Peringkat akhir akan mula kurang daripada 15 minit lagi. Kami pun agak kegusaranlah jugak bila dapat tahu kami akan bertemu SMK Raja Mahadi. Fuh! Banyak dah cerita yang kami dengar pasal pasukan pantun sekolah ni. Jadi,hanya mampu doa je lah kami dapat buat sehabis baik kami. Kali ni,penonton lagi ramai. Hampir separuh dewan dipenuhi penonton,termasuklah cikgu-cikgu kami. Tapi bila pertandingan dah mula,saya dah tak fikir dah berapa banyak penonton sebab bila saya mula fokus pada perlawanan,hilang semua rasa takut saya. Seperti yang semua sedia maklum,pertandingan pantun memanglah sekejap je. Jadi habis je perlawanan,kami terus turun dari pentas dan ambil tempat kami dekat kerusi penonton. Kami duduk berdekatan kawan-kawan lah kan. Tak sabar-sabar nak berkongsi saat-saat dekat atas pentas tadi. Pn.Sarimah terus je datang duduk dekat kami.
Berbicara tentang prestasi kami sebentar tadi. Tak tahu kenapa,tapi saya boleh rasa ada satu kepuasan pada riak wajah cikgu. Ya,saya yakin cikgu berpuas hati dengan segala usaha tadi. Kemudian,tibalah saat yang ditunggu-tunggu sejak dari tadi. Keputusan daripada para hakim. Riak wajah cikgu Norelawati selaku pengerusi majlis sebaik sahaja menerima keputusan saya tak dapat tangkap. Jadi saya biar jela. Ada rezeki adalah kot. Naib johan,SMK Raja Mahadi. Ya Tuhan! Betul ke apa yang saya dengar ni? Ke saya salah dengar kot? Tapi tak. Semua pun dah mula menjerit. Jadi saya apa lagi,menjerit samalah. Takkan nak bisu je kot? Nanti orang kata tak ada perasaan pulak. Saya pun terus je peluk Romai yang duduk sebelah saya masa tu. Kebahagiaan yang tak mampu dicoretkan dalam ungkapan kata-kata. Ahaks! Puitis betul ayat! Jiwang pulak tiba-tiba. Buat kena ketawa guling-guling je dengan kawan-kawan nanti. Ah,biarlah. Bukan selalu pun nak berjiwang karat macam ni kat blog,kan? SMK Sri Andalas jadi Johan pertandingan pantun daerah Klang. Kebetulan hari selasa tu(10 Mac 2009) hari jadi Pn.Sarimah.
Bagi saya,mungkin itu adalah hadiah terbaik yang dapat kami bagi pada cikgu. Dan Nabel diumumkan sebagai pemantun terbaik. Wow! Dahsyatnya kawan saya ni. Tahniah! Hari tu,saya peluk banyak orang. NANIRO sudah semestinya dan cikgu-cikgu yang boleh dikatakan rapat. Biasalah, dah memang itu fitrah perempuan,kan?
No comments:
Post a Comment