Sunday, February 6, 2011

Kerinduan Maksima

Izyan Zahirah Bt Safari. Dia ni kawan baik aku sejak sekolah rendah. Dialah kawan aku pergi sekolah,balik sekolah,buat kerja bengong. Semua dengan dia. And aku start rapat dengan dia masa darjah dua kalau tak silap. Dan bermulalah perjalanan kami bersama-sama. Tiap-tiap kali exam mesti dia duduk depan aku. Sebab nama kami pun dekat -dekat kan. And kali terakhir dia duduk depan aku masa UPSR la kan. Teringat insiden masa UPSR. Dia duduk depan aku. Ada satu masa tu, dia dengan ganasnya menolak meja dia sampai pintu laci dia terbuka. Dan pengawas pun bertanya kat dia "Mengamuk ke?". Dia terus pandang aku,kami pun gelak-gelak. Hehe.. Dan teringat masa dia bagi idea kat aku untuk bagi hadiah kat Fatin Nabilah. Idea memang terbaik. Beli gula-gula empat biji,balut dalam kotak banyak-banyak. Daripada 4 biji gula-gula menjadi hadiah sebesar kotak koko krunch. Haha..


Dulu masa kat sekolah,beberapa bulan sebelum UPSR, sekolah buat ujian kat kami. Tiap-tiap minggu akan ada ujian. Mula-mula tu semangat la kan baca buku. Masuk minggu ke-3 macam tu,kitorang boleh buat selamba je. Ujian pun lantak pi je. Kalau minggu tu cikgu cancel ujian,kitorang pun heaven je. Kalau tiba-tiba cikgu kata nak buat ujian,semua pun macam muka santai je. Ujian dah tak membawa makna. Hahaha.. Dan setiap kali habis ujian,Izyan pasti akan memusing kan kerusinya menghadap aku. Konon ambik buku nak study la kan. Ending,gossip jugak. Haha..

Masuk Form 1 dia dah pergi sekolah lain. Dia masuk Maahad Kajang. Tinggallah aku kat SMK Sri Andalas. Sedih gila jangan cakaplah. Masa tu,rindu kat dia Tuhan je yang tahu. Aku ni dahlah jarang berenggang dengan dia. Pergi mana-mana mesti dengan dia. Pergi kedai pun dengan dia. Sampai dia masuk Maahad,aku pun tinggallah seorang diri. Masa mula-mula tu dia selalu jugak balik rumah. And kitorang pun selalu jumpa. Dia cerita life kat asrama dia. Aku pun dengar jelah. Dia cerita pasal budak yang dia minat. Best. Selalu aku tunggu dia balik cuti. Kalau tak jumpa pun,texting mesti wajib.

And terus macam tu sampailah lama-lama macam dah jarang contact dengan dia. Sebab aku sibuk,dia pun sibuk. So,renggang lah kami. Sampai dia masuk INTERGOMB after PMR,aku pun selalu jugak contact dengan dia. Tapi macam tu je lah. And now,dia terpilih pergi PLKN. Dan dia dekat kem Gunung Semanggol,Perak. Tadi dia tanya aku pasal Munirah Lubis. Tak tahu kenapa. Tapi aku rindu gila tahap cipan nak beranak kat dia. Rumah bukan jauh pun. Rumah kitorang ni,berapa tapak je dah sampai dah. Tapi tulah. Jarang jumpa macam gaya jarak rumah London-Australia je.

Oh,Izyan Zahirah,ketahuilah bahawa aku sangatlah merindui kau macam orang sasau dah ni. Dah 4 tahun tak jumpa kau. Adoi~ Balik PLKN nanti,kita reunion lagi untuk ko plak okay. Hehe..


p/s: Izy,kau sama kem dengan banyak budak SABDA. Kalau kau jumpa diorang,cakaplah aku kirim salam. HAHHAHA.. =D


3 comments:

  1. SUMPA SWEEETTT~~~~~
    kau mncapubkn akuh! HAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. tul.kau rindu aku takk?haha

    ReplyDelete
  3. izy ; oh,kau kan low profile. mencapub itu wajib. hahaha..

    ana ; gila tak rindu kau? hahaha..lagi mau tanya ka? adoi~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...