Saturday, March 10, 2012

Komunikasi Empat Mata.

*new addiction*


Bagi aku, makin meningkat dewasa, makin banyak yang kita perlu belajar.
Dan banyak benda yang kita perlu tahu cara untuk handle.

Kita bukan dalam zaman kanak kanak,
gaduh sikit, nangis.

Gaduh sikit, lari menyorok.
Gaduh sikit,mengadu kat emak.

Kita sudah punya akal untuk fikir secara matang.
Kita punya mulut untuk berbincang.

Percayalah, bagi aku, dalam menyelesaikan sesuatu perkara,

Komunikasi secara bertentang mata itu paling penting sebenarnya.
Lebih lebih lagi bila melibatkan perkara serius.
Tak perlu lari, sebab komunikasi secara bersemuka itu lagi bermakna.
Lagi jelas dan lagi koheren.

Supaya semua soalan dalam otak itu tidak ada sekatannya.
Supaya semua jawapan itu lahir daripada hati dan mulut sendiri.
Supaya ekspresi muka itu dapat diterjemahkan setiap inci maksudnya.
Supaya semua kehairanan itu dapat dibuang dan terjawab dengan selayaknya.

Bukan melalui orang tengah.
Bukan melalui isyarat angin.
Bukan dengan berita dan perkataan yang disampaikan melalui medium.

Bukan datang dengan assumption yang pelbagai ;
yang entahkan betul,entahkan tidak.

Percayalah, komunikasi melalui telefon semata itu tidak pernah dan tak akan sekali kali cukup.

Kita meningkat dewasa, bukan anak anak kecil,
kalau boleh biarlah semua perkara itu diselesaikan secara dewasa.
Secara empat mata,enam mata,lapan mata atau
biarlah berpuluh puluh mata sekali pun, dalam kata lainnya.
Terpulang kepada diri sendiri.
Yang penting bersemuka.
Itu point nya.


Sampai bila mahu lari?




P/S : breakfast nasi goreng emak sangat best!



2 comments:

  1. kau tak sepatutnya amik tesl. sekian terima kasih :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha. tak pasal. aku dah mmg ambik tesl pun. haha. patut ambik sastera tamil ni. ahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...