Do not spoil what you have by desiring what you have not ; remember that what you now have was once among the things you only hoped for.
Monday, March 16, 2009
Sekali Lagi
Seperti yang termaktub dalam diari-diari manusia yang bergelar pelajar sekolah,sememangnya cuti sekolah adalah masa untuk anda bermanja-manja. Bukan bermanja-manja goyang kaki ye! Tapi bermanja-manja dengan buku. Haha! Ngeri? Poyo? Bajet bagus? Geli? Cakaplah apa yang anda rasa terlintas dalam kepala anda tapi itulah hakikatnya. Semua orang pun tak suka berkepit dengan buku pelajaran tapi berapa ramai yang sanggup berkorban demi mengkhatamkan sebuah buku? Ramai bukan? Jadi saya ingin jelaskan di sini kita semua sama je.
Tak disangsikan lagi bahawa guru-guru kelas saya selayaknya menerima anugerah "Guru yang Berjaya Memberikan Tugasan Paling Banyak kepada Pelajar". Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga segala usaha anda diberkati. Huhu. Kalau tengok dari sudut positifnya, seronok jugak bila kerja bertimbun-timbun macam sekarang ni. Sekurang-kurangnya sedarlah diri tu sikit yang awak tu masih belajar. Jangan ada hati nak buang masa tak tentu hala. Adui~ (*loya). Tapi bila sebut soal belajar je,rasa segala sendi dalam badan jadi lemah pulak. kui kui kui. Saya berani cakap yang ramai orang masa sekolah berangan bilalah nak habis sekolah. Tapi bila dah habis sekolah, sibuk terkenang-kenang zaman persekolahan malah ada sesetengah yang berharap dapat kembali merasai pengalaman menjadi seorang pelajar sekolah. Uik? Sampai macam tu sekali ye penangan nya? Dahsyatnya! Tapi kalau tengok dari sudut negatifnya, bila masa otak ni nak rehat? Sekolah pun kena belajar,cuti pun kena belajar. Aduhai! Plan nak pergi bercuti pun kadang-kadang terbantut disebabkan "hadiah" yang cikgu bagi untuk cuti. Kadang-kadang ada jugak terlintas "Kalau macam ni,serupa tak payah isytiharkan cuti sekolah,ye tak?". Tapi selalunya untuk pelajar-pelajar yang tak berapa baik macam saya ni,lebih memilih untuk berehat goyang kaki dulu tunggu penghujung cuti baru nak sentuh segala tugasan yang cikgu bagi. Well,typical Malaysian,isn't it? Macam-macam hal! Senang cerita,pandai-pandai lah memilih yang terbaik untuk diri sendiri. Kalau rasa nak berhijrah,apa salahnya buat perubahan pulak kali ni. Tak rugi apa pun.
*Sebenarnya tak ada apa nak cakap pun,cuma saja nak menulis sesuatu. Lagipun,blogging kan hobi? =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment