Entah.
Tak tahu lah.
Kadang kadang sampai satu tahap kau akan rasa bendera putih itu atas kepala.
Letih,
dan hampir saja mahu rasa mengalah.
Penat untuk terus bermain, dengan satu permainan yang kau sendiri tak pasti
mana penghujungnya, mana permulaannya, mana konfliknya, mana klimaksnya, siapa pemainnya.
Betul,kau penat. Sangat penat.
Penat bermain teka teki dengan diri sendiri.
Mungkin ada yang akan bantah tindakan kau
atau katakan yang tidak tidak.
But, I honestly believe we shouldn't be saying anything about anyone unless we try to be in their shoe for one day. At least.
Betul tak?
Jadi sekarang setiap langkah, elok biarkan saja.
Kalau hati itu masih layak terima sebarang luka, biar saja.
Kalau hati itu masih layak terima sebarang maaf, tetap biarkan juga.
Bukan berniat untuk keraskan hati atau apa.
Cuma kalau boleh,
tolonglah didik hati jangan jadi serapuh "handle with care".
Well, I dont really say its going to be tougher this time,but at least just give it a try.
An attempt won't do any harm.
Kan?
Sebab percayalah cakap aku, untuk mengundur sesuatu perbuatan itu tak mudah.
Tapi untuk apa?
Untuk apa dikejar sesuatu yang memang bukan kita punya daripada awal nya lagi?
Untuk apa dipaksa sesuatu yang menolak kita daripada awalnya lagi?
Aku penat.
Penat untuk jelaskan setiap inci rasa yang aku alami,
kepada mereka yang tidak pernah cuba untuk faham maksud aku.
Penat untuk jelaskan setiap maksud patah perkataan aku
kepada mereka yang sentiasa cuba lari daripada aku.
Dan sekarang aku rasa aku sudah selesai.
I'm done with everything I should and ought to.
*err..tidak terlalu public kan?*
Jadi kawan kawan, aku nasihatkan, tolong jangan sesekali bermain teka teki.
Sebab consequencesnya itu banyak. Regardless of any issue. Ngerti?
Melainkan kau nak bagi teka teki "binatang apa keris di kaki" dan seumpamanya,
Ya, itu tiada masalah. =)
Apa yang akan jadi selepas ini, jadilah.
Bukan give up, cuma mahu biar.
Aku tidak mahu mencari,aku tidak mahu tersalah interpret, aku tidak mahu kecewa.
Aku tak mahu yang tidak tidak.
Itu saja.
Aku cuma mahu senyum.
Ya,satu senyuman yang aku sendiri tak pasti ikhlasnya itu sudah aku campak ke mana.
Jadi, aku sedang belajar terima semua apa yang berlaku sekarang dengan baik.
Aku belajar mengikut rentak orang.
Hitam katanya, hitamlah.
Kalau putih, maka putih.
Anggukkan saja kata mereka.
Dari persepsi mereka, mungkin itu apa yang mereka lihat.
Dari persepsi kita? Nah,simpan saja. Biar jadi rahsia.
Nobody cares anyway.
Bukan sombong, cuma malas mahu bertempik lagi.
Banyak hati yang perlu dijaga.
Penat tahu bertempik pada dinding?
Jadi,mari senyum.
Senyum sebanyak banyaknya.
Selagi mampu.
Biar senyum aku dan engkau itu sentiasa ikhlas.
Bukan buat buat atau berlakon.
I have done everything I could to please
and again,
I miss the old us.
P/S : Bahan untuk assignment masih dalam progress, baru nak kumpul material saja. Buatnya entah bila. Alahai..assignment assignment..
No comments:
Post a Comment