Saturday, March 14, 2009

KISAS


10 Mac merupakan hari yang bersejarah bagi kami semua iaitu NANIRO. Kenapa? Kerana hari tersebut saya,Romai dan Nabel berjuang bermati-matian untuk mengharumkan nama sekolah kami dan tak lupa jugak En.Firdaus kami yang sangat membantu persiapan mental kami. Terima kasih kasih Yus! Bagi warga SMK Sri Andalas,mesti tahu sekolah kita menjadi tuan rumah bagi pertandingan pantun peringkat separuh akhir seterusnya peringkat akhir. Oh,at first I thought it was not a good news for me since I was afraid we would embarrassed our school’s image if we lose to KISAS for semi-final.


Saat kaki melangkah masuk ke kawasan sekolah, saya terasa ada sesuatu yang mengkusutkan fikiran saya. Saya berdebar sebab saya sedar saya tak boleh mengecewakan harapan orang-orang yang menaruh harapan pada kami. Pusingan separuh akhir ni pulak kami terpaksa menentang Kolej Islam atau lebih dikenali sebagai KISAS. Memang saya kecut perut saat mendengar nama sekolah tersebut. Yela,semua orang pun tahu KISAS adalah sebuah sekolah yang hebat dan gah di mata-mata masyarakat di luar sana termasuklah saya. Haha! Sebelum pertandingan mula,saya masih mampu kawal perasaan saya tapi buat sekian kalinya,tangan saya menggeletar sebaik sahaja pertandingan bermula.
But who cares? Mereka lebih menumpukan eksperesi muka dari tangan. Jadi saya redha saja kalau tangan saya menggeletar. Ditambah pulak dengan kedinginan penghawa dingin dalam bilik itu,bilangan penonton yang boleh dikatakan ramai memang menambah kegusaran dalam hati. Tapi makin lama,saya semakin selesa dengan kehadiran penonton yang hampir semuanya terdiri daripada orang-orang yang saya kenal. Lepas ketibaan para hakim,maka pertandingan pun bermula. Pihak kami memulakan perlawanan. Saya bersyukur sebab kami bertiga telah melakukan yang terbaik yang kami mampu. Serius,saya tak menjangkakan apa-apa pun. Saya ingatkan diri sendiri jangan menaruh sebarang harapan. Adat pertandingan, mesti ada yang menang, kalah kan? *Cewah, cakap macam kau malaikat sangat ye, Izzatul Nazihah oi?*.


Sebaik sahaja pertandingan tamat,saya rasa lega yang teramat sangat. Satu perasaan yang tak mampu saya gambarkan dengan kata-kata. Saya cakap dalam hati,kalau bukan rezeki kami pun untuk menang peringkat separuh akhir ni, sekurang-kurangnya saya masih mampu berbangga sebab kami kalah bermaruah. Tapi Alhamdulillah, sebaik sahaja keputusan diserahkan kepada Cikgu pengerusi majlis, sekolah kami diumumkan sebagai pemenang dan semua penonton kat situ iaitu warga SMK Sri Andalas,bersorak dan tepuk tangan. Ini bermakna kami akan meneruskan perjuangan untuk peringkat akhir kurang daripada 30 minit lagi. Gembiranya kami tak terkata. Tak terlintas dalam fikiran saya kami mampu sampai ke peringkat akhir. Pn.Sarimah tersenyum lebar. Ya,saya tahu dia juga gembira seperti kami. Lepas pengumuman pemenang,saya terus je nak bangun, dah tak fikir apa lagi dah. Tiba-tiba semua orang dok sibuk tanya kat ketua hakim,siapa pemantun terbaik. Saya pun baru je teringat. Saya ingatkan sama ada Romai atau Nabel sebab gaya dan suara mereka memang best. Tiba-tiba Yus pandang saya senyum-senyum sambil sebut nama saya tanpa suara. Saya ingat dia tipu. Malas nak perasan,nanti siapa nak tanggung malu cik kak oi? Lepas tu, bila nama saya diumumkan, saya terkejut jugak. Bukan tak bersyukur tapi pelik. Saya tak sebagus yang lain kan.
Okay okay. Saya diam. Orang dah bagi tu,banyak cakap pulak budak ni?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...