Tuesday, March 17, 2009

Malunya!


Semalam, masa saya dalam perjalanan nak pergi Klang, kereta Ayah berhenti dekat satu lampu isyarat atau lebih dikenali sebagai "traffic light" dalam kalangan pengguna jalan raya. Biasalah, jalan raya kat Klang ni memang tak sah kalau tak ada traffic light. Jadi, masa semua kereta tengah berhenti tu, saya pun seperti biasa, memulakan kerja-kerja memerhati sebab saya memang suka memerhati benda-benda dekat sekeliling saya. Hehe~ Sedang saya asyik memerhati sekeliling, mata saya tertumpu pada seorang manusia yang membonceng motosikal kawannya.

Saya pada mulanya tak perasan pun muka kawan dia yang tunggang motosikal tu. Saya cuma perasan muka manusia tu je. Saya cakap dalam hati 'Alahai, comelnya lah mamat ni. Dahlah pakai helmet macam budak kecik. Muka pun muka innocent je!'. Jadi saya dengan selambanya dan tanpa rasa segan silu nya, tengok je lah mamat tu lama-lama. Saya tengok lama-lama sampai mamat tu pun dah perasan saya tengok dia. Tapi saya buat bodoh je lah. Bukan kenal pun. Sampai lah masa kereta dah bergerak, baru saya perasan. Oh, saya tahu siapa mamat tu. Tapi, muka dia macam lain je. Mulanya saya tak pasti sangat tapi bila saya tengok balik kawan dia yang tunggang motor tu, sah! Itu memang dia. Kawan dia yang tunggang motor tu, kawan saya rupanya. Dia senior saya dulu. Saya nampak kawan saya tu pun tergelak sekali. Tak tahu lah gelak sebab apa. Mungkin tengah gelakkan saya kot. Saya pun terasa nak gelakkan diri sendiri bila ingat balik. Macam mana lah saya boleh tak cam muka senior saya? Nasib baik kereta dah gerak masa tu. Haha~ Malunya tak terkata.

Monday, March 16, 2009

Sekali Lagi


Seperti yang termaktub dalam diari-diari manusia yang bergelar pelajar sekolah,sememangnya cuti sekolah adalah masa untuk anda bermanja-manja. Bukan bermanja-manja goyang kaki ye! Tapi bermanja-manja dengan buku. Haha! Ngeri? Poyo? Bajet bagus? Geli? Cakaplah apa yang anda rasa terlintas dalam kepala anda tapi itulah hakikatnya. Semua orang pun tak suka berkepit dengan buku pelajaran tapi berapa ramai yang sanggup berkorban demi mengkhatamkan sebuah buku? Ramai bukan? Jadi saya ingin jelaskan di sini kita semua sama je.

Tak disangsikan lagi bahawa guru-guru kelas saya selayaknya menerima anugerah "Guru yang Berjaya Memberikan Tugasan Paling Banyak kepada Pelajar". Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga segala usaha anda diberkati. Huhu. Kalau tengok dari sudut positifnya, seronok jugak bila kerja bertimbun-timbun macam sekarang ni. Sekurang-kurangnya sedarlah diri tu sikit yang awak tu masih belajar. Jangan ada hati nak buang masa tak tentu hala. Adui~ (*loya). Tapi bila sebut soal belajar je,rasa segala sendi dalam badan jadi lemah pulak. kui kui kui. Saya berani cakap yang ramai orang masa sekolah berangan bilalah nak habis sekolah. Tapi bila dah habis sekolah, sibuk terkenang-kenang zaman persekolahan malah ada sesetengah yang berharap dapat kembali merasai pengalaman menjadi seorang pelajar sekolah. Uik? Sampai macam tu sekali ye penangan nya? Dahsyatnya! Tapi kalau tengok dari sudut negatifnya, bila masa otak ni nak rehat? Sekolah pun kena belajar,cuti pun kena belajar. Aduhai! Plan nak pergi bercuti pun kadang-kadang terbantut disebabkan "hadiah" yang cikgu bagi untuk cuti. Kadang-kadang ada jugak terlintas "Kalau macam ni,serupa tak payah isytiharkan cuti sekolah,ye tak?". Tapi selalunya untuk pelajar-pelajar yang tak berapa baik macam saya ni,lebih memilih untuk berehat goyang kaki dulu tunggu penghujung cuti baru nak sentuh segala tugasan yang cikgu bagi. Well,typical Malaysian,isn't it? Macam-macam hal! Senang cerita,pandai-pandai lah memilih yang terbaik untuk diri sendiri. Kalau rasa nak berhijrah,apa salahnya buat perubahan pulak kali ni. Tak rugi apa pun.



*Sebenarnya tak ada apa nak cakap pun,cuma saja nak menulis sesuatu. Lagipun,blogging kan hobi? =)

Saturday, March 14, 2009

Not My Luck,Perhaps!




I just checked at the MOE website for the second intake of students to boarding school. And once again, I did not get any offer. A bit disappointed but this time I am more well-prepared mentally. Haha! I texted Ayah to inform him about it since he is out for camp and will only be back on Sunday. I don't know what is his reaction but maybe he's just like me. Disappointed for being rejected but hey! Every cloud has a silver lining,remember? I'll be waiting for the silver lining to come to me. Oh,one of my classmate, Farah Dini got an offer to SM Sains Seri Puteri. Just how lucky she is! I informed her already but still not sure whether she'll accept the offer or not. Well,the decision is yours,Dini. Mom soothed me,saying that regardless of which school you entered,the main thing is that you are able to study well. I told my best friend,Izyan and she said the same thing. Yeah, I know I have everyone to be my shoulder to cry on. Thanks for the efforts to keep my spirits up.

Damn Morons!


Gosh! I cursed a lot yesterday! Seriously. I left my pencil case at 5 ST/1 classroom. Actually, I know nothing about my pencil case when suddenly, I were about to go back home after school dismissed, I searched for my pencil case in my beg but it was nowhere to be found. And I remembered that maybe I left my pencil case at 5 ST 1. And yes,exactly! It was there. I saw it but too bad I couldn't just opened the door of the class to take my pencil case since it was locked. Totally forgot that afternoon session will be using that classroom so I thought it was safe to leave it there. So, I just went back worried for nothing since I planned to take it on the next day.

And on the next day which was on Friday, as soon as I reached to my class and put the bag, I asked Ain to come with me to take my pencil case. Of course, I expected everything will be just fine but unfortunately,it turned out there was nothing left in my pencil case. My stationary had been stolen and most importantly, they stole my scientific calculator. Hey damn morons, are you living in poverty that you have to steal? Oh, I wish you are 'cause if you are not I swear you will never get my blessing or permission or whatever you may call it which means you are using my things illegally and you will never live in peace! Huh! There you go! Stupid people always get on my nerves. The worst part was even the key chain that I put at the pencil case also had been stolen! Argh!! What kind of human are they? Oh,and to make it worst,they even replaced all my things in the pencil case and filled it with their rubbish. Did they ever learned something about manners? What a pathetic human being! Keep on praying I will never know you are the culprit. If I ever know, I tell you what, you will never get away,retarded kids! Okay, I'm done. Oh,yeah! I would like to say sorry to Ain for accidently hit her face with my pencil case. You know, they pissed me off and I just can't get over it. Don't know who responsible for it. Sorry,Ain!

I don't know why but I just can't resist myself from crying when I got to know they stole my things. I cried all the way to go back to my class. But thanks to Nabel, for lend me her money to buy all new stationary. Thanks so much Nabel! I just can't describe it in words how thankful I am. I know the others also sympathy with my situation but maybe they just don't have enough money to lend me. Nevermind. I appreciate them too. Besides,we are friends,right?

Hadiah Hari Jadi


Peringkat akhir akan mula kurang daripada 15 minit lagi. Kami pun agak kegusaranlah jugak bila dapat tahu kami akan bertemu SMK Raja Mahadi. Fuh! Banyak dah cerita yang kami dengar pasal pasukan pantun sekolah ni. Jadi,hanya mampu doa je lah kami dapat buat sehabis baik kami. Kali ni,penonton lagi ramai. Hampir separuh dewan dipenuhi penonton,termasuklah cikgu-cikgu kami. Tapi bila pertandingan dah mula,saya dah tak fikir dah berapa banyak penonton sebab bila saya mula fokus pada perlawanan,hilang semua rasa takut saya. Seperti yang semua sedia maklum,pertandingan pantun memanglah sekejap je. Jadi habis je perlawanan,kami terus turun dari pentas dan ambil tempat kami dekat kerusi penonton. Kami duduk berdekatan kawan-kawan lah kan. Tak sabar-sabar nak berkongsi saat-saat dekat atas pentas tadi. Pn.Sarimah terus je datang duduk dekat kami.




Berbicara tentang prestasi kami sebentar tadi. Tak tahu kenapa,tapi saya boleh rasa ada satu kepuasan pada riak wajah cikgu. Ya,saya yakin cikgu berpuas hati dengan segala usaha tadi. Kemudian,tibalah saat yang ditunggu-tunggu sejak dari tadi. Keputusan daripada para hakim. Riak wajah cikgu Norelawati selaku pengerusi majlis sebaik sahaja menerima keputusan saya tak dapat tangkap. Jadi saya biar jela. Ada rezeki adalah kot. Naib johan,SMK Raja Mahadi. Ya Tuhan! Betul ke apa yang saya dengar ni? Ke saya salah dengar kot? Tapi tak. Semua pun dah mula menjerit. Jadi saya apa lagi,menjerit samalah. Takkan nak bisu je kot? Nanti orang kata tak ada perasaan pulak. Saya pun terus je peluk Romai yang duduk sebelah saya masa tu. Kebahagiaan yang tak mampu dicoretkan dalam ungkapan kata-kata. Ahaks! Puitis betul ayat! Jiwang pulak tiba-tiba. Buat kena ketawa guling-guling je dengan kawan-kawan nanti. Ah,biarlah. Bukan selalu pun nak berjiwang karat macam ni kat blog,kan? SMK Sri Andalas jadi Johan pertandingan pantun daerah Klang. Kebetulan hari selasa tu(10 Mac 2009) hari jadi Pn.Sarimah.



Bagi saya,mungkin itu adalah hadiah terbaik yang dapat kami bagi pada cikgu. Dan Nabel diumumkan sebagai pemantun terbaik. Wow! Dahsyatnya kawan saya ni. Tahniah! Hari tu,saya peluk banyak orang. NANIRO sudah semestinya dan cikgu-cikgu yang boleh dikatakan rapat. Biasalah, dah memang itu fitrah perempuan,kan?

KISAS


10 Mac merupakan hari yang bersejarah bagi kami semua iaitu NANIRO. Kenapa? Kerana hari tersebut saya,Romai dan Nabel berjuang bermati-matian untuk mengharumkan nama sekolah kami dan tak lupa jugak En.Firdaus kami yang sangat membantu persiapan mental kami. Terima kasih kasih Yus! Bagi warga SMK Sri Andalas,mesti tahu sekolah kita menjadi tuan rumah bagi pertandingan pantun peringkat separuh akhir seterusnya peringkat akhir. Oh,at first I thought it was not a good news for me since I was afraid we would embarrassed our school’s image if we lose to KISAS for semi-final.


Saat kaki melangkah masuk ke kawasan sekolah, saya terasa ada sesuatu yang mengkusutkan fikiran saya. Saya berdebar sebab saya sedar saya tak boleh mengecewakan harapan orang-orang yang menaruh harapan pada kami. Pusingan separuh akhir ni pulak kami terpaksa menentang Kolej Islam atau lebih dikenali sebagai KISAS. Memang saya kecut perut saat mendengar nama sekolah tersebut. Yela,semua orang pun tahu KISAS adalah sebuah sekolah yang hebat dan gah di mata-mata masyarakat di luar sana termasuklah saya. Haha! Sebelum pertandingan mula,saya masih mampu kawal perasaan saya tapi buat sekian kalinya,tangan saya menggeletar sebaik sahaja pertandingan bermula.
But who cares? Mereka lebih menumpukan eksperesi muka dari tangan. Jadi saya redha saja kalau tangan saya menggeletar. Ditambah pulak dengan kedinginan penghawa dingin dalam bilik itu,bilangan penonton yang boleh dikatakan ramai memang menambah kegusaran dalam hati. Tapi makin lama,saya semakin selesa dengan kehadiran penonton yang hampir semuanya terdiri daripada orang-orang yang saya kenal. Lepas ketibaan para hakim,maka pertandingan pun bermula. Pihak kami memulakan perlawanan. Saya bersyukur sebab kami bertiga telah melakukan yang terbaik yang kami mampu. Serius,saya tak menjangkakan apa-apa pun. Saya ingatkan diri sendiri jangan menaruh sebarang harapan. Adat pertandingan, mesti ada yang menang, kalah kan? *Cewah, cakap macam kau malaikat sangat ye, Izzatul Nazihah oi?*.


Sebaik sahaja pertandingan tamat,saya rasa lega yang teramat sangat. Satu perasaan yang tak mampu saya gambarkan dengan kata-kata. Saya cakap dalam hati,kalau bukan rezeki kami pun untuk menang peringkat separuh akhir ni, sekurang-kurangnya saya masih mampu berbangga sebab kami kalah bermaruah. Tapi Alhamdulillah, sebaik sahaja keputusan diserahkan kepada Cikgu pengerusi majlis, sekolah kami diumumkan sebagai pemenang dan semua penonton kat situ iaitu warga SMK Sri Andalas,bersorak dan tepuk tangan. Ini bermakna kami akan meneruskan perjuangan untuk peringkat akhir kurang daripada 30 minit lagi. Gembiranya kami tak terkata. Tak terlintas dalam fikiran saya kami mampu sampai ke peringkat akhir. Pn.Sarimah tersenyum lebar. Ya,saya tahu dia juga gembira seperti kami. Lepas pengumuman pemenang,saya terus je nak bangun, dah tak fikir apa lagi dah. Tiba-tiba semua orang dok sibuk tanya kat ketua hakim,siapa pemantun terbaik. Saya pun baru je teringat. Saya ingatkan sama ada Romai atau Nabel sebab gaya dan suara mereka memang best. Tiba-tiba Yus pandang saya senyum-senyum sambil sebut nama saya tanpa suara. Saya ingat dia tipu. Malas nak perasan,nanti siapa nak tanggung malu cik kak oi? Lepas tu, bila nama saya diumumkan, saya terkejut jugak. Bukan tak bersyukur tapi pelik. Saya tak sebagus yang lain kan.
Okay okay. Saya diam. Orang dah bagi tu,banyak cakap pulak budak ni?

Sunday, March 8, 2009

Feeling Empty


We started our BI class with our new English practical teacher. I could barely remember her name. My apology,teacher! I didn’t put any expectation towards her since I understand she is just a practical teacher and it means she is still in her learning process just like us. We are in the same boat. Undeniable I was a bit disappointed that we will be having Pn.Hazlina in just about another 4 months. It is so unfair to compare her with Pn.Hazlina who is an experienced teacher,isn’t it? So the class began and we introduced ourselves one by one. Right after that, we proceeded with our public speaking. As for NANIRO, we had our very own public speaking at the back of the class since we conquered the last two rows so obviously we can’t hear clearly every single word from the speech. But still, we understand the whole topic . One of our classmates was presenting his speech and obviously everybody get emotional with all his points when he stated something that every single person who still has a sense of humanity will absolutely object his opinion. But still, my salutation for him because he looked completely ready when the whole class attacked him question by question and that was it! He was speechless for the last question. No more strong reasons to defend himself. Haha. Before the class dismissed, the teacher asked us what do we learned from all the speeches. Suddenly, teacher pointed her finger at us. And our hero, Ain stood up and voice out her opinion. Woah, 10 marks for Ain! Haha. And for me, I learned that we can’t please everyone with our opinion. So,we have to learn to speak out our point of view without hesitate as long as it is not against the human’s nature. I also learned that high confident level help us to convince people. But yet, I still do not have any. What am I supposed to do, dear?

Great Pleasure


That day ,I and Romai had a very long and good conversation with Pn.Nora. While Ojie,Nabel and Nad were doing their works since we were allowed to do our own work. At first it was about the pantun. We were trying to discuss about the issues regarding the tema pantun. As time goes by, the conversation turned out to be some kind of counseling session. But hey! It was enjoyable! Wow! It was nice to get to know her better. A lot of advices about school’s life, life after school and etc from her. She also told us about her experience in her life journey. Yeah, I realized we still have a very long journey to go through in our life and that is the reason why we have to make a very wise decision in almost everything. I gained so much things from her that I never know all this while. She also stressed that experience is the best teacher ever in our life. Well, certainly I do agree with her. Yes, I love the way she talked. No wonder Romai seems so close with her. Now I knew the reason. The whole day I can’t stop thinking about those advices. Thanks cikgu for your precious time and I will try my best to keep all your words in my mind. It was a great pleasure to spend time with you.

Tuesday, March 3, 2009

Speechless


currently reading "I,ROBOT" novel. arghh!! i hate it. why should we ever do the nilam reading? i love reading,of course. but to write those details about the book,oh no! what a day. i'm trying to do an official letter to hand it to puan asiah about the excuse why i refused to join the "kursus kepimpinan". when i almost done everything,my last step is to print out the letter. gosh! the printer is damage! i have been trying to fix it but i guess maybe it's just not my luck. it's not working. dissappointment and anger counqered my mind. what a waste! nevermind. i told Ayah since i don't want the printer to be continously damage. well,Ayah also did the same thing like i did just now. like father like daughter. hahahaha. he went straight to check the printer and yes! absolutely it is no longer can be use,perhaps. Ayah amazed me when he was willingly said he would write the letter using his hand-writing and original sentences from his idea,of course. i was speechless but i am glad. at least i know i could always rely on Ayah whenever i am in need. thanks,Ayah and sorry for troubling you at this hour. i know you should already be sleeping at this hour.



yesterday was MSSD event. a big event for our school and definitely for every single person who joined the event. i know nothing about all the incidents happened since i was absent but nevermind. i still have my reporters to tell me every single thing happened during that day,right guys? after the event came to the end,around 11 a.m i heard voices of girls right in front of my house. actually i heard nothing at first since i was hearing the songs using headphone with the maximum volume. hahaha. but then they were very lucky when suddenly i laid my eyes to the front of my house and i saw 5 girls wore traditional clothes. i thought they were some kind of people who are trying to do direct-selling. so,i was planning to ignore them. but all of sudden it appears to my mind,ain told me the day before they will be heading to my house to spend time. ouh,and i rushed to find the keys. hahaha. lucky it didn't take too long to find them. and as usual,one by one story came out from their mouth. around 1 p.m,they started to lie on my bed and sleep. indescribeable tiredness i think. so i let them to have their short nap. naddy went back around 1.15 since her mother fetch her at my house. while nabel went back around 3 o'clock because she got tuition class to attend and as for romai,she went back alone without nabel around 4 o'clock. and ain was the last person to leave my house and i have a very long and good conversation with her about almost evrything. thank you,NANIRO. all of you really make my day!

Sunday, March 1, 2009

Saat Indah


asyik sedih-sedih je sampai lupa semua peristiwa yang indah-indah minggu ni. haha~ teruk betul! oh ye! lupa pulak nak cerita pasal pertandingan pantun yang dilalui sepanjang 3 hari berturut-turut. penat tak penat la jugak. woah,pengalaman tahun ni betul-betul berbeza daripada tahun lepas. tahun ni,dah matang sikit daripada sebelumnya. pertandingan mula pada hari selasa(24.2.2009). kawan-kawan yang lain semua dengki je bila kitorang tak payah buat ujian. hehehe~



Pusingan 1 : SMK Raja Lumu

Masa sampai dekat sekolah,ada jugak rasa takut walaupun dah banyak kali cuba hiburkan hati. orang lain sibuk menghafal chemistry,agama. saya dengan team pantun yang lain sibuk menghafal pantun. gaya tak fikir lagi. aduh~ takut sangat sebab dah setahun tak buat kerja-kerja berpantun ni. semua dah berkarat dah. tak pernah dengar apa-apa mengenai team pantun sekolah raja lumu,jadi tak boleh nak harap apa apa. cuma boleh doa je kitorang mampu menang. sampai dekat sekolah tu,terus je naik ke library. romai tak habis-habis ingatkan saya dengan nabel supaya mulakan kerja-kerja "psycho" pihak lawan. tak berhenti-henti senyum macam orang gila. padahal debar dalam hati Tuhan je yang tahu. saya sebenarnya paling takut kalau tak mampu jawab soalan pihak lawan dalam tempoh waktu 30 saat tu. tu yang saya paling takut sebenarnya. masa mula menjejakkan kaki dekat sekolah tu,rasa pelik jugak kenapa senyap sunyi je. satu bunyi pun tak ada. ouwh,mereka tengah ujian rupanya. patutlah aman suasana. alhamdulillah. sekurang-kurangnya mereka tengah ujian,tak ada lah gangguan saya rasa. maka pertandingan pun bermula. sekali lagi saya rasa kelemahan pihak pengurusan betul-betul menguntungkan kami. kami pulak yang terpaksa meminta kertas A4,mintak cabut undi pihak mana yang akan mula dulu. aduh~ tak apa lah.pertama kali menjadi tuan rumah untuk pertandingan pantun,mungkin? semua orang pun buat silap semasa pertama kali kan? pertandingan bermula dan saya nampak pemantun pertama sangat tertekan. sangat-sangat tertekan. mungkin bertambah tertekan bila tengok kami asyik tersenyum padahal kami pun sama je takut dengan dia. haha! pandai kami berlakon! pihak lawan semua perempuan jadi saya pun gementar sebenarnya bila tengok mereka berlatih. yela,saya tahu kekuatan perempuan ni macam mana. bukan main-main! bila mereka tak dapat jawab dan jual banyak pantun,akhirnya saya mampu bernafas. rasa lega yang teramat sangat sebab saya,nabel & romai dapat jawab dan jual pantun sebaik mungkin. lagi-lagi buat pertama kali kami bawak penyokong yang memang best : ojie,ain,nad dan yus. senyuman masih lagi tak lekang. tak tahu kenapa tapi kami boleh berborak-borak dan bergelak ketawa sementara menunggu keputusan. dulu kami masing-masing serius tak terkata. muka pun masam je. bila keputusan diumumkan,sekolah kami menang! dan pemantun terbaik romaizatul shaqira. gembira yang teramat sangat! salah seorang pemantun sekolah raja lumu datang dekat saya dan bertanya mengenai pertandingan seterusnya. belum sempat saya habis jawab,dia terus cakap "good luck" dengan ada sedikit riak muka tidak senang dan pergi macam tu saje. saya agak terpinga-pinga pada mulanya tapi bila fikir balik,entahlah. mungkin perasaan saya je kot. malas nak runsingkan kepala untuk benda yang remeh-temeh macam tu. akhirnya,tibalah saat kami pulang ke sekolah tercinta. masa turun tangga,pelajar-pelajar semua tengah rehat mungkin,jadi bising sangat keadaan masa tu. rupa-rupanya baru tahu naddy diminati budak-budak lelaki kat sekolah tu. adui! kelakar betul.




Pusingan 2 : SMK Dato Hamzah


Inilah pusingan yang paling gila. nak pergi pertandingan sekejap lagi tapi kami masih tak tahu kami akan lawan sekolah apa. mula-mula ingat Sekolah Batu Unjur tapi tiba-tiba pagi tu kami dikejutkan dengan berita kami akan bertemu Sekolah Dato Hamzah. oh tidak! tak sempat nak mempersiap diri mental dan fizikal. tak tahu kenapa tapi ada satu perasaan yang sangat kuat menyebabkan saya gementar yang teramat sangat untuk lawan dengan sekolah ni. saya tak pernah pandang rendah pada lelaki sebab tu saya takut sangat kalau pusingan ni kami kalah. yela,lelaki ada kelebihan suara yang lantang. tapi tak apa. jangan berundur sebelum berjuang. ya! saya mesti berjuang dulu. sampai dekat sana,terus je masuk perpustakaan. oh Tuhan! sekali lagi jantung saya berdegup semakin laju bila nampak pasukan lawan berbaju melayu. nampak tahap keyakinan mereka yang tinggi menambahkan lagi rasa takut dalam diri ni. kemudian mata saya tertarik melihat mereka berlatih. oho! gaya mereka tidak dapat disangsikan lagi. sangat bagus! tepuk tangan! tapi saya tepuk dalam hati je. hehe. pertandingan pun bermula. ketakutan saya dapat dikawal pada mulanya tapi bila sampai giliran saya,oh! tragedi menimpa! tangan saya yang menggeletar tak dapat diselindungkan lagi. kertas yang saya pegang turut menggeletar mengikut tangan. saya panik dan tak tahu macam mana nak sembunyi kan tangan yang menggeletar tu,jadi saya banyak gerak-gerakkan tangan supaya penonton,juri dan pihak lawan tak perasan sangat ketakutan yang beraja dalam hati walaupun saya tahu perkara tu nampak terlalu ketara. memang buta lah siapa yang tak nampak. haha. bila giliran nabel,pemantun lawan tak dapat nak jawab pantun nabel,saya lega sikit. tapi sikit je. ouh,giliran saya sekali lagi dan itu dia! saya menggeletar buat sekian kalinya.
pada pendengaran saya,saya baca pantun pun agak kasar. semuanya semata-mata nak mengatasi rasa takut tu. dan saya menjadi orang terakhir yang menjual pantun bagi pusingan yang bertemakan bebas. maksudnya,tema diberi mengikut sampul yang dipilih. memandangkan saya yang terakhir,redha je lah sampul apa yang ada. nasib baik tak susah. saya jual pantun dan pemantun ketiga jawab. pada mulanya,saya ingatkan dia betul-betul bersedia dengan jawapan untuk soalan saya. bila dia bangun,pembayang yang dimulakan membuatkan semua mata tertumpu pada dia. dia meneruskan pembayang baris kedua separuh jalan sambil mencari-cari idea untuk melengkap pembayangnya. mata nya tepat ke arah kami. mungkin mencari-cari perkataan yang sesuai. dan akhirnya bila pantun selesai dibacakan sepenuhnya,ketawa yang ditahan akhirnya pecah. insiden yang sangat-sangat kelakar. kami tak mampu untuk meneruskan kesopanan kami untuk menghormati pihak lawan lebih-lebih lagi bila pemantun ketiga tadi pun turut sama tergelak dengan pantun yang dikarangnya. pengerusi majlis betul-betul menggamatkan suasana. kami semua terhibur dengan cara pengendalian majlis. everything is perfect! siap sediakan makanan lagi untuk peserta! wah,memang bagus sekolah ni. kami diumumkan sebagai pemenang. ah,leganya! pemantun terbaik izzatul nazihah. huh? saya pemantun terbaik? ingatkan romai. saya silap dengar ke tapi rupanya tak. aish,kelakar pun ada. match yang sangat menggamit jiwa pasti!



Pusingan 3 : SMK (P) Raja Zarina


ketakutan melanda lagi. menentang sekolah perempuan. woah,mereka mesti hebat sebab dapat sampai tahap ni. saat kaki melangkah masuk sekolah ni,saya tak tahu saya cukup bersedia ke tak. dah lah tema hari ni susah. saya menggeletar jugak hari ni sebab saya hormat mereka. menurut saya,mereka mesti hebat. bila pertandingan mula,oh! kelembutan suara dan gaya mereka betul-betul menakutkan saya. tapi saya tetap tersenyum. giliran saya,saya pegang kertas di tangan dan tanpa sedar,tangan saya menggeletar. sekali lagi. arghh!! tertekan betul! bila lah tangan saya nak berhenti menunjukkan ketakutannya? pertandingan berlangsung tanpa sebarang masalah. semua pantun dijual dan dibeli dengan baik. selesai semua nya,kami bertiga berborak macam biasa. sempat lagi saya dengan romai berdoa biarlah nabel dapat pemantun terbaik pulak. tak tahu nak jangka siapa menang. bagi saya, dua-dua pihak pun bagus. sebelum keputusan diumumkan,romai pesan dekat saya kalau kalah pun senyum jugak. saya angguk tanda setuju. bila sekolah kami jadi pemenang,kami bertiga terus mengucapkan syukur. tak sangka! pemantun terbaik ialah nabeelah. haha. doa kami termakbul. yes! aduhai~ berturut-turut kami menjadi pemantun terbaik.

*macam-macam pengalaman berpantun ni!




Maaf!


maaf kerana menjadi terlalu emosi sebelum ni. itulah saya. maaf ye! satu hari suntuk saya menyepikan diri,menjalani hidup tanpa ada alat perhubungan yang dipanggil handphone. telefon yang berdering saya biar tak berjawab, mesej yang datang bertandang saya biar tanpa balasan. saya betul-betul tak ada mood. saya macam bukan diri saya. mintak maaf sekali lagi.

semalam dengan langkah kaki yang berat,saya gagahkan diri untuk mengukir senyuman palsu tanda setuju bila mak ayah ajak pergi jusco seterusnya ke tesco. ah,hipokritnya! kalau ikutkan rasa hati,saya malas tapi nanti takut isu lain pulak timbul. jadi sekali lagi saya beralah dengan keadaan. masa dekat situ,tak tahu kenapa saya rasa badan saya lemah. kepala mula terasa berpusing-pusing. tenaga yang saya ada mula terasa terbang meninggalkan saya. tapi saya masih mampu berdiri. lalu saya pun cepat je inform mak saya nak pergi toilet sebab saya tak nak mak terkejut tengok muka pucat saya. padahal saya masuk fitting room,tak pergi toilet pun. masuk je fitting room,tiba-tiba saya nampak semua benda dekat sekitar saya berpusing-pusing dan akhirnya terduduk dan bersandar pada pintu lalu memejamkan mata tanpa sedar. selang beberapa minit,baru akal waras saya berfungsi semula bila saya mula membuka mata saya dan saya sendiri hairan macam mana saya boleh pengsan dalam fitting room ni? nasib baik insiden tu sekejap je. biarlah saya sendiri simpan. mak pun tak tahu. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...