Saturday, January 1, 2011

Cahaya Infiniti


*in the "Never Say Never" by The Fray mode.


Kelip-kelip detik saat jam digital aku ni tak sama derasnya dengan kerlipan mata aku. Punyalah otak aku sesak cari idea taipan ni supaya tak jelak orang yang bertandang membelek.

Oh,esok sesi persekolahan bermula. Untuk yang tinggal di asrama,dah bergerak pulang hari ni. Masing-masing bertebaran mencari sekolah balik. Senyuman lebar kot. Baju baru,kasut baru,tudung baru. Haha.. Majoriti budak-budak yang masih ada kontrak dengan bangunan sekolah semuanya meluahkan rasa tidak puas hati ; tak nak jejak sekolah. Kononnya sekolah menyeksakan. Sekolah bosan ; sekolah itu sekolah ini. Bila nak cuti , bila nak habis sekolah. Bosannya jadual sekolah,bencinya itu,menyampahnya ini. Haha.. Itu situasi golongan yang masih menyarungkan uniform sekolah.


Jelas berantonim dengan situasi satu lagi.

"Duh,aku rindu sekolah."
"Aku rindu prep malam. Rindu nak bising-bising kat kelas."
"Aku nak balik sekolah."
"Siapa nak ikut aku balik sekolah?"
"Sayu lah tengok gambar-gambar dekat sekolah."


Ha,itu kata-kata golongan yang baru sahaja menamatkan kontrak dengan cikgu-cikgu sekolah. Tersenyum simpul tahap sakit mental je aku bila aku tengok situasi-situasi di atas berlaku. Okay,untuk menjadi jujur,aku mengaku.

*angkat dua-dua belah tangan


Aku pun antara yang tidak terkecuali. Aku termasuk dalam situasi kedua. Haha.. Jadi aku muncul dengan hipotesis aku ; manusia sampai bila-bila pun takkan bersyukur. Dapat itu,nak ini. Dapat ini,nak itu. Lumrah kan? Standard la tu. Nak pelik apa? Kau , aku , dia, pendek kata semua orang bernama manusia pernah alami apa yang aku cakap ni kan? Tu lah,kepada yang masih bersekolah,anda semua akan tahu apa perasaan tinggalkan sekolah. Sekarang ye lah.


Aizudin bin Husin dengan keterujaannya mengajak semua SABDARIANS ke Hari Sukan sekolah tahun ni. Huh,nampak benar angaunya. Aku rasa aku pun sama tahap dengan si Din ni. Tak dapat terima lagi hakikat sekolah dah tak ada komitmen dengan aku. Apa lah gila aku bercakap pasal sekolah ni? Ketidakmatangan terserlah. Oh,tolong lah bertindak seperti lepasan SPM,Nazihah!


Oh,dan tiba-tiba aku teringat. Dalam aku dok sibuk-sibuk mencanang kejakunan aku tidak menyarungkan uniform sekolah untuk pertama kalinya dalam hidup aku,aku terlupa sesuatu.


Bila ayah menyatakan "Hai~ inilah tahun pertama ayah dah tak payah fikir pasal baju sekolah anak." Ye tak ye. Aku tak terfikir pula yang tu. Aku kan yang termuda dalam keluarga. Rupanya kejakunan kita setara,ayah! Haha..


*selak page baru


Alkisah bermula. Dendangan telefon bimbit aku lantang bersuara. Aku tengok pemilik nombor. Ha,nombor asing? Lantak situ. Pesanan ringkas diterima ; soalan klise. Identiti aku dipersoalkan. Huh? Kau siapa nak tanya aku siapa? Kesimpulan ; orang gila. Disuruh meneka,okay. Tekaan pertama , nama terlintas, Syazwani Sulehan(Nani). Respon ; tekaan tepat! Wah,best ni. Nani dah ada nombor maxis. Murah sikit aku nak contact,ye tak?


Mesej punya mesej , borak punya borak , cerita punya cerita. Oh,Nani! Aku rindu kau lah. Kerap juga bertukar mesej. Segala luahan rindu diluahkan. Seronok dapat berborak dengan Nani lagi. *pause


Setelah beberapa hari(lebih dua minggu jugak!)....






Alif Asyraf(baby) mengirimkan pesanan ringkas buat aku. Mesej dibelek dan respon diberi. Bertukar cerita dan khabar. Dan tiba-tiba ,dia menerapkan unsur-unsur saspen dalam perbualan kami.

"Izzatul,aku ada benda nak bagitahu kau ni. Tapi aku rasa bersalah sangat."
"Huh? Apa dia? Kau jangan buat unsur saspen dengan aku baby!"
"Kau ada mesej Nani tak? Itu aku sebenarnya. Maaf."


*play

Aku macam tercengang dua minit sebelum nak merespon mesej Baby. Tak tahu apa reaksi aku sebenarnya masa tu. Marah tak,suka pun tak. Tapi aku rasa kelakar. Haha.. Nani itu Baby? Jadi selama ni yang aku ingat aku borak dengan Nani tu sebenarnya Baby. Baby lah yang melayan aku merepek sebelum-sebelum tu. Tak guna betul! Kena tipu hidup-hidup. Nasib baik aku tak cerita segala macam hal perempuan dekat kau,Baby. Kalau tak,buat malu je! Alasan Baby ;

"aku memang niat nak bagitahu kau aku siapa. Tapi dah kau teka aku Nani,aku iye kan aje lah".


Adoi~ Alasan paling kanak-kanak aku pernah dengar. Huh,bila fikir balik. Haila~ Malu pulak apa yang aku dah cakap kat "nani" tu. Nasib mengaku awal, kalau tak mau satu abad aku malu! Haha..



p/s : Yang ada number baru tu,tolong lah jangan buat aku macam ni. Tak adalah aku salah interpretasi. Dah rasa macam baru bangun tidur dengan penyakit amnesia dah. Anyway,ALIF ASYRAF BIN ARISPA ABDULLAH,terima kasih kerana kau membuat aku tergelak sorang-sorang satu hari suntuk ibarat pesakit mental lari daripada wad kecemasan. You make my day,man! =D





7 comments:

  1. HAHA aku termasuk dalam golongan ketiga. rindu sume tu. tapi yang kenangan biar kenangan. bagi aku sejuta ringgit pun, aku tak nak balik sekolah balik. buhbye syg ! going to PLKN now, take care! kim slm kat kwn2 kite. ada mamat hensem aku sound kau. HAHA :D ILYSFDM Izzatul Nazihah !

    ReplyDelete
  2. gile lawak ar baby. sakai btol. haha. aku da gelak goleng2 da ney. ahahaha.


    aku pon ridu GILER kat skool doe. hu. eh idea din is not a bad thing. haha. ley je an kalao nak melawat. hee. jujum. haha

    ReplyDelete
  3. syaza ; ahaha. kaugolongan ketiga? huh,pelik ko ni. oh,takpe. aku faham. biruni kan? sentiasa lain dpd yg lain. hahaha. pegi plkn dah? bubye! take good care of yourself! mamat hensem passing aku! hhee.. btw , ILYTSM SYAZA MAR'IYAH.



    mira ; baby sumpah sakai. rasa cam nak sekeh je dia kalau dia dpn mata aku. babeng takleh terima aku kena tipu hidup-hidup. dgn baby plak tu. hee~

    aku ni dah tahap angau sakit jiwa dah merindu sekolah. sekolah dahlah jauh pulak tu. adoi~ yeah,idea din best jugak kan? aku pun terpikir gak. din cakap ajak ramai lagi,baru best. din kata kalau cukup orang,boleh tempah bas. eh,tapi ko dekat je kan? senangla. eh,ex-student bleh masok ke? hee~

    ReplyDelete
  4. la. apsal ta bley plak. ajak je ramai2. kompom dyeorg nak punye.

    ReplyDelete
  5. oh. aah kan? ex-student acceptable kot? hee~ tu lah. ajak lah ramai-ramai. set date.ok kot~

    ReplyDelete
  6. haha, tul ada gmbar aku. heee :)
    and post sebelum ni pun adaa :)

    ReplyDelete
  7. zouk ; oh. yeah. gambar-gambar kau aku siap collect pulak. buat satu folder named "zikri zahar". ahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...