Aku tak tahu.
Kebelakangan ni hati aku rasa tenang.
Lapang yang amat.
Sedangkan kalau diikutkan logik akalnya,masalah yang ada depan aku berselirat.
Cuma mungkin aku lebih selesa menolak tepi semuanya dulu.
Dan jadikan hidup aku lagi bermakna.
Sebab aku sudah serik di butakan dengan kata kata orang.
Jadi sekarang biar aku sendiri hidup dengan kata kata aku.
Dah tu,untuk apa aku persoalkan?
Ucap syukur sajalah. Betul tak? =)
Ada suara bertanya, vital kah untuk aku menceritakan kesemua masalah aku dalam blog kudus ni?
Seolah olah membuka cerita kepada dunia.
Seolah olah tidak tahu tuhan itu Maha Mendengar.
Tidak,tidak.
Bukan itu niat aku.
Tapi,
Aku rasa mahu senyum,mereka belum cukup kenal aku.
Aku hormat permintaan orang jika perkara itu mengaibkan mereka.
Aku orang yang masih tahu adab dan budi bahasa.
Aku juga bukan penceroboh privasi orang tapi aku mohon juga, fahamlah blog ini medan aku.
Medan aku bermonolog.
Medan aku bersilat cerita.
Medan isi hati aku ditumpahkan.
Medan aku berkomunikasi secara intrapersonal.
Blog aku adik kembar aku. Kalau aku sakit, dia sakit juga.
Eh sudah,melalut apa?
mood : bersin bersin selang 5 minit. =='
P/S : Kebelakangan ni kerap rasa pening kepala. Mujur saja tak rasa nak pitam. Aku risau juga. Masalah emosi tak stabil kot. HEHE.
No comments:
Post a Comment