Tuesday, December 15, 2009

Sambungan

Cerita semalam belum terhenti lagi. Ada sambungannya. Berikut adalah sambungannya :-


Munirah Bt Abdul Kadir // Mun// Bulan
- Inilah Ketua Pengawas Pusat Sumber sekolahku. Dia ni adalah orang yang mula-mula duduk sebelah aku sebelum Khadijah tukar tempat dengan dia. Kalau orang tak kenal dia, memang orang akan kata dia garang disebabkan wajahnya yang memang garang. Tp dont judge a book by its cover kan? Bila dah kenal,lawak gila dia ni. Selalunya dialah yang melayan perangai budak-budak aku. Hehe.. Juga merupakan sekutu bergosip.







Raja Farah Shahirah bt Raja Harun // Raja // Anje
- Orang yang paling tiada masalah dalam dunia. 24 jam bahagia je. Jealous gila aku dengan dia ni. Tak pernah tengok dia stress apatah lagi tension. Bila orang susah hati pun dia boleh gelak lagi. Boleh buat kelakar pulak waktu orang tengah ada problem. Seronok kawan dengan dia. Terasa macam dunia ni tak ada masalah. Kadang-kadang aku tengok muka dia je pun,aku dah mampu tergelak. Tak tahu lah kenapa. Dia jugak seorang yang ganas. Tapi disebalik keganasannya,tak sangka tersembunyi ketakutan terhadap lipas. Raja raja.. Tak sangka aku kau fobia lipas. Hee~





Amira Liyana // Mimi // Zorro
- Dia ni friendly. Suka menegur orang. Kadang-kadang dia sedekahkan makanan yang dia bawak kepada orang-orang sekeliling termasuklah aku. Hehe.. Dia jugak kaki novel. Asal aku pandang dia je,mesti dia tengah layan novel. Jarang tengok dia baca buku Chemistry ke, Sejarah ke. Tapi masih tetap pandai. Hebat,hebat! Dia juga antara yang turut menjadi penyumbang kepada kemeriahan kelas aku.




Siti Nadzirah// Nanad

- Lagu yang tahap jiwang karat punya adalah lagu-lagu kegemarannya. Hobi dia pulak suka menyanyi. Selalunya lagu yang menjadi dendangan lagu yang jiwang lah. Seronok jugak ada MP4 bergerak. Hehe.. Selain menyanyi,dia jugak suka tidur dalam kelas. Bila cikgu tak ada,biasanya dialah antara orang yang akan melelapkan mata. Wuish,kalau tengok gaya tidur dia dalam kelas,dah macam gaya tidur malam dah. Nyenyak gila!



Nur Saiyidah Bt Meklas // Sai
- Klang mari. Sai ni baik budaknya. Juga merupakan orang kedua yang memanggilku dengan nama 'Izza' di SABDA. Sama spesies dengan Nanad,menyanyi merupakan kerja part-time die. Kalau masa presentation kelas, suka bila turn dia. Dia punya explanation best. Aku faham je.









Nur Ashila Bt Mandiar // Shila
- Suaranya yang ayu menambat hati! Aduhai..lemah lembut betul suara cik kak ni. Oh,antara orang yang dikurniakan otak Einstein. Juga suka bergosip. Kalau time recess,semua gosip terkini aku dapat dari dia je. Queen of Gossips.





Fatin Fareena Bt Abdul Aziz // Tot
- Imam untuk jemaah tidur waktu kelas BM. Selalu muncul dengan tindakan spontan yang buat orang ketawa pecah perut. Muka tak ada perasaan adalah hartanya yang mahal. Sangat suka berpelukan tanpa mengira masa dan tempat terutama dengan kawan baiknya,Adaa. Biology sangat diminatinya. Rekod terbaiknya,tak pernah tidur masa kelas Bio. Mengagumkan! Lagi satu,don't mess with her unless nak tengok dia berubah menjadi werewolf. Sumpah ngeri!



Nadiatul Akmar // Nad
- Membawa imej 'Good Girl'. Jarang dengar dia tinggikan suara. Sangat suka menyiapkan homework secepat mungkin. Satu tabiatnya,dia akan cuba halang bila orang mula nak study atau buat homework. Caranya? Dengan menutup buku orang . Tindakan yang agak kejam. Seorang ceti kelas yang berjaya. Berjaya mengikis duit poketku tiap-tiap minggu. Hehe..








Nazatul Syaza // Aja

- Happy-go-lucky habis lah dia ni. Sangat peramah dan selamba membuatkan aku tak kekok langsung dengan dia. Sangat caring. Ingat lagi masa aku sakit mata,dia siap peluk aku. Padahal aku punyalah nak elakkan dia daripada berjangkit dengan aku. Juga suka merepek ; sama macam aku! Each time aku ada masalah,dialah yang tolong comfort aku. Most memorable tentang dia,hobinya suka tidur dalam kelas. Pantang cikgu tak ada, mesti dia dah tidur. Masa kelas on lesson pun dia boleh tidur. Terkenal among classmates kerana suka tidur masa cikgu mengajar. Hehe..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...