Do not spoil what you have by desiring what you have not ; remember that what you now have was once among the things you only hoped for.
Sunday, March 1, 2009
Saat Indah
asyik sedih-sedih je sampai lupa semua peristiwa yang indah-indah minggu ni. haha~ teruk betul! oh ye! lupa pulak nak cerita pasal pertandingan pantun yang dilalui sepanjang 3 hari berturut-turut. penat tak penat la jugak. woah,pengalaman tahun ni betul-betul berbeza daripada tahun lepas. tahun ni,dah matang sikit daripada sebelumnya. pertandingan mula pada hari selasa(24.2.2009). kawan-kawan yang lain semua dengki je bila kitorang tak payah buat ujian. hehehe~
Pusingan 1 : SMK Raja Lumu
Masa sampai dekat sekolah,ada jugak rasa takut walaupun dah banyak kali cuba hiburkan hati. orang lain sibuk menghafal chemistry,agama. saya dengan team pantun yang lain sibuk menghafal pantun. gaya tak fikir lagi. aduh~ takut sangat sebab dah setahun tak buat kerja-kerja berpantun ni. semua dah berkarat dah. tak pernah dengar apa-apa mengenai team pantun sekolah raja lumu,jadi tak boleh nak harap apa apa. cuma boleh doa je kitorang mampu menang. sampai dekat sekolah tu,terus je naik ke library. romai tak habis-habis ingatkan saya dengan nabel supaya mulakan kerja-kerja "psycho" pihak lawan. tak berhenti-henti senyum macam orang gila. padahal debar dalam hati Tuhan je yang tahu. saya sebenarnya paling takut kalau tak mampu jawab soalan pihak lawan dalam tempoh waktu 30 saat tu. tu yang saya paling takut sebenarnya. masa mula menjejakkan kaki dekat sekolah tu,rasa pelik jugak kenapa senyap sunyi je. satu bunyi pun tak ada. ouwh,mereka tengah ujian rupanya. patutlah aman suasana. alhamdulillah. sekurang-kurangnya mereka tengah ujian,tak ada lah gangguan saya rasa. maka pertandingan pun bermula. sekali lagi saya rasa kelemahan pihak pengurusan betul-betul menguntungkan kami. kami pulak yang terpaksa meminta kertas A4,mintak cabut undi pihak mana yang akan mula dulu. aduh~ tak apa lah.pertama kali menjadi tuan rumah untuk pertandingan pantun,mungkin? semua orang pun buat silap semasa pertama kali kan? pertandingan bermula dan saya nampak pemantun pertama sangat tertekan. sangat-sangat tertekan. mungkin bertambah tertekan bila tengok kami asyik tersenyum padahal kami pun sama je takut dengan dia. haha! pandai kami berlakon! pihak lawan semua perempuan jadi saya pun gementar sebenarnya bila tengok mereka berlatih. yela,saya tahu kekuatan perempuan ni macam mana. bukan main-main! bila mereka tak dapat jawab dan jual banyak pantun,akhirnya saya mampu bernafas. rasa lega yang teramat sangat sebab saya,nabel & romai dapat jawab dan jual pantun sebaik mungkin. lagi-lagi buat pertama kali kami bawak penyokong yang memang best : ojie,ain,nad dan yus. senyuman masih lagi tak lekang. tak tahu kenapa tapi kami boleh berborak-borak dan bergelak ketawa sementara menunggu keputusan. dulu kami masing-masing serius tak terkata. muka pun masam je. bila keputusan diumumkan,sekolah kami menang! dan pemantun terbaik romaizatul shaqira. gembira yang teramat sangat! salah seorang pemantun sekolah raja lumu datang dekat saya dan bertanya mengenai pertandingan seterusnya. belum sempat saya habis jawab,dia terus cakap "good luck" dengan ada sedikit riak muka tidak senang dan pergi macam tu saje. saya agak terpinga-pinga pada mulanya tapi bila fikir balik,entahlah. mungkin perasaan saya je kot. malas nak runsingkan kepala untuk benda yang remeh-temeh macam tu. akhirnya,tibalah saat kami pulang ke sekolah tercinta. masa turun tangga,pelajar-pelajar semua tengah rehat mungkin,jadi bising sangat keadaan masa tu. rupa-rupanya baru tahu naddy diminati budak-budak lelaki kat sekolah tu. adui! kelakar betul.
Pusingan 2 : SMK Dato Hamzah
Inilah pusingan yang paling gila. nak pergi pertandingan sekejap lagi tapi kami masih tak tahu kami akan lawan sekolah apa. mula-mula ingat Sekolah Batu Unjur tapi tiba-tiba pagi tu kami dikejutkan dengan berita kami akan bertemu Sekolah Dato Hamzah. oh tidak! tak sempat nak mempersiap diri mental dan fizikal. tak tahu kenapa tapi ada satu perasaan yang sangat kuat menyebabkan saya gementar yang teramat sangat untuk lawan dengan sekolah ni. saya tak pernah pandang rendah pada lelaki sebab tu saya takut sangat kalau pusingan ni kami kalah. yela,lelaki ada kelebihan suara yang lantang. tapi tak apa. jangan berundur sebelum berjuang. ya! saya mesti berjuang dulu. sampai dekat sana,terus je masuk perpustakaan. oh Tuhan! sekali lagi jantung saya berdegup semakin laju bila nampak pasukan lawan berbaju melayu. nampak tahap keyakinan mereka yang tinggi menambahkan lagi rasa takut dalam diri ni. kemudian mata saya tertarik melihat mereka berlatih. oho! gaya mereka tidak dapat disangsikan lagi. sangat bagus! tepuk tangan! tapi saya tepuk dalam hati je. hehe. pertandingan pun bermula. ketakutan saya dapat dikawal pada mulanya tapi bila sampai giliran saya,oh! tragedi menimpa! tangan saya yang menggeletar tak dapat diselindungkan lagi. kertas yang saya pegang turut menggeletar mengikut tangan. saya panik dan tak tahu macam mana nak sembunyi kan tangan yang menggeletar tu,jadi saya banyak gerak-gerakkan tangan supaya penonton,juri dan pihak lawan tak perasan sangat ketakutan yang beraja dalam hati walaupun saya tahu perkara tu nampak terlalu ketara. memang buta lah siapa yang tak nampak. haha. bila giliran nabel,pemantun lawan tak dapat nak jawab pantun nabel,saya lega sikit. tapi sikit je. ouh,giliran saya sekali lagi dan itu dia! saya menggeletar buat sekian kalinya. pada pendengaran saya,saya baca pantun pun agak kasar. semuanya semata-mata nak mengatasi rasa takut tu. dan saya menjadi orang terakhir yang menjual pantun bagi pusingan yang bertemakan bebas. maksudnya,tema diberi mengikut sampul yang dipilih. memandangkan saya yang terakhir,redha je lah sampul apa yang ada. nasib baik tak susah. saya jual pantun dan pemantun ketiga jawab. pada mulanya,saya ingatkan dia betul-betul bersedia dengan jawapan untuk soalan saya. bila dia bangun,pembayang yang dimulakan membuatkan semua mata tertumpu pada dia. dia meneruskan pembayang baris kedua separuh jalan sambil mencari-cari idea untuk melengkap pembayangnya. mata nya tepat ke arah kami. mungkin mencari-cari perkataan yang sesuai. dan akhirnya bila pantun selesai dibacakan sepenuhnya,ketawa yang ditahan akhirnya pecah. insiden yang sangat-sangat kelakar. kami tak mampu untuk meneruskan kesopanan kami untuk menghormati pihak lawan lebih-lebih lagi bila pemantun ketiga tadi pun turut sama tergelak dengan pantun yang dikarangnya. pengerusi majlis betul-betul menggamatkan suasana. kami semua terhibur dengan cara pengendalian majlis. everything is perfect! siap sediakan makanan lagi untuk peserta! wah,memang bagus sekolah ni. kami diumumkan sebagai pemenang. ah,leganya! pemantun terbaik izzatul nazihah. huh? saya pemantun terbaik? ingatkan romai. saya silap dengar ke tapi rupanya tak. aish,kelakar pun ada. match yang sangat menggamit jiwa pasti!
Pusingan 3 : SMK (P) Raja Zarina
ketakutan melanda lagi. menentang sekolah perempuan. woah,mereka mesti hebat sebab dapat sampai tahap ni. saat kaki melangkah masuk sekolah ni,saya tak tahu saya cukup bersedia ke tak. dah lah tema hari ni susah. saya menggeletar jugak hari ni sebab saya hormat mereka. menurut saya,mereka mesti hebat. bila pertandingan mula,oh! kelembutan suara dan gaya mereka betul-betul menakutkan saya. tapi saya tetap tersenyum. giliran saya,saya pegang kertas di tangan dan tanpa sedar,tangan saya menggeletar. sekali lagi. arghh!! tertekan betul! bila lah tangan saya nak berhenti menunjukkan ketakutannya? pertandingan berlangsung tanpa sebarang masalah. semua pantun dijual dan dibeli dengan baik. selesai semua nya,kami bertiga berborak macam biasa. sempat lagi saya dengan romai berdoa biarlah nabel dapat pemantun terbaik pulak. tak tahu nak jangka siapa menang. bagi saya, dua-dua pihak pun bagus. sebelum keputusan diumumkan,romai pesan dekat saya kalau kalah pun senyum jugak. saya angguk tanda setuju. bila sekolah kami jadi pemenang,kami bertiga terus mengucapkan syukur. tak sangka! pemantun terbaik ialah nabeelah. haha. doa kami termakbul. yes! aduhai~ berturut-turut kami menjadi pemantun terbaik.
*macam-macam pengalaman berpantun ni!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment