*in the "Ain't No Rest for The Wicked" by Cage The Elephant mode
Tak pasti salah aku ke salah setting otak aku. Asal tutup mata,SPM. Celik mata,SPM lagi. Tengok dinding,SPM juga. Tengok tv,SPM lagi? Aha. Mimpi ngeri lagi? Tolonglah.
Bermulanya 2 Januari 2011,rasanya kesunyian dalam hidup aku bertambah lah jugak kot. Budak-budak PLKN dah bergerak ke kem masing-masing berkhidmat untuk negara. Bak kata Ozzy " Terasa bhai budak-budak PLKN blah" . Budak-budak sekolah dah mula bersekolah. Terasa bosan dan sunyi dan rindu. Bosan ; banyak yang dah mula buat hal sendiri. Sunyi ; ketiadaan mereka sangat memberi kesan. Rindu ; nak pakai baju sekolah dan ada jadual kelas. Semua campur-aduk dengan sesempurna mungkin. Sempurna. Ah,abaikan.
Meminjam isu seorang blogger. Mengenengahkan isu mimpi. Mimpi pernah ke masuk akal? Maksud aku, memanglah ada. Tapi majoritinya bertentangan dengan dunia. Sebab tu orang panggil itu mimpi. Benda yang kau tahu memang takkan jadi. Orang putih cakap "almost impossible".
Mimpi aku? Aha. Entah. Aku rasa antara yang terbodoh dan terpelik aku pernah mimpi. Baru lagi. Aku tengah dok leka berjalan seorang diri tepi jalan,tiba-tiba entah macam mana ditarik oleh satu tangan. Okay,tarik punya tarik. Aku sampai satu lagi destinasi. Siapa yang tarik? Itu dia,Aizuddin Bin Hussin. Gila! Ah,mimpi kan? Okay,tapi tempat apa tu? Pelik tak pernah aku tengok. Pergh.. Aku dengan Din pergi casino! Tak pasti casino Las Vegas ke apa. Siap Din tanggung segala perbelanjaan casino aku. Tapi aku,Din,casino? Tak masuk akal! Abaikanlah. Mungkin tidur tak barakah kot? Hee~
*ikat simpul punya gesture (tanda cerita tamat)
Dalam leka mencari benda yang ada faedah, otak aku nak bercakap. Entah kenapa,terasa macam nak cakap secara dewasa. Isu dewasa. Semua orang ada impian sendiri. Kita memang dah di buat tetapan minda atau "mind set" , target yang hebat-hebat daripada kecil. Aku pun termasuk. Tapi iklan dekat tv pagi tadi merangsang otak aku bekerja,fikir sesuatu ;
"When we were younger,we always dream to be whatever we want to be. But,as we get older, we lose the idea".
Bingo! Ya,aku setuju yang teramat sangat! Betul,itulah situasi aku sekarang. Orang dok sibuk mencanang cita-cita,harapan, matlamat.Dah nampak masa depan. Aku? Tak pasti. Entah. Aku tak pasti apa yang aku dah set kan dalam otak aku. Masa kecik-kecik dengan yakinnya aku dah tahu apa yang aku nak capai dalam hidup. Sekurang-kurangnya itu sasaran sebelum umur 30. Fuh,berpandangan jauh aku. Tapi bila makin dekat dengan misi pelaksanaan, aku makin tak pasti apa sebenarnya minat aku. Aku dah makin terlupa apa yang aku rancang. Aku dah makin tak tahu betul ke langkah aku ni. Dan aku makin tak betah dengan keadaan sekeliling yang jelas , berlawanan dengan aku. Jadi aku klasifikasikan semua ni jadi satu ; aku takut. Ya,aku takut.
Meminjam kata-kata bijak pandai. Arkitek mampu reka bangunan yang sempurna. Tapi ada masanya bangunan tu hanya layak direka. Tak dapat nak ditransformasikan jadi satu figura. Itulah simboliknya cita-cita. Kejarlah impian kau selagi kau mampu dan nampak ada jalannya. Kalau kau tak mampu nak "kejar" , "jalan" pun tak apa. Asalkan kau sampai. *Eheh. Lalutan aku,kalau tak faham,tak payah ambil pusing.
Kadang aku macam malas nak fikir semua tu,sebab aku tahu mak dengan ayah ada. Maksud aku,kebanyakan masa jalan aku mereka yang pilih. Jadi ke mana aku nak jejak lepas ni,mungkin bergantung pada mereka jugak kot. Aku cuma pengikut laluan tegar je. Itu yang aku mampu simpulkan.
*tutup kes. Kes selesai. =D
Sebagai kolaborasi kerinduan dan keinginan bersekolah,aku ada berborak dengan teacher Shida hari tu. Bertanya hari pertama sekolah, keadaan selepas ketiadaan kami. Perubahan kecil. Sir Hasrul,orang yang bertanggungjawab mendidik English aku ke tahap ini dah pindah ke sekolah kat Penang. PK Kokurikulum sekolah , En.Zulkifli bin Din,orang yang bertanggungjawab mengajar segala macam etika protokol dekat sekolah aku di samping menyusun aturkan perjalanan kokurikulum lebih teratur daripada sebelumnya,pun dah pindah ke SBPI Gopeng. Tingkatan 5 pulak semua dah ditempatkan disatu floor yang sama iaitu floor dorm aku dulu. Perubahan baru,kan?
*bab baru.
Kemasukan IPTA bermula bulan 9 untuk 2011 ni. Jadi,untuk mereka yang seangkatan baya dengan aku, mesti tengah sibuk semua mencari inisiatif menebalkan poket masing-masing. Lagi berapa bulan tu nak menganggur. Tak pun,ada yang sibuk nak dapatkan lesen memandu secara halal. Ada juga yang ikut segala jenis kursus. Jadi,semua kawan-kawan sekolah aku sibuk membawa haluan masing-masing. Aku? Aku pun sama. Entah. Semua dah sibuk ikut jalan masing-masing. Entah bila lagi entah dapat tengok muka sorang-sorang.
p/s : Terbayang kalau boleh pergi sekolah satu hari tanpa fikir nak kena belajar. Haha.. Heaven!
No comments:
Post a Comment