Saturday, January 29, 2011

Si Comel Kayangan


-Di luar kelas main sep sep tum tum masa cikgu tak ada-
2004 / Darjah 5 / SK Taman Sri Andalas
*cuba cari mana aku? hehe
(adapted from Farah's album)


Nak aku mula macam mana? Okay. Semalam ada yang bertanyakan ke aku soal hati dan perasaan. Terima kasih Fatin Amirah. Buat aku menjalankan kemahiran berfikir balik. Dan aku tersenyum sumbing tak ubah macam kerang busuk bila dihadapkan dengan soalan macam tu rupa. Tak tahu mana datang kebernasan idea,aku pun dengan gembiranya berkongsi pendapat aku. Tapi lepas bersyarah kepada mira dengan panjang karangan yang aku boleh kata lebih 350 patah perkataan, tiba-tiba aku terdiam,sekejap. Berfikir. Ha,ni yang nak habaq mai ni.


Aku tak pasti kau atau dia atau sesiapa saja yang pernah belajar aliran Sains Tulen akan setuju atau tak dengan pendapat aku ni. Tapi aku cuma cakap apa yang aku fikir. Flashback punya flashback, tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Rasional tak kalau aku kata makin kita membesar,kita makin dapat relate hidup kita dengan apa yang kita belajar dalam kelas. I mean,kau tengok contoh paling senang aku bagi. Kalau masa sekolah rendah dulu, belajar Sains dengan Maths kan? Tiba-tiba terdengar suara

"Aku rasa hati ko lagi tumpat/denser daripada dia kot? Sebab tu hati ko tenggelam dalam hati dia. Hahaha.." (maksudnya suka someone la!) atau mungkin

"Pedihnya hati aku bila ada daya geseran/frictional force kasar daripada dia(maksudnya rejected la tu!)"

"Nak kira awek guna bentuk lazim boleh?" (sumpah playboy!)


Okay. Aku tak tahu la kalau kau mengalami keadaan ni ke tak. Tapi itulah antara contoh terbaik aku boleh bagi so kau faham apa aku cuba nak sampaikan. Masuk sekolah menengah,belajar untuk PMR ni. Semangat gila tahap ruski dah ni! Borak punya borak



-Dalam kelas sementara tunggu waktu perhimpunan petang-
2007 / Ting. 2 / SMK Sri Andalas


"Eh,opinion kau selalu intersect dengan aku kan? " atau

"Weh,aku rasa kau ni menipu lagi banyak daripada percentage kau sedut oksigen." mungkin...

"Aku rasa kau ni terlebih dapat supply dry cell ni. Tu yang kau hyper tu."


Habis PMR,masuk pulak fasa "high school". Study untuk SPM ni! Okay,tang ni yang aku nak habaq mai kat hangpa tu. Pendapat jujur aku,semua subjek yang aku belajar boleh dikaitkan bila cakap pasal hati perasaan ni. Sebab apa? Okay. Tengok ni.


-Dekat depan rumah Pengetua masa merayau satu sekolah tunggu waktu berbuka-
2010 / Ting. 5 / SM Sains Bagan Datoh(SABDA)



Rasanya masuk akal kan kalau aku kata BIOLOGY memang analogy terbaik hati perasaan. Setiap capillary ada haluan masing-masing. Sebab tu mungkin kadang-kadang kewarasan cerebellum kita kurang daripada kadar carbon dioxide dalam inhaled gas kita kan? Jadi kena selalu ingatkan diri jadi macam waxy cuticle supaya tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.


Benda pasal hati perasaan ni memang macam carbon chain molecule. Complicated gila. And kau tak boleh weaken the intermolecular force dengan mak ayah atau orang-orang yang rapat dengan kau kalau kau nak sentiasa jadi satu atom yang kuat. Nasihat daripada orang sekeliling ni hebat aku cakap kau! Kalau ada orang suka kau, jangan ambik masa terlalu lama nak fikir sebab takut hati orang yang suka kau tu oxidized sebab tunggu kau lama sangat. Nanti hati kau jugak yang hancur berkecai macam kristal. Kan susah.


Lagi satu,biarlah orang bagi nasihat macam mana pun,tak semua boleh guna pakai untuk semua keadaan. Kau tengok Physics. Tengok semua pilihan yang ada,kasi modification sikit baru pilih yang terbaik. Kalau salah pilih, tak mustahil nanti air mata kau boleh mengalir lagi laju daripada speed of light kan? Sound waves dalam hati pun kena peka jugak. Siapa yang kau suka,siapa yang tak.


Kalau nak cakap pasal hati perasaan sampai esok pun memang infinity la jawabnya. Sebab setiap sudut kau kena tengok. Macam price index. Teliti satu-satu. And aku bet soal hati perasaan macam Add.Maths. Majoriti besar orang pernah gagal. Formula hidup ni banyak, macam trigonometric function. Tengok dulu equation masalah kau macam mana, evaluate dulu baru figure out nak guna formula mana nak prove equation tu. Salah formula, memang takkan jumpa jawapan. Jadi kena pandai lah nak fikir, macam kau nak buat motion along a straight line. Tang mana nak differentiate,tang mana nak integrate kan.


Phew! Aku pun bukanlah pakar motivasi tahap Dr.Fadzilah Kamsah atau Ustazah Bahyah tu boleh nak bagi nasihat-nasihat macam dekat ceramah peringkat profesional tu ha. Aku cuma suarakan pendapat aku je. Aku nak susun sepuluh jari campur jari kaki jadi dua puluh la kan, nak minta maaf kalau kau rasa ni pendapat paling dungu kau pernah baca. Sebab aku pun masih dalam proses mematangkan diri. Habis SPM tak bermakna lesen ke 18 tahun ni aku dah boleh mendabik dada cakap aku dah dewasa. Cuti menjadikan otak aku aktif menjana buah fikiran.




p/s : Aku masih seorang kanak-kanak yang sangat comel yang hanya bertambah umur tetapi tidak pada rupa! Haha..



4 comments:

  1. ngek la kau. bnyak la syal ko gune istlah. memang terbaik la kaann.

    and tol, kite sembang pasal bende tu smalam eah. ahahaha :D. kantoi..:P

    http://gadiskacamatahitam.blogspot.com/2011/01/ceritera-cinta.html

    aku promote cite aku. hee~

    ReplyDelete
  2. hahaha..ambik kau. kolaborasi spm punya pasal. aku revise tu nak buat post ni. hahahaha..eh jap, "semalam" tu maksud aku hari tu. excited nak cerita kan. hahaha.. oh,sila lah promote. nak aku tlg promote kan? woah,bleh buat sequel nih. hahaha

    ReplyDelete
  3. hoihoii! akhirnya aku dapat jugak mengkomen kat blog kau. selama nih kalo aku nk gelak pon sorang2 jer.takde spae yau. huu. ececey. btw superb lahh weyh kau pye post kali nihh,. aku pon da terkebil2 dowh bce kau pye blog. haha.

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahahaaha..komen laa.. ha,skang ni boleh la kau nak gelakkan aku kat blog aku an..hahahaha.. sengal je! duh,ni smua sbb aku trasa rindu pd sekolah. tu lah akibatnyaaa..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...