Tuesday, May 31, 2011

Satu kejadian.

Jejak kedai. Niat suci ; beli ubat.

Aku melangkah. Yakin langkah aku hebat. Terus direct masuk kedai.

Dan jejak kaki kat kedai, aku meluru ke kaunter kedai. Malas mencari. Baik mintak budak yang cari kan.

Aku cari kaunter. Teliti satu kedai. Elok berdiri kat pintu. Eh,bila kedai ni renovate? Gempak. Dah maju bisnes dia sekarang. Aku terfikir.

Oh,no wonder.Kedai dia pun dah ramai customer dah sekarang. Sesak je. Bagus bagus. Ada anjakan paradigma.

Dan dengan tiba tiba satu kedai pandang aku. Semua muka hairan tak puas hati. Aku dah pelik. Apahal? Baju aku koyak kah? Tahi hidung bersepah kah? Aku dah cuak gigil.


Aku cool,tenang,rileks je. Ala, sajalah tu nak bagi aku publisiti murahan. Huh. Macam aku tak tahu.

Datang seorang lelaki. Senyum penuh makna. Cina. Sapa aku dengan baik.

"Adik datang sini apa pasat? Mau kasi try itu 'ong' punya nombor ka?"


Huh? Aku nak beli ubat. Nombor apa pulak jadah tiba tiba ni?

Semua yang selesai urusan di kaunter,mesti bawak sekeping kertas kecil. Aku dah mula rasa tak sedap hati.
Aku keluar balik kedai. Selaju mungkin. Tiba tiba muka panas. Darah dah naik satu muka.


"Damn! Ni kedai sports toto lah gila!"

Serentak tu,aku tak mampu nak berdiri situ. Terasa nak tutup muka. Tak apa. Kedai lain banyak.

Pergh! Malu siol~



7 comments:

  1. terbaek giler tol..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. ahaha. malu doh. terbaik gila lah kan. hehe

    ReplyDelete
  3. wey. dah alang2 masuk situ apesal tak beli je barang satu dua no. kot2 dapat no ong. bahahaha.

    ReplyDelete
  4. haha. gila kau. pastu aku keluar kedai je kena tangkap. hahahah.

    ReplyDelete
  5. kene tangkap ke? mana kau tau. penah buat ye. hahaha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...