Monday, January 31, 2011

Oh Kasihan!


-Taman Rakyat masa buat perjumpaan dengan mereka-
Julai 2009


Kedinginan hujan yang tak berhenti daripada tadi buat aku rasa macam nak cakap " Woah,rahmat sepanjang hari!". Kesejukannya aku cakap kau,kerap juga lah keluar masuk tandas tu. Haha.. Okay. Dan tengah aku dok melayan tangkap blues sorang-sorang ni, tiba-tiba otak aku dengan cepat meng"recall" insiden yang berlaku hari tu. Tak kelakar,tapi tak serius. Entah. Pandai-pandai kau lah nak nilai.


Alkisah bermula.

*taaiiibbb

Aku menapak langkah satu demi satu. Kemana tujunya? Itu dirahsiakan demi kepentingan bersama. Asyik berjalan di tepian jalan raya menghirup udara segar asap-asap kenderaan berenjin baik motor mahupun kereta atau lori, aku menyusun tapak lagi. Dan macam biasa mata melilau tak tentu hala. Sebab tak ada yang nak dihalakan pun. Banyak ragam aku perhatikan. Yang ber"couple" macam dah kahwin. Yang bernyawa macam nak lelong nyawa. Apa yang aku mampu buat? Senyum sajalah. Siapa kisah pun.. Haha..


Dan jalan-jalan aku bukan kosong rupanya. Aku temukan seorang pakcik. Veteran juga. Mungkin pangkat atuk-atuk kot kalau kau baya-baya aku atau lebih muda. Ringkas bergaya dengan t-shirt putih kolar bulat,sambil bawa rokok sebatang di mulut. Tak cukup dengan cermin mata hitamnya, aku tak lepas-lepas pandang atuk tu. Kenapa? Dia bawa basikal. Ni belum cukup kagum ni. Dia bawa basikal yang ber"cermin sisi"kan cermin sisi kereta yang tampak sangat berkilat di kedua-dua belah. Orang putih panggil "side mirror" tu. Ha,boleh bayangkan? Dan aku tak tahu macam mana dia boleh lekatkan cermin sisi tu dekat basikal dia yang bukanlah "MOUNTAIN BIKE" pun tetapi hanyalah sebuah basikal tua. Serius. Ni bukan kutuk jauh sekali mengeji. Tapi cuma hairan.


Sesudah dia mengayuh basikal begitu jauh dekat belakang aku, dan akhirnya hampir melintasi aku, tiba-tiba dia berhenti. Ya,dia berhenti kan basikal dia tak jauh daripada aku. Aku pun dah pelik. Aku kenal dia kah? Takkan lah suadara-mara aku kot? Aku pun tenang je jalan terus jalan dan jalan macam gaya berjalan-jalan. Yela jalan,kalau tak apa hal aku nak berhenti jalan tiba-tiba kan? Atuk tu pun lambai kan tangan dia. Aku pelik buat kali kedua. Pandang belakang,memang tak ada orang. Takkanlah aku cucu dia yang hilang tu? Jadi,aku tak adalah lambai balik. Cuma senyum lagi dan terus senyum. Senyum untuk apa? Untuk dua kemungkinan ; kalau aku malu,at least aku tak ada lah buat apa. Cuma senyum je kan. Kalau atuk tu memang lambai aku,at least aku berbudi bahasa dengan senyum. Bijak kan?


-Dekat astaka masa tunggu sesi photoshoot lelaki-lelaki kelas aku-
Photographer ; Syaza Raof
2010 / Ting.5 / SM Sains Bagan Datoh(SABDA)


Jadi dia terus bagi lambaian kaabah dia dan aku pun terus senyum. Boleh kau bayangkan betapa bengongnya situasi tu? The best part dia kau nak tahu apa? Atuk tu sebenarnya tak pandang kat aku pun. Dia tengah dok menghadap cermin sisi basikal dia tu. Sambil melambai-lambai siapa entah. Kalau tengok analisis,aku rasa aku sorang je kat situ yang berkemungkinan termasuk dalam cermin sisi dia. Tapi entahlah. Dan masa aku lalu kat sebelah pakcik tu,aku dengar pakcik tu bersuara dengan lantangnya yang aku rasa cukup untuk didengar orang sekeliling,


"Aku dah kata. Aku sibuk sikit. Nak pergi meeting lagi. Nak pergi jumpa rakyat lagi. Rakyat asyik buat aduan kat aku. Pening kepala ni ha. Anak-anak pulak tak reti nak balik. Ish,sibuk betul aku. Najib daripada tadi telepon aku mintak batalkan meeting dia dengan si Latip tu. Aku dah kata kat dia gigi palsu aku ni siapa nak jaga nanti. Ada ke patut dia suruh aku pergi warna kan rambut aku bagi hitam balik. Ish,tak patut betul Borhan tu. Gila bla bla bla bla... "



Okay. Kau tak faham? Rupanya barulah aku sedar atuk tu bukanlah seorang yang sihat mentalnya. Gila? Ish,tak baik kata orang lain gila! Setelah aku tengok orang sekeliling macam senyum sengih sikit-sikit tengok dia,aku faham lah siapa atuk tu. Dan macam mana aku berjaya dengar celoteh dia yang panjang tu? Sebab kan aku dah kata tadi dia bebel kuat sampai aku dah jauh pun masih dengar jelas lagi. Tapi sebenarnya aku rekod. Hehe.. Situasi yang luar biasa. Teruja lebih la kan sampai nak rekod. Haha. Atuk oh atuk! Baru nak kesian kat diri sendiri tapi rupanya atuk tu lagi kesian. =D


p/s : Agak-agak siapa lagi kesian? Aku ke atuk tu?


5 comments:

  1. haha.. anyway, kau sangat bertuah dapat pnglaman camtu woah! mcam diari aku, kalau jual, mahal gler! cmtu jgkla pglaman kau jumpa orang senget. hee. kau tak pnah rase.mungkin.haha.

    ReplyDelete
  2. *aku tak pnah rase.

    ReplyDelete
  3. macho sial atuk tue.hahaha.seronok pew dapat jmpe orang mcm tue.kalau aku bukan rekod suara jew.au siap video lagi.haha :D

    ReplyDelete
  4. ana, hahaaha..serius balik tu aku rasa macam nak tergelak terbahak bahak smpai keluar anak tekak doh,tapi bila fikir balik,ish.jahat plak gelakkan org. tapi aku still gelak jugak! hahahahaa..

    ReplyDelete
  5. aja, kalau tgk description aku mmg macho la kan. ko tau,aku trbyg pakcik buta tu. hahaha.. sronok tu seronok laa kan sbb bkn senang oo nak jumpa org cmtu. hahaha.. tp tu lah. nak video kan nnti obvious sgt. record suara pun ckup laahh..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...