Wednesday, March 9, 2011

Mari Ber"penguin"


-Nasib baik penguin semua tengah aktif masa nak tangkap gambar-


Sepanjang percutian aku ke Langkawi hari tu, ada satu fakta menarik yang aku baru dapat tahu daripada pemandu pelancong. Penguin merupakan seekor haiwan yang sangat setia pada pasangannya dan tidak akan mencari pasangan lain sehingga pasangannya mati. Selepas pasangannya mati, barulah penguin akan mencari pasangan lain. Woah..tak sangka penguin begitu setia.


Tengok, penguin pun boleh setia pada satu pasangan. Kenapa tidak kita? Adoii~ Malulah pada penguin. Tapi kalau tengok betul-betul, orang kita sekarang. Nak cari yang setia pada pasangan memang payah. Bercinta sekejap bagai nak rak lepas tu putus tak sampai sebulan. Kalau cinta monyet tu aku tak hairan. Yang aku maksudkan ni bagi golongan yang dah nak ke jinjang pelamin. Haha.. Zaman sekarang. Apa-apa pun tak mustahil. Dalam hal macam ni,aku memang tak salahkan mana-mana jantina. Lelaki perempuan sama je.

- Penguin mencari pasangan masing masing-


Tapi berdasarkan pemerhatian aku, sebilangan besar lelaki mampu hidup dengan budaya penguin ni. Syabas syabas! Dan pemandu pelancong tu jugak ada memberitahu, kajian membuktikan lelaki yang mempunyai banyak pasangan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding lelaki yang mempunyai satu pasangan. Tapi tu semua macam payah sikit aku nak percaya. Apa kaitan ajal maut dengan bilangan pasangan? K-A-R-U-T.

-Okay, all the penguins showed some sexyback-


Aku pernah diberitahu oleh seseorang yang berkata, perempuan boleh sayang seorang lelaki pada satu masa. Berbeza dengan lelaki yang boleh sayang banyak perempuan pada satu masa. Maka di situlah rasionalnya lelaki dibenarkan berpoligami. Tak pastilah kesahihan info ni. Apa pendapat anda? Wallahu'alam..


Simply a frank point of view from a naive girl who speaks honesty.


p/s : I am obviously not a DR.LOVE nor a LOVE EXPERTISE.


6 comments:

  1. yeahh. saya sokong encik penguin!! :)

    ReplyDelete
  2. yo pah bedah yo! btol ituu! :)

    ReplyDelete
  3. mira ; bagus bagus! penguin terbaik! haha..sokonglah penguin.. haha

    ReplyDelete
  4. tabik spring aq bg kat pinguin nih.....hahah

    ReplyDelete
  5. kau punya tabik krs punya style la mun. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...