Monday, February 21, 2011

Serik Dah..

Sunyi.
Senyap.

Perfect.

Dalam masa-masa dunia orang dah tak hirau pasal hal-hal berkenaan haiwan akuatik,aku nak mengenengahkan satu cerita yang aku baru je tahu tadi. Tengah syok menukar siaran televisyen, mencari program yang mampu menarik minat anak-anak muda macam aku ni, tiba-tiba aku terjumpa satu siaran yang menarik perhatian.

Pernah dengar pasal ikan keli? Dan dengan tekad yang bersungguh-sungguh aku ingin memberitahu bahawa aku tidak akan menjamah lagi sebarang ikan keli. Well, pernah jugak ada terdengar atok nenek cerita orang kaya-kaya tak makan ikan keli. Kononnya sebab macam kotor la mengikut habitat ikan keli tu kan. Tapi aku ni salah seorang penggemar ikan keli. Hehe..
Masak lemak,masak berlada, goreng,asam pedas. Sedap weyh! Hehe..


Dan segala kesedapan itu berakhir setelah aku tahu cara penternakan sebenar ikan keli tersebut di suatu tempat di Malaysia. Ikan keli yang diternak banyak-banyak sekali tu, yang dok ada kolam ikan tu, diberi makan. Tapi diberi makan apa? Ha,ni yang nak habaq mai ni.

Kau tahu tak ikan keli ternak tu diberi makan bangkai-bangkai ayam yang semestinya haram di sisi agama. Lebih menjijikkan, bangkai-bangkai ayam tu dikisar bulat-bulat macam tu je sekali dengan bulu ayam, segala bahan cernaan dalam badan ayam tu dikisar terus sampai sebati dan tak nampak rupa sebenarnya. Akhirnya, bahan kisar tu di bentuk jadi macam bahan makanan berbentuk macam kotak,kasi campak dalam kolam ikan, ikan-ikan tu semua pun makan.

Eeeeuuwww!!! Ikan tu makan bangkai weyh! Lepas tu dah membesar sihat, terus penternak ikan ni pun jual kat pasar. Orang pun beli. Dan masak sedap sedap lalu makan dengan riangnya. Tak tahu ikan yang mereka beli tu makan bangkai. Dan sejak hari ni, aku dan satu keluarga bertekad tidak akan menyentuh ikan keli lagi walau di mana kami berada. *Woah..semangat ni!*


Tolonglah faham. Tak boleh ke nak jadi pengusaha yang mengamalkan kebersihan? Ingat kau sorang je nak untung? Hilanglah sumber-sumber protein daripada ikan tu kalau macam tu lah gaya kau ternak ikan.


p/s : Serius rasa macam nak muntah ikan keli sekarang ni.


6 comments:

  1. aku dah lah favourite ikan keli weh!

    ReplyDelete
  2. haha. kalau nak ikut kan ayam tu makan ape tul?? so biasa je lah kalau nak makan ikan tu. kalau taknak geli2 jadi vegetarian je lah. eheh.

    ReplyDelete
  3. haha.aku tengok! MAJALAH3 kan kan,.seres geli doh. keli2 tu kerumun makan bangkai2 ayam tuh.yekk!

    ReplyDelete
  4. ozzy ; oh.aku pun favret keli juga.

    mira ; oh,ayam makan dedak kan? entah. masih tak dpt nak dihilangkan rasa geli itu.


    ana ; haah. aku tgk tu lah. haha. mcm hilang plak selera aku nengok ikan keli skrg ni. haha

    ReplyDelete
  5. yeahh tul keli.haha.teringat time bulan puasa.haha

    ReplyDelete
  6. haha..kau nih ajaa.. ikan keli tu lah tak pasal2 je korg menyebarkan fitnah kat aku.. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...