Friday, February 25, 2011

SURAT CINTA BUDAK SAINS

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??


Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.


Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.


Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.



Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.


Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.


Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.


Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.


Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.


Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?


Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu


Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?


Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.


Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.


Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.


Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?


Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.


Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.


Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.


Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!


Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23


Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.


Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.


Mu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.


Biarkan aku sendirian... ... .. "



--------------------------------------------------



Okay. I've found this on Facebook. Just thought of sharing this. Credit goes to the owner. I just can't resist my laughter. Totally damn hilarious. And when reading this, I was like "Erm.. What is it called in English eyh?". This is because it will not be funny if you are unable to translate all those science terms in English. Well, I specified this to all of them who are practically studying based on the PPSMI learning process in school just like I did. So,no offense there. *Kang ada pulak yang kutuk aku melayu tak sedar diri.*




7 comments:

  1. wahh pelajaran.ahaha.hebat hebat.menarik glew

    ReplyDelete
  2. ahaha..aku baca ni agak2 mcm teringat je muka cikgu zek,pn.nadrah dn glycerol tuh. haha..

    ReplyDelete
  3. adaa ; agak2 le nak menipu pun ko x paham. haha.. cekik ko kang.

    iera ; oh.tu lah. aku baca pun gelak terbahak-bahak macam org gila tercekik tulang, hahah..mak aku da pelik jee.. haha

    ReplyDelete
  4. kau asyik terpempan je keje ko. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...