Thursday, March 1, 2012

Rencana kita bukan milik kita.



Makin lama kita kenal seseorang, kadang kadang kita makin rasa tak kenal.

Aku tak tahu. Mungkin itu apa yang berlaku pada aku sekarang.

Untuk memahami orang memang tak mudah, sebab orang bukan macam syllabus dalam buku. Kau baca satu buku, kau faham.

Tak, tak. Orang ni macam angin. Berubah ikut keadaan.

Dan untuk mengadaptasi dengan perubahan manusia yang kau rasa cukup rapat dan dekat dengan hati kau, itu satu benda yang sangat sakit. Bagi aku.

Maksud perubahan di sini, bila manusia yang kau rapat itu, kau sendiri boleh rasa jarak yang makin luas antara kau dengan dia,hari demi hari. Gaya pertuturan pun sudah lain. Kau sendiri dapat rasa kau dengan dia makin jauh, cukup untuk aku kata bukan bagaimana keadaan yang pernah berlaku satu ketika dulu.

Keadaan di mana kau tahu, dia ada bila kau perlukan dia.
Keadaan yang pernah buat kau mampu tersenyum satu hari,tanpa sebab. Hanya dengan keletah dia,kau mampu senyum. Sampai kau sendiri tak sedar kau sedang tersenyum.

Tapi itu dulu.

Keadaan nya berbeza sekarang.

Kadang kadang kau cuba diam, dan nilai diri sendiri, sama ada kau yang berubah atau apa, sebab kau mahu selamatkan keadaan. Tapi tetap tak jumpa sebarang jawapan.

Mungkin keadaan persekitaran faktor penyumbang, boleh jadi.


Kau jadi macam teraba raba dalam gelap, kau tak pasti adakah dia cukup cukup dan sangat sangat memerlukan kau sama macam kau perlukan dia.

Itu yang kau tak pasti.

Dia pernah buat kau rasa sangat diperlukan.

Dia pernah buat semua yang kau tak sangka dia sanggup buat. PERNAH.

Kau dah tak mampu nak menghalang, sebab kau tidak punya apa kuasa.

Dia punya pilihan. Semuanya bergantung pada dia.

Mungkin dia sudah jumpa orang lain yang mampu buat dia rasa lebih baik berbanding kau.

Ada kemungkinan di situ.

Apapun yang bakal jadi, kau tahu Tuhan punya rancangan lebih baik.




I dont want anything else,
I just want to know whether you still need me as much as I do.



P/S : Doakan aku mampu buat yang terbaik untuk "Mock Exam" aku next week. 4 paper dan kemudian aku akan berangkat pulang ke Selangor. Walaupun aku tahu preparation aku sangat entah apa. ==' Rindu semuanya tentang Selangor.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...