak bukan lah seorang atau dua orang apatah lagi tiga orang. Tapi banyak sangat orang yang ulang-alik ke pejabat tu. Semua yang lalu pulak mesti tengok saya berlatih sajak dengan muka yang masing-masing menunjukkan riak "apahal budak ni?". Hahaha. Adui~ Tapi demi sekolah,saya tolak tepi jelah semua keseganan dan perasaan malu yang bersarang dalam hati. Serius,lepas balik rumah tu, saya macam dah tak mampu nak bercakap dengan sesiapa pun. Penat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment